Mahasewel berikrar akan 'serang' Lynas..


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) terlibat secara langsung dalam Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan Ahad ini, bagi membantah loji Nadir Bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant.

Presiden SMM, Ahmad Syukri Abd. Razab berkata, SMM bukan sekadar memberi sokongan kepada penganjur, malah akan turun bersama-sama bagi membantah projek yang membahayakan nyawa penduduk itu.

“SMM telah mengarahkan wakil-wakil pro-mahasiswa setiap universiti untuk terus memobilisasi mahasiswa di kampus masing-masing.

“Malah, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) telah bersetuju untuk mengerahkan ahli-ahli mereka untuk turun ke Kuantan,” jelas Syukri.

Beliau juga menambah, Pergerakan Belia dan Mahasiswa Demokratik Malaysia (DEMA) mengesahkan akan membawa rombongan menaiki bas dari Lembah Klang.

“Kami menganggarkan lebih 300 mahasiswa dari Lembah Klang yang akan menyertai Himpunan Hijau 2.0 nanti,” ujarnya kepada Keadilandaily.


p/s: Tak habis-habis lagi bebudak sewel ni nak menyusahkan negara.. Mak bapak suruh belajar, tapi dorang sibuk jadi kaldai Pakatan.. Memang betul-betul mahasewel laaa!!

1 ulasan:

  1. para dekan2 atau naib2 canselor ipt sila buang je spesis mahasewel yg asyik nak menyusahkan orang je...belajar nye tak mau...ish..ish..ish..

    BalasPadam