Kucing Rasulullah yang bernama Muezza..


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya. - AANS


p/s: Sayangilah kucing korang sepertimana baginda Rasulullah SAW sayang pada kucingnya.. Salam Maulidur Rasul buat korang semua..

2 ulasan:

  1. BILA DICERITAKAN TTG KUCING NI AKU TERINGAT TTG ANAK HARAM PUNYA TOMBOY YG PIJAK DAN PUKUL ANAK KUCING YG DI RAKAM OLEH CCTV...

    TERASA AKU NAK HENTAM MANUSIA HATI DAJJAL NI DEPAN CCTV...

    KENA TANGKAP PUN AKU TAK KISAH SEBAB BUKAN AKU PUKUL KUCING TAPI AKU PUKUL ORG YG TAK DA HATI PERUT...

    THANX BRO...
    INFO YG BAGUS...
    SYABAS...

    PEJUANG HAMAS...

    BalasPadam
  2. Penulisan yang menarik.

    Bercerita tentang akhlak Rasulullah dari perspektif yang berbeza. Terasa nyaman dan indahnya Islam.

    Pendekatan sebegini lebih bagus bro... membentuk akhlak yang sempurna.

    BalasPadam