Mat Sabu 'sokong' DAP pegang exco agama di Selangor?


Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas.

Lagipun, katanya, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama adalah kekal dipegang Adun PAS iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Bangi).

Beliau berkata demikian ketika menyokong hujah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatan exco agama kerajaan Selangor.

Semenjak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang disandang oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat, media Umno telah bertubi-tubi menyerang isu ini kononnya PAS tidak Islam lagi tanpa portfolio tersebut.

Menjawab serangan tersebut, Mohamad berpendapat langkah Khalid adalah tepat kerana dengan pilihanraya umum yang semakin dekat, adalah perlu untuk satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“(Oleh itu), adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama. Bukan semestinya orang agama sahaja yang boleh ambil tugas itu, asalkan ia amanah, jujur dan ikhlas.



p/s: Hahahahaha..., bodoh sungguh Mat Sabu. Orang yang tak belajar agama pun boleh pegang jawatan yang jaga bab agama? Mana punya ajaran yang Mat Sabu pakai ni beb?

Dalam hadis ada berkata.., “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya” (HR. Bukhari).

Jadi kalau ikut cakap Mat Sabu, lepas ni DAP pun boleh pegang jawatan exco agama lah yee asalkan dia ikhlas dan amanah.

Dan banyak dah 'muslim' masuk DAP sekarang ni beb.., apa nak heran..

1 ulasan:

  1. Mat Sabu.. Duit PBAPP pun dia sabu.. nak heran Halal Haram.. dah jatuh perhimpunan haram.. sendiri punya hal.. duit rakyat juga nak kena tanggung.. kena dekat batang hiung sendiri baru tau.. kalu tidak menyalak xabis2..

    'Mah.. bulu lekat dekat hidung mahhhhh..'

    Varto Loc0s..

    BalasPadam