Anwar kata rayuan kes liwat bukti campurtangan politik Umno..


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung tindakan Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan meliwat.

Malah Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa tindakan Pejabat Peguam Negara itu ada kaitan dengan campur tangan politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Nampak campurtangan politik itu berlebihan sangat," katanya kepada TVSelangor selepas menghadiri Pesta Ponggul 2012 di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.

Anwar tidak mempertikaikan notis rayuan itu tetapi berharap ianya dilakukan mengikut peraturan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga diminta mengambil kira kes lain yang dianggap jauh lebih besar.

"Tak apalah dia boleh rayu ikut peraturan semua. Kena konsistenlah. Janganlah kes besar, kes bunuh dan yang lain dia tak payah rayu. Banyak kes."

Pejabat Peguam Negara memfailkan notis itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim kes tersebut, Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.

Menyentuh isu moral yang dijangka akan terus dieksploitasi oleh Umno-BN sekiranya kes itu disebut semula, Anwar secara sinis menjawab, "Moral apa? Siapa nak cakap pasal moral. Perdana Menteri?".

4 ulasan:

  1. Anwar ni bila kena batang hidung sendiri menuding jari pada orang lain, campur tanganlah, konspirasi dan lain-lain lagi. Dia tidak menyalahkan dirinya sendiri atau insaf kerana bukti cukup menunjukkan yang dia meliwat mangsa. Bertaubatlah umur awak dah lanjutdah sama panjang macam anu awak.

    BalasPadam
  2. Anwar ni bila kena batang hidung sendiri menuding jari pada orang lain, campur tanganlah, konspirasi dan lain-lain lagi. Dia tidak menyalahkan dirinya sendiri atau insaf kerana bukti cukup menunjukkan yang dia meliwat mangsa. Bertaubatlah umur awak dah lanjutdah sama panjang macam anu awak.

    BalasPadam
  3. sian ler bro anwar al jub
    tak habis habis UMNO/BN, DSN DSR etc yang di salah kan....

    saiful menggunakan mahkamah kerana process perundangan yang ada, al jub dah buat banyak kalirayuan dan penangguhan, kasi le chance kat siful bro...

    lawan tetap lawan bro al jub...

    BalasPadam
  4. DAH AGAK DAH..

    BILA KES INI DIBAWA KE MAHKAMAH RAYUAN, DIA NI AKAN ULANG BALIK SEMUA SKRIP SEBELUM INI PASAL KONSPIRASI LA, PASAL CAMPUR TANGAN LA. WALHAL SEBELUM INI DIA YANG SIBUK KONSPIRASI DENGAN PEGUAM2 DIA TANGGUH BICARA SAMPAI CIPTA REKOD.
    INILAH CONTOH MANUSIA PALING MUNAFIQ DI ZAMAN INI..

    BalasPadam