Klip video lucah mirip Manohara kembali panas..
Klip video lucah wanita mirip model terkenal, Manohara Odelia Pinot kembali panas dan menjadi rebutan di Indonesia menerusi telefon bimbit, lapor sebuah portal hiburan disana.
Manohara yang merupakan bekas isteri Tengku Temenggong Kelantan, ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen lanjut.
Ketika diminta pendapatnya berhubung video selama 11 minit itu, Manohara berkata..,
“Mungkin itu kebetulan mirip saja,” kata model yang jadi bintang klip video dan drama itu.
Mungkin semua ini berpunca dari satu khabar angin yang mendakwa Manohara sudah berkahwin dengan seorang gabenor Sulawesi Tenggara, Nur Alam secara rahsia.
Berita tersebut hangat diperkatakan selepas gambar mesra Manohara memakai blaus putih jarang yang menutupi badannya dan gabenor di atas sebuah bot tersebar luas di internet.
Walaubagaimanapun pengurus kepada model berusia 18 tahun itu, Tintin tampil menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa walaupun rapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan