Cubaan MEMBUNUH pemimpin PAS? Betul ke?


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan pihak tertentu yang membakar kereta dan rumah milik Timbalan Peusurhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad semalam.

DPPM menganggap tindakan tersebut dilakukan oleh individu yang bacul dan tidak bermaruah kerana hanya mampu ‘menyerang hendap’ pemimpin PAS Johor itu dan tidak berani berhadapan atau bersemuka dengan pemimpin tersebut.

DPPM melihat kejadian membakar kereta dan rumah Sdr Dzulkefli Ahmad itu adalah sebagai cubaan sabotaj dengan niat untuk mencederakan atau membunuh pemimpin PAS.

Sebelum ini pada tahun lepas, rumah Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dilontar Molotov Cocktail oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam cubaan membakar rumah beliau.

Ini menunjukkan sudah ada usaha tindakan agresif dan kekerasan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap pemimpin PAS.

DPPM merasa bimbang dengan tndakan ‘ala gangster atau mafia’ yang diamalkan oleh sesetengah pihak di negara ini.

Menyedari bahawa pemimpin PAS lantang menyuarakan kebenaran dan menentang kezaliman, rumah dan aset mereka pula menjadi sasaran tindakan khianat.

Ia sebagai suatu mesej dan amaran kepada pemimpin PAS supaya jangan sesekali berani bangkit membantah kezaliman kerana dendam kesumat itu akan disasarkan pula kepada mereka selepas ini dalam apa juga bentuk termasuk membaling bom dan membakar rumah mereka.

Justeru, DPPM meminta pihak polis menyiasat kejadian ini secara terperinci dan berharap insiden ini tidak berlaku di masa depan.

DPPM juga meminta Jabatan AMAL bersedia dalam setiap ketika untuk menjaga keselamatan pemimpin PAS terutama menjelang pilihanraya umum yang dijangka pada bila-bila masa.

Akhirnya DPPM mendoakan semoga Dzulkefly Ahmad sekeluarga tabah menghadapi ujian yang melanda dan semga ujian ini akan menguatkan beliau dalam perjuangan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan