Jangan kasi can kalau jumpa peragut.. Belasah je setengah mampus!!!
Selepas empat jam cuba meragut seorang guru taska hingga menyebabkan wanita itu dan anaknya cedera teruk di muka, seorang lelaki ditahan polis di rumah abangnya di Taman Hadhari, Kampung Rhu Batil, Dungun, petang kelmarin.
Suspek berusia 26 tahun berasal dari Kampung Rantau Abang, ditahan selepas polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daerah Dungun menyerbu rumah abangnya pada jam 6.30 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata suspek yang bekerja sebagai buruh dikesan selepas motosikal digunakan untuk meragut terjatuh dan ditinggalkan di tempat kejadian.
Beliau berkata, pemeriksaan polis mendapati motosikal itu adalah kepunyaan adik suspek, sekali gus memudahkan polis menjejaki suspek yang bersembunyi di rumah abangnya.
“Ketika serbuan di rumah abangnya, suspek yang mengalami cedera di kaki kiri dan tangan dengan kesan kotor pada pakaian akibat terjatuh dari motosikalnya berada di rumah itu,” katanya di sini, semalam.
Manoharan berkata, siasatan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan pecah rumah dan menyimpan barang curi serta hasil ujian air kencing didapati positif Methamphetamine atau pil kuda.
Katanya, berikutan itu suspek direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Berita Harian semalam melaporkan, Norita Omar, 37, dari Kampung Pulau Serai, Dungun bersama anaknya, Mohamad Najmi Almin, 5, cedera teruk di muka, tangan dan kaki selepas diragut seorang lelaki berhampiran jambatan Kampung Rajawali, Dungun.
Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa terpaksa dirawat di Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
p/s: Gua memang tak boleh kompromi langsung dengan Mat Pit mahupun kaki ragut ni semua.. 10 tahun dulu, pernah sorang Mat Pit tu gua kasi makan safety boot sebab cuba meragut..
Sekarang ni susah pulak gua nak terserempak dengan manusia spesis tu.. Teringin jugak nak mempraktikkan silat koboi gua..
Apapun, kalau korang terjumpa spesis Mat Pit, Mat Ragut dan sewaktu dengannya, gua sarankan agar belasah je tiga suku nyawa tanpa was-was.. Jangan bagi muka langsung..
Bagi gua, puak-puak tu hanya layak diajar dengan tapak kasut je beb.. Kerja malas.., dah tu menyusahkan masyarakat sekitar. Layak mati je manusia macam tu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan