Mayat bayi dalam baldi di Kolej Kelantan.
Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok Kelantan hari ni.
Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira jam 10.40 pagi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej terbabit.
“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jalaluddin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi terbabit.
p/s: Sedih sungguh gua bila tengok mayat baby tu.. Nyawa dah jadi tak bernilai satu sen pun pada remaja-remaja hari ni.. Sedap-sedap buat 'projek'.., lepas tu selamba buang bayi merata-rata..
Anjing pun lagi bagus rasanya dari perangai puak-puak yang suka buang bayi tu !
Tak silap aku, satu satunya kolej swasta yang ada kat kg.kandis, telong, Bachok itu adalah kolej yang selalu keluar iklan suratkhabar. Tak mau la cakap nama kolej tu, tapi kolej tu adalah kolej perubatan terbesar di pantai timur. Korang tau kot nama kolej tu.
BalasPadamKolej KIST
BalasPadamMasyaAllah......parok la!
BalasPadam