Ah Beng suruh MPPP saman peniaga melayu setiap hari?
Rela disaman setiap hari, demikian pengakuan seorang peniaga barangan kosmetik di Pasar Jelutong.
Peniaga berkenaan, antara puluhan peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Dia yang enggan namanya disiarkan berkata, perniagaan adalah sumber pendapatan utamanya bersama keluarga.
“Kalau saya tidak berniaga pasti tidak ada duit untuk sara keluarga, tambahan lagi perniagaan yang saya jalankan ini adalah perniagaan turun temurun.
“Cuma kami juga berharap suatu hari nanti mungkin MPPP dapat memberi idea bagaimana masalah kami ini boleh diselesaikan.
“Sepanjang lebih 10 tahun berniaga, ini sudah ke berapa puluh kali saya disaman, lesen saya tidak dapat diluluskan kerana saya menjalankan perniagaan di tepi jalan,” katanya ketika ditemui.
Tinjauan mendapati peniaga yang tidak berlesen ini disaman kerana menjalankan perniagaan di bahagian tepi jalanraya.
Peniaga barangan kulit, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat berkata, dia terpaksa merelakan MPPP menyamannya kerana tidak mempunyai lesen.
“Saya berniaga di merata tempat, tetapi walaupun tidak ada lesen saya tetap hormati jalan awam mahupun tempat yang tidak dibenarkan berniaga.
“Cuma saya berharap supaya tahun ini ada rezeki untuk saya dan kawan-kawan lain dapat lesen,” katanya.
Pernah Lim Eng Guan berbisik kepada orang kanannya kalau dia naik jadi KM Melayu mesti di halau keluar dari Penang.
BalasPadamKalau tak boleh dangan cara kotor dia akan gunakan penyapu.