BREAKING NEWS

Tarian LUCAH jadi sumber ekonomi baru di Selangor.


Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di Pandan Perdana, Ampang Jaya Selangor menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

gambar rakaman menunjukkan beberapa aksi menjolok mata yang dilakukan gadis-gadis tempatan dan Siam di sebuah kelab malam di Pandan Perdana, Ampang Jaya
Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya.

Edisi Mangkuk Hayun !!! Orang PAS bergaduh kerana kaler atap masjid..


Kisahnya seorang ahli perniagaan di Tumpat telah mewakafkan tanah miliknya kepada penduduk kampung untuk membangunkan sebuah masjid yang selesa bagi menunaikan solat Jumaat. Namun setelah beberapa lama, tanah tersebut telah terbiar begitu sahaja kerana penduduk kampung tersebut kebanyakannya kais pagi makan pagi.

Walaupun diketahui ramai yang kebanyakan penduduk kampung tersebut tegar menyokong PAS, namun mereka tetap gagal mempengaruhi Kerajaan Negeri PAS Kelantan untuk menyumbangkan sejumlah dana bagi memulakan projek tersebut.

Akhirnya, tuan tanah pun muak menunggu dan memulakan sendiri pembinaan masjid menggunakan duitnya sendiri. Dikatakan para penyokong UMNO turut menyumbang sebahagian bagi memastikan masjid tersebut dapat disiapkan dengan sempurna.


Di atas adalah keadaan terkini masjid tersebut yang kini memasuki fasa terakhir pembinaannya.

Namun timbul satu masalah besar apabila para penduduk kampung yang berfahaman khawarij PAS telah mengugut untuk memulaukan rumah ibadat tersebut sekiranya atap gentinganya tidak ditukar. Mereka berpendapat warna biru atap genting tersebut menandakan masjid tersebut didirikan/dikuasai oleh BN.

Walaupun diketahui umum tuan tanah dan pembina masjid tersebut tidak pernah menunjukkan dirinya berada di belah mana-mana pihak, namun kini beliau menjadi mangsa fitnah penduduk kampung yang menyokong PAS semata-mata kerana memilih atap genting warna biru bagi masjid yang beliau sendiri bangunkan.

Sudahlah selama ini tidak satu sen pun disumbangkan oleh penyokong PAS mahupun Kerajaan Negeri, kini beliau ditohmah pula atas niat murni yang diusahakan.

Anda nilaikanlah dan jadikanlah iktibar dengan apa yang berlaku di sebuah kampung yang terpencil di Tumpat Kelantan ini. Mana orang Islam tidak dipijak, warna rumah Allah pun boleh dipolitikkan oleh khawarij PAS ini! - MyMassa

Hindraf MEROYAN bila 4 kuil dirobohkan..


Hindraf mendakwa bahawa empat kuil Hindu telah dirobohkan dalam tempoh satu minggu.

Hindraf mendakwa kuil terbabit ialah Kuil Om Sreee Kaliamman di Batu Pekaka di Kedah; Kuil Om Sreee Kaliamman dan sebuah lagi kuil yang tidak diberikan nama - kedua-duanya terletak di Kapar - dan Kuil Sri Muneswarer di Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi, ketua penerangan Parti Hak Asasi Manusia (HRP), S Jayathas berkata, kuil-kuil tersebut diroboh antara 23 dan 27 Disember.

"Kami tidak mereka perkara ini, semuanya dilaporkan dalam akhbar Makkal Osai dan Tamil Namban," katanya.

Aduan paling baru, dakwanya, ialah perobohan kuil Sri Muneswarer oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) "dengan kerjasama" dengan pemilik tanah persendirian di Segambut Aman, Kuala Lumpur, "pada atau kira-kira" 27 Disember.

Walaupun kuil tersebut terletak di atas tanah persendirian, Hindraf telah mempersoalkan penglibatan DBKL, dengan menyatakan bahawa perintah Mahkamah Tinggi diperlukan untuk sebarang kerja perobohan mana-mana struktur yang berusia 55 tahun.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tegas Jayathas, perlu menyiasat dakwaan "penyalahgunaan kuasa" oleh DBKL.


p/s: Hindraf ingat Malaysia ni tanah bapak dorang punya ke? Suka-suka buat tokong atas tanah orang, lepas tu bila kena roboh terus meroyan.. Apa punya teruk perangai keling-keling tu..

Reezal Merican UGUT ibubapa Adam Adli?


Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim mengecam tindakan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej Umno BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini.

Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas.

Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya.

“Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng Umno, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada Umno.

“Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap,” ujarnya semalam di Komtar, George Town.

Beliau yang juga anak kelahiran Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kecewa kerana Reezal yang juga pemimpin Umno tempatan, di sini, sanggup mengugut beliau sekeluarga.

Pendedahan terbaru itu disuarakan selepas Solidariti Mahasiswa Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan Memorandum 6 Tuntutan Mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. -Sumber

Hospital Gila Babi di Kelantan..


Bukan niat menolak takdir selepas bayi dalam kandungan dilahirkan sudah tidak bernyawa, tetapi pasangan suami isteri dari Kampung Pulau Melaka, di sini kecewa kerana menerima layanan tidak memuaskan di sebuah hospital, di sini.

Apa yang lebih mengecewakan permintaan isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Za untuk dibedah berikutan terlalu sakit dan sudah tidak bermaya apabila ‘jalan’ tidak terbuka didakwa tidak diambil sebarang tindakan oleh jururawat dan juga doktor yang merawatnya.

“Hari kedua ‘induce’ saya beritahu jururawat saya bersedia untuk dibedah kerana sudah tidak bermaya untuk menahan kesakitan tambahan pula jalan hanya terbuka sedikit, tetapi jururawat menjawabnya dengan kurang sopan sambil menyatakan bukan senang nak mati syahid.

“Saya juga menyuarakan hasrat sama kepada doktor yang merawat tetapi beliau memaklumkan akan berbincang dulu dengan pakar. Ketika hari kedua dan seterusnya beberapa kali saya meminta untuk dibedah tetapi tidak mendapat respon sehingga anak saya disahkan meninggal dunia,” katanya yang enggan bergambar ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Sebelum ini isteri mekanik itu yang berusia 28 tahun pernah keguguran ketika kandungan berusia tiga bulan dan ketika dimasukkan ke hospital itu pada 19 Disember lalu kandungan sulungnya itu disahkan melebihi tempoh sembilan bulan.

Oleh itu, Za segera ke hospital dan terpaksa ‘induce’ kali pertama pada 20 Disember dan kali kali kedua pada hari berikutnya. Pada hari ketiga beliau dimasukkan ke bilik bersalin dan ketika itu ‘jalan’ sudah terbuka antara 4 hingga 6 sentimeter.

Bagaimanapun, pada hari Khamis (22 Disember) ketika hendak bersalin beliau menerima takdir Ilahi apabila doktor mengesahkan kandungannya sudah tidak bernyawa lagi dan dipercayai sudah meninggal sebelum dimasukkan ke bilik itu.

“Rupa-rupanya bayi perempuan saya berjaya dikeluarkan seberat 4.1 kilogram. Padahal ketika pemeriksaan doktor menganggarkan bayi saya hanya 3.6 hingga 3.8 kg. Saya terkilan sedikit kerana permintaan saya untuk dibedah tidak diambil serius oleh pihak terbabit,” katanya.

Selepas selamat bersalin barulah jururawat bertugas berkali-kali bertanyakan sama ada beliau menyedari bayi dalam kandungan sudah tiada nadi manakala doktor juga memohon maaf kepadanya selepas mengetahui masalahnya itu.

Katanya, pada hari keempat beliau dibenarkan keluar dari wad tetapi tidak diberikan sebiji pun ubat seperti kebiasaan wanita bersalin lain dan terpaksa membelinya di klinik swasta untuk ubat luka, tahan sakit dan sebagainya.


p/s: Kalau ada ramai lagi doktor dan nurse yang gilababi macam di Kelantan tu, alamat makin banyak lah kes kematian berlaku.. Kementerian kena buat something untuk elak benda ni berulang..

Nizar CONFIRMKAN Anwar akan masuk penjara selepas 9 januari..


Menjelang tarikh 9 Januari ni, bukan saja penyokong-penyokong kerajaan yang tak percayakan Anwar boleh terlepas dari disumbat balik dalam Sg Buloh, tapi pemimpin-pemimpin pembangkang pun sama beb..

Dah terang-terang kes Anwar tu tak memihak pada dia.. Bersumpah pun tidak, saksi alibi pun takdak.., macam mana nak menang?

Korang nak tahu, Nizar Jamaluddin sendiri pun tak percaya Anwar boleh bebas beb.. Ini bukan gua saja-saja reka, tapi Nizar sendiri yang cakap.

Dalam satu ucapan dia di Majlis Hi-Tea,jentera Halwa di Dun Kamunting 2-3 hari lepas, Nizar kata Anwar mesti akan masuk balik ke penjara..

Satu ialah sebab Mahkamah kita tak telus katanya, yang kedua sebab Hakim adalah hakim kerajaan. So.., Anwar tak berpeluang bebas..

Itu Nizar yang cakap, tapi kalau dia tak cakap pun orang semua dah tau perangai pembangkang.. Dorang tu sengaja cari alasan untuk tutup kesalahan Anwar bila masuk penjara balik..

Apapun, Nizar mungkin nak jadi orang pertama ucap selamat kembali ke Sg Buloh buat Anwar!!

Kepala Babi di pintu masjid Johor.. Sapa punya kerja nih?


Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Muka CUN tapi GANAS beb..


Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir, 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa.

Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


P/S: Inilah bahayanya bila isteri gaji lebih besar berbanding suami.. Tak mampu nak melawan beb walau kena belasah..

Dayus namanya kalau suami macam tu... Kalau dalam bahasa kampungnya.., TAK ADA TELOR!!!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online