AWAS dengan PENIPUAN sewaktu beli kereta baru!!!


Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, Shah Alam, baru-baru ini.

Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.

“Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.

“Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi.

Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.

“Saya pergi ke premis itu untuk menuntut kereta yang dijanjikan, namun dimaklumkan jurujual terbabit sudah berhenti kerja sebelum Tahun Baru Cina.

“Saya curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun sekali lagi pergi ke premis berkenaan dan lebih mengejutkan saya apabila dimaklumkan jurujual itu mempunyai empat kes penipuan membabitkan penjualan kereta sebelum ini,” katanya.

Selain itu, majikan jurujual terbabit mendakwa mereka tidak pernah mengetahui urusan jual beli keretanya dan enggan memberikan pampasan.

“Saya tak menyangka hanya mendapat nombor plat kereta. Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi, tetapi di bilik pameran,” katanya.

Mohd Fazli yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 Ahad lalu.


p/s: Patut blacklist kan je wakil pengedar tu!! Dan Proton pun patut tarik balik lesen syarikat yang ada kes-kes tipu pelanggan macam ni.. Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan