Kena ugut sebab baca Quran di Kelantan.. Apa sudah jadi?
Akibat memperdengarkan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara, seorang penjaga Madrasah Nur Iman di Lebuh Raya Salor dekat sini, menerima ugutan.
Mangsa yang dikenali sebagai Hassan berusia 50-an memberitahu, dia menerima surat ugutan rumahnya akan dibakar sekiranya alunan ayat suci al-Quran tersebut terus diperdengarkan ketika awal pagi.
Menurutnya, surat berbaur ugutan berkenaan diletakkan dalam peti surat rumahnya yang terletak bersebelahan madrasah itu dan disedari selepas pulang daripada bersarapan jam 7.30 pagi pada 31 Januari lalu.
“Berdasarkan surat itu, ada di antara individu tertentu yang tidak berpuas hati dengan cara kami memperdengarkan bacaan al-Quran sebelum azan subuh.
Bacaan kira-kira 15 minit sebelum azan ini dikatakan mengganggu orang yang masih tidur termasuk anak-anak kecil,” katanya kepada ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Sementara itu, ahli jawatankuasa masjid, Muhamad Yusof berkata, Jaheaik pernah menyiasat berhubung perkara itu dan tidak melarang supaya berhenti memasangnya.
Bagaimanapun katanya, bermula semalam pihaknya memperlahankan alunan bacaan tersebut kerana mengambil kira daripada penerimaan surat tersebut.
Apa sudah jadi negeri serambi Mekah???????Alunan Quran pun tak boleh ke????pelik tapi benar ni..
BalasPadamBakpo ni?Jadi mace di KL doh.Kato Kelate negeri Serambi Mekah.Baca Quran sebelum Azan Subuh kan bagus supaya sapo tertidur dngar ngaji terus bangun utk semaye Suboh.Ko hok wak gitu 2 buke ore Islam mace di Selangor.Ada tpt ore buke Isle rama dia mula maroh la.Tapikan ni negara Islam.Tak tau la gapo nak jadi.
BalasPadamisu yg lebih bsr skrg ni, kurangnya jemaah yg solat subuh d masjid. yg solat subuh kt rumah tu oklajg, tp yg mmg xsolat subuh tu berlambak2. subuh gajah tu jgn ceritala. isu pasang kaset quran ni isu kecil. setahu aku, hny azan je nabi suruh buat.
BalasPadam