Azhar Idrus bakal calon PAS di Dun Ladang?
Desas-desus yang tersebar kononnya pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus bakal dicalon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dinafikan oleh wakil rakyat kawasan tersebut iaitu Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.
“Soal calon itu terserah kepada pucuk kepimpinan parti dan biar mereka (pimpinan) yang tentukan siapa calon-calon yang layak bertanding pada PRU13.
“Saya tidak rasa tergugat atau tercabar kerana hal calon bukan kita yang tentukan tetapi pucuk kepimpinan parti (PAS),” ujarnya ketika menghadiri rumah terbuka Dewan Himpunan Cina di Kampung Cina, 27 Januari lalu.
Katanya, siapa yang berhak sebagai calon PAS bertanding dalam PRU13 akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan parti.
Menurutnya, bukan hak sesiapa yang boleh mendahului keputusan kepimpinan parti termasuklah menamakan mana-mana calon.
Beliau yang Timbalan yang Dipertua PAS Kuala Terengganu menyifatkan desas-desus mengenai calon PAS di Dun Ladang itu sekadar spekulasi di kedai kopi sahaja.
Katanya, sebagai Adun Ladang yang dipilih oleh rakyat masih menjalankan tugas berkhidmat kepada masyarakat sehingga kini.
“Itu (desas-desus) sebagai calon mungkin spekulasi di kedai kopi yang melihat aura populariti dia (Ustaz Azhar) masa kini.
“Saya masih seperti biasa menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang berkhidmat kepada masyarakat di Dun Ladang dan sekitarnya,” jelas Tengku Hassan.
p/s: Habislah wakil rakyat PAS di Dun Ladang tu.. Gua yakin PAS akan pilih Azhar Idrus untuk bertanding di Dun Ladang pada PRU akan datang..
PAS sekarang ni tengah desperate nak menang setiap seat yang dorang bertanding.. Takkan dorang nak tolak orang popular macam Azhar Idrus tu beb... Hehehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan