BREAKING NEWS

CAUTION!!! Melayu makan ayam "TAK HALAL" di Petaling Jaya..


Seorang peniaga makanan di Medan Selera Farlim Jalan PJS 8/9, Bandar Sunway, di sini, mengejutkan ramai pelanggan dengan membuat kecoh apabila enggan memberikan kerjasama ketika pegawai Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) melakukan pemeriksaan terhadap kedainya.

Bagaimanapun, kekecohannya itu bersebab apabila siasatan mendapati dia memperoleh bekalan ayam mentah daripada peniaga bukan Islam yang diragui halalnya.

Malah, ketika resit ayam diminta, dia cuba mengalih perbualan dengan menyuruh LPKPM memeriksa premis lain yang bermasalah.

Hasil siasatan mendapati, peniaga terbabit memang mengambil bekalan ayam mentah daripada peniaga bukan Islam, namun dia enggan bekerjasama.

Malah, keadaan dapur peniaga terbabit kotor dan sampah dipenuhi lalat.



p/s: Sanggup ke kita makan di gerai yang kotor dan tidak terjaga kebersihannya. Status bekalan bahan mentahnya pula diragui tidak halal kerana diambil dari orang bukan Islam..

So.., berhati-hatilah pilih kedai makan yee..

Bebaskan Anwar 901 : Polis tangkap 11 orang AMK.


Jumlah tangkapan terhadap kempen Bebaskan Anwar 901 hari ini meningkat kepada 11 orang, kebanyakan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), kata Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.

Beliau berkata, tangkapan itu termasuk Ketua AMK Kelantan kini yang kini ditahan di balai polis Kuala Krai bersama tiga ahli lain manakala tujuh lagi dilokap di balai Tanah Merah.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Amran yang kini berada di balai polis Tanah Merah, berkata penahanan itu dibuat kerana mereka mengedar risalah bertema ‘Bebaskan Anwar 901′.

Polis memaklumkan, risalah bertemakan ‘Bebaskan Anwar 901′ tidak boleh diedar kerana ia bertentangan dengan Akta Mesin Cetak.


p/s : Tahniah kepada Pihak Polis.. Tangkap nate beruk tu semua dan sumbat masuk lokap.. Asyik nak menyusahkan negara je kerja dorang..

Bekas Ketua Pemuda MCA Penang akan masuk PAS...


Pemuda PAS mempelawa bekas Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini untuk bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, beliau merasakan masa untuk bersama MCA dan BN memerintah telah berlalu kerana terlalu banyak penyelewengan berlaku melibatkan wang rakyat.

"Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat saya menyeru beliau dan ahlinya menyertai DHPP di Pulau Pinang bagi membantu memperkuatkan PAS sekaligus memperkemaskan jentera Pakatan Rakyat yang sedang diperlekehkan oleh Umno dan BN.

"Dewan Pemuda PAS yakin ia satu perkembangan yang positif terhadap Pakatan Rakyat di negeri ini, " jelas Husni dalam kenyataannya.

Dewan Pemuda PAS sendiri katanya, cuba mencari jalan mendekati mereka dengan sokongan DHPP Pulau Pinang bagi menerangkan betapa pentingnya perlawaan tersebut.

Ia amat wajar kerana Malaysia amnya Pulau Pinang kena di selamatkan daripada jatuh semula ke tangan Umno dan BN yang ketagih kuasa.


p/s: Memang dah terdesak sangat PAS ni beb.. Dulu bukan main lagi kata haram berkerjasama dengan kafir, tapi sekarang doranglah yang berlumba-lumba nak peluk cium kafir tu semua..

PAS dah hilang maruah dah sekarang.. Sikit hari berkuburlah tuu... Hahahaha..

Nizar Jamaluddin nak masuk TABLIGH?


Gambar diatas dihantar oleh rakan Fesbuk gua.. Katanya, Nizar sekarang ni mula "berbaik-baik" dengan kumpulan Tabligh..

Apakah Nizar Jamaluddin akan sertai tabligh pulak lepas ni? Kalau tak sekarang, mungkin selepas PRU13 nanti Nizar akan join dorang?

Bagi gua, elok lah Nizar join tabligh daripada bersekongkol jadi kuda kayu DAP di Perak.. Mungkin bila masuk tabligh nanti, Nizar akan kembali ke jalan yang benarr..

Kalau still bersama DAP.., sampai bila-bila pun Nizar akan still berada "dalam kegelapan"...

Bukti SMM perjuangkan agenda komunis DAP..


Semalam, SMM diketuai oleh Ahmad Syukri & Safwan Anang telah pergi mengadap khalifah Guan Eng dan komrad-komrad komunis nya di Pejabat Ketua Menteri, KOMTAR.

Punyalah bangga puak-puak mahasiswa pro Anwar ni bila bergambar dengan kroni Guan Eng di depan pejabat tu..

Kononnya dorang nak serahkan memorandum kebebasan akademik, tapi gua rasa dorang sebenarnya nak tunjukkan kesetiaan dorang pada regim DAP yang kuasai Penang ni..

Macam gampang beb!! Muda-muda lagi dah pandai menipu rakyat Malaysia!! Korang ingat lagi tak hari tu si Syukri bukan main nafikan SMM terbabit dengan mana-mana parti politik?

Tapi gambar ni dah jadi bukti bahawa SMM tu dibawah pengaruh regim komunis DAP.

Budak-budak mahasiswa ni gua rasa secara rela dilacurkan oleh parti pembangkang dalam negara. Dan dorang sanggup menadah bontot pada kafir untuk menjahanamkan pentadbiran Islam di Malaysia.

Mana dia maruah anak-anak muda SMM ni semua? Kalau kafir pun dorang sanggup "sembah".., tak heranlah kalau satu hari nanti negara pun dorang sanggup jual..

Pemuda PAS Kedah report Polis untuk halang Solat Hajat.


Memang panas beb di Kedah!! Bukan panas sebab cuaca, tapi panas sebab Pemuda PAS Kedah dah buat satu laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Kota Setar untuk halang Majlis Munajat Perdana di Madrasah Salihiah.

Orang nak buat Solat Hajat pun PAS Kedah tak bagi ke? Sampai siap buat report Polis untuk halang solat hajat tu..

Apa kejadahnya islam yang PAS Kedah bawak ni kalau orang nak buat solat hajat pun dihalang? PAS Kedah ni dah hilang akal ke?

Sepanjang gua berpolitik, gua tak pernah dengar lagi Pemuda UMNO atau UMNO sendiri buat report Polis untuk halang bila PAS nak buat solat hajat.

PAS dibiarkan bebas buat solat apa sekalipun malah solat hajat doa pecah perut kat Najib pun tak ada sapa kacau dulu..

Tapi hari ni dah catat satu lagi sejarah dalam PAS bila mana dorang sanggup buat report hanya semata-mata tak mau umat Islam solat hajat untuk selamatkan institusi Islam.

Bangkai punya Pemuda PAS Kedah!!! Gua rasa DAP di Penang pun tak berperangai jijik macam apa yang Pemuda PAS Kedah buat ni..

Elok PAS buang saja perkataan ISLAM dalam parti dorang tu.. Apa yang PAS Kedah buat ni ternyata memang memalukan umat Islam di Malaysia!!

Adam Adli dapat pembelaan dari "Imam Mahadi"..


Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menghentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa. Ini, katanya kerana jelas ia merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak.

“Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

“Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan itu.

Mereka juga selalu bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.
Katanya lagi, komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong.

Menurutnya, perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah Auku sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa.

Tambah beliau, tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

“Insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan,” ujarnya.

Beliau berkata, tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan Auku terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Anwar akan bersumpah Mubahalah tak meliwat??


Khabarnya, sebagai strategi akhir bagi mendapat simpati rakyat, Anwar sedang menyusun agenda untuk bersumpah di dalam masjid, bagi kononnya membuktikan dia tidak bersalah.

Anwar sedang mengumpul nama senarai alim ulama’ yang dijangka akan hadir di acara SUMPAH KERAMAT bahawa anu Anwar tidak pernah hadir secara paksa atau rela di dalam dubur Saiful.

Korang percaya ke Anwar nak bersumpah? Kalau tanya gua, jawapannya ialah tak ada yang mustahil bagi manusia bernama Anwar beb..

Inilah spesis Bapak Setan..


Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan.

Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda Butterworth semalam, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang.

Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran dikatakan bertindak demikian kerana mendakwa anaknya nakal dan tiada siapa hendak menjaga mereka ketika dia keluar bekerja.

Suspek dikatakan sudah berpisah dengan isterinya yang dipercayai warga Thailand yang bertindak keluar rumah sejak sebulan lalu.

Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan amat menyedihkan.

Suspek yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian itu disedari jiran yang terdengar jeritan kanak-kanak terbabit meminta tolong supaya dilepaskan.

"Jiran terbabit terus menghubungipolis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu," katanya.


p/s: Bapak jenis ni layak diberi hadiah "penendang" saja.. Orang bela anak, dia pun nak bela anak.. Orang jaga anak elok-elok.., dia rantai anak dalam jamban.. Cilakak punya manusia!!!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online