Ada GRO Arab di Bukit Bintang... Wohaa!!!


Sebuah pusat hiburan haram di Bukit Bintang, di sini, dikesan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dari Asia Barat bagi mengubah cita rasa pelanggan yang sebelum ini disogokkan dengan GRO dari China, Vietnam dan Indonesia.

Gadis berkulit gebu dan berpakaian seksi serta berhidung mancung itu dijadikan tarikan baru ke pusat hiburan terbabit sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), awal pagi semalam.

Pusat hiburan yang terletak di kawasan strategik itu turut dikunjungi pelancong dari wilayah Arab untuk berhibur dan faktor itu dipercayai punca utama pemilik premis terbabit menawarkan GRO dari rantau itu.


Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu, seramai 15 GRO warga Iran, Yaman, Uzbekistan dan Tajikistan berusia 20 hingga 27 tahun ditahan. Turut ditahan seorang pondan warga tempatan. Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Md Isa berkata, pemeriksaan awal mendapati sebahagian GRO warga asing terbabit gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan ada yang mendakwa pelajar.

“Pengurus pusat hiburan terbabit ditahan bagi membantu siasatan selepas premis itu gagal menunjukkan lesen perniagaan,” katanya.

Menurutnya, serbuan dibuat berdasarkan intipan pihaknya sejak sebulan lalu.


p/s: Wohaaa..., macam-macam adaa di negara kita sekarang ni yee.. Makin meriah nampaknya.. Dulu cuma setakat GRO asia je.., sekarang ni dah ada GRO Arab lah pulak... Malaysia Boleh!!! Yale.., Yalleee...

4 ulasan:

  1. Ya habibi ya maulana, wa unsa khosiun,

    Burit Arab mmg sedaaapp..... Cubalah sendiri.

    BalasPadam
  2. banteras segera!!!

    KHALID KAKI PEREMPUAN? PAS KENA KENCING? Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Mesin judi di The Summit BM plaza, tengok2 sikit bro, banyak ssngat sejak DAP memerintah

    BalasPadam
  4. Iran, Uzbekistan dan Tajikistan bukan negara arab dan orang arab, Yaman je yg arab. Kena betulkan fakta ni!

    BalasPadam