Hasan Ali buat umat Islam menangis di Penang..


Dahsyat betul penangan Hasan Ali di Program Himpun Kepala Batas ni beb.., sampaikan menangis-nangis para hadirin termasuk puak-puak PAS yang hadir..

Bacaan doa munajat yang Hasan Ali alunkan untuk memohon keredhaan Tuhan diatas perjuangan memartabatkan akidah, memang cukup menyentuh perasaan..

Sayangnya gua tak sempat nak buat rakaman video sebab bateri kamera gua nak habis.. Tapi gua sempat snap gambar-gambar syahdu di program tu untuk kongsi bersama korang..

Gua teringat lagi kata-kata Hasan Ali..., "hanya iman dan aqidah saja yang mampu menyatukan bangsa melayu di negara ni"..

Memang betul beb.., sebab gua nampak ramai dikalangan ahli PAS serta PKR di kawasan Kepala Batas ni hadir memberikan sokongan dalam program Himpun walaupun ditentang oleh exco agama negeri..

Cuma ahli DAP je gua tak nampak.. Cuma ada sorang nyonya MalaysiaKini je kot yang boleh gua tafsirkan sebagai penyokong DAP dalam program ni..

Apapun Tahniah dari gua buat pihak penganjur.. Tahniah juga buat Hasan Ali serta Ustaz Hafiz Nordin bersama 3 lagi penceramah lain..

PAS dan Pakatan tak perlu takut dengan Himpun ni sebab ini bukannya program politik.. Ini cuma program menyatukan ummah bagi menentang agenda kafir yang mengancam maruah agama Islam..

Lagipun.., PAS bukan lagi jaga Islam kann... PAS cuma layak jaga Adat dan Sukan jee... Bukan gua kata haaa.., Khalid Ibrahim yang kata... Hahahahaha...

Jom layan gambar program Himpun tadi... Penat gua ambik untuk korang semua tauu.. =)
















2 ulasan:

  1. Demi UNTUK KEBAIKAN DAN MENDAPAT KEREDHAAN aLLAH PENAT SIKIT TAK PE BRO ...KIRA halal.

    BalasPadam
  2. Teruskan usaha murni mu itu Dr Hassan Ali..semoga segala usaha mu sentiasa diberkati ALLAH kerana engkau begitu ikhlas dalam merpertahankan akidah umat ISLAM di negara ini.

    BalasPadam