Hasan Ali akan bergabung dengan Ezam serta Umi Hafilda.


Hasan Ali dalam kenyataan terbarunya membayangkan akan mendedahkan salahlaku buruk perangai pemimpin pakatan rakyat terutamanya Azmin dan Anwar jika Azmin terus mencabarnya.

Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR lebih-lebih lagi Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

Menurut Hasan Ali, salahlaku yang akan didedahkan akan mengaibkan seseorang pemimpin kanan Pakatan rakyat.

"jangan paksa saya mendedahkan semuanya nanti awak juga yang malu" kata Hasan yang ditujukan kepada Azmin

"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh untuk mempertahankan diri.

"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti seperti yang heboh sebelum ini," kata Hassan lagi.



p/s: Nampaknya, Hasan Ali akan bergabung dengan Ezam dan Umi Hafilda bagi menyerang Anwar dan Assmin. Sapa lagi yang lebih arif pasal Anwar dan Assmin di Selangor kalau bukan Ezam dan Umi.. Tahniah Dr Hasan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan