Anwar hilang akal.. Ugut batalkan Pilihanraya Umum.
Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan pilihan raya Umum akan datang sekiranya masih gagal membersihkan daftar pemilih.
Katanya, daftar pemilih yang meragukan itu dibangkit sejak tahun lalu, namun SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara gagal menyelesaikan isu itu.
“Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.
“Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai,” kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat Keadilan (KEADILAN), selepas mesyuarat Pakatan Rakyat, kelmarin.
Menurutnya, di Selangor umpamanya, berlaku peningkatan jumlah pengundi di beberapa kawasan parlimen seperti Subang sebanyak 35 peratus daripada 84,000 pengundi kepada 114,000 pengundi.
Di Kota Raja pula katanya, berlaku kenaikan sebanyak 29.5 peratus sementara di Puchong pula berlaku kenaikan 25 peratus pertambahan pengundi.
Beliau juga membangkitkan isu pemindahan pengundi di Wilayah Persekutuan apabila seramai 600 pengundi dikesan dipindahkan alamat mereka.
p/s: Confirm Anwar tu takut nak hadapi kekalahan Pakatan pada PRU13. Pasal tu lah dia buat alasan yang bukan-bukan. Anwar nak rakyat percaya bahawa sistem pilihanraya negara ni tak adil jika dorang kalah nanti..
batal pilihan raya?
BalasPadamgila lu anwar, Malaysia ni ko pikir ko punya ker?
confirm aku pangkah BN kalau berterusan macam ni politik pembangkang, tobat aku undi PAS!
meluat tgk muke mat sabu
BalasPadam