BREAKING NEWS

Kelate Boleh!!! Lelaki perangai binatang di Gua Musang.


GUA MUSANG - Seorang remaja wanita cedera muka apabila terjatuh motosikal yang ditungganginya selepas ditolak seorang lelaki tidak dikenali di Jalan Pulai lama, dekat sini, malam Jumaat lalu.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa, Nurul Hidayah Che Su, 18, menunggang seorang diri dalam perjalanan pulang membeli barang keperluan di sebuah kedai di Bandar Baru, Gua Musang.

Beliau yang tinggal di Kampung Simpang Empat Kundur dihampiri seorang lelaki tidak dikenali lalu menolak kepalanya sebelum terjatuh motosikal ditunggangi dan mukanya tersembam dalam selut.

Ketika ditemui di rumahnya, beliau berkata, sebaik berlaku kejadian itu, suspek juga menunggang motosikal seorang diri melarikan diri mengelakkan dikesan orang ramai yang memberi pertolongan.

“Saya tidak ada musuh dengan sesiapapun, tetapi hairan kenapa lelaki tersebut bertindak demikian hingga menyebabkan saya cedera muka selepas tersembam dalam selut di tepi jalan di situ.

“Kejadian tidak jauh dari rumah saya dan secara kebetulannya ada orang ramai melalui kawasan membantu saya menghantar balik ke rumah sebelum keluarga pula menghantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapat rawatan,” katanya.

Nurul Hidayah berkata, selepas itu pula beliau ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu, tetapi yang sukarnya kerana tidak mengenali lelaki terbabit.

Beliau berkata, suspek menolak kepalanya dengan kuat hingga gagal mengawal motosikal yang ditunggangi sebelum terbalik di bahu jalan berhampiran simpang masuk ke Taman Tropika.

“Saya langsung tidak sempat melihat lelaki terbabit yang datang dari arah belakang kerana berlaku dalam keadaan gelap dan cepat dia melarikan diri ke simpang empat berkenaan,” katanya.

Katanya, dia juga tidak tahu motif sebenar lelaki terbabit bertindak demikian hingga membawa kecederaan kepada mukanya dan mahu polis menyiasat perkara itu. -SH


p/s: Nampaknya puak-puak PAS Kelate kena banyakkan ceramah pasal menghormati wanita lagi ni.. Hahahaha

[BERGAMBAR] PKR Pmtg Pauh ceramah depan budak sekolah.. Terdesak beb!!!


Dahsyat beb!! Kalau gua cerita, korang semua mesti tak percaya. Tapi itulah hakikatnya yang jadi pada PKR Pmtg Pauh.

Baru 2-3 hari lepas, ada 130 orang ahli dorang join UMNO. Lepas tu, PKR Pmtg Pauh tuduh UMNO sengaja nak menipu rakyat padahal dorang dakwa PKR still kuat disini.

Then.., semalam dorang buat satu majlis sumbangan bantuan kembali ke sekolah di Tanah Liat. Korang agak-agak berapa ramai yang hadir? Ramaiiiiiii beb!!

Rami budak-budak je lah... Errr.., 20 orang tu kira ramai jugak lah kann?

Yang paling best, ada pulak ceramah pasal perjuangan PKR depan budak-budak sekolah ni.., tu yang gua tak boleh tahan baii..

Punyalah teruk geng-geng pemuja Anwar di Permatang Pauh. Dengan budak-budak pun dorang semua nak berpolitik.. Memang kronik!!

Korang tengok je lah gambar-gambar kat bawah ni.. Agaknya bebudak tu semua faham ke PKR tu apa? Sadis beb!!!




Bukti Sembang Rakyat DITAJA oleh Pakatan.


Bagi sesapa yang rasa video Sembang Rakyat di Youtube tu dibuat oleh UMNO, sila tengok video kat bawah ni..

Ini adalah satu persepsi baru yang mengatakan bahawa video sembang rakyat sebenarnya dibuat oleh Pakatan sendiri bagi memburukkan BN..

Gua mengaku, ada betulnya jugak apa yang dorang cuba sampaikan tu.. So apa lagi? Korang layan dulu video terbaru ni dan renung-renungkanlah yee... Hehehehe..


TERBARU!!! Nik Aziz HARAMKAN duit bantuan RM500..


Kepada puak-puak PAS yang dah isi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 tu, gua nasihatkan sila abaikan niat korang untuk gunakan duit tu dalam kehidupan seharian.

Ini kerana, Nabi PAS Nik Aziz alaihissalam dah keluarkan BANNER di Kelantan bagi mengharamkan penggunaan duit tu bagi setiap ahli-ahlinya..

So.., sesapa dikalangan puak-puak PAS yang ambik serta gunakan duit tu, ia sama seperti makan duit haram katanya..

Maka dengan keluarnya banner dari lajnah PAS nih.., gua yakin akan meraung-raunglah seluruh ahli PAS yang bercita-cita nak shopping sakan beli baju sekolah anak..

RM500 satu keluarga tu bukan sikit beb.., kalau harap Pok Nik bagi, sampai kiamat belum tentu dapat..

Jadi lepas keluarnya banner rasmi dari PAS di Kelantan ni, gua harap jangan pulak ada ahli PAS yang menyamar buang ketayap dan pakai songkok untuk ambik duit bantuan tu yee..

Konon-kononnya, dengan pakai songkok tu dia boleh jadi geng UMNO.., macam Hasan Ali. Hahahaha...

TERKINI !! Warga Afrika akan mengundi untuk PAS.. Habislah BN..


Dulu puak-puak PAS kata BN akan guna pengundi dari Bangla, Nepal, Vietnam dan Indon untuk pastikan kemenangan di PRU13 nanti..

Kononnya BN paksa warga-asing dalam negara ni untuk undi dorang sebagai balasan untuk bermastautin dalam negara..

Kalau betullah UMNO boleh buat macam tu, gua gerenti UMNO dan BN tak akan kalah disetiap kawasan Pilihanraya beb.. Tapi korang tengok PRU12.., berapa negeri dapat kat Pakatan?

Itu buktinya pilihanraya negara ni telus dan adil..

So sekarang ni kita tengah heboh pasal Awang Afrika yang makin banyak dalam negara.. Kerajaan BN sibuk tangkap, tapi PAS pula asyik dok bela dorang..

Buktinya.., apa yang PAS sibuk sangat kecam serangan di Nigeria tu? Yang masalah dalam negara pun PAS tak boleh settle, ni kan pulak nak sibuk pasal isu luar..

Gua yakin.., ni mesti puak-puak PAS tengah baik punya ampu dan cuba ambik hati Mat-mat Afrika yang ada dalam negara.. Mungkin PAS nak gunakan "undi" dorang di PRU13 nanti kot?

Tak pun, PAS nak gunakan "kekuatan" Awang hitam untuk diserapkan didalam Unit Amal PAS.. Baru syok lawan dengan FRU beb..


PAS mengutuk sekeras-kerasnya serangan pembunuhan ke atas penganut Kristian dan gereja-gereja di Nigeria sempena perayaan Krismas di negara itu baru-baru ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, PAS juga turut menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain semalam yang turut sama mengutuk serangan itu.

"PAS bersama masyarakat antarabangsa mengutuk keras serangan terhadap gereja Kristian tersebut.

"Kita juga menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain yang mengutuk serangan tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Pada pagi Krismas lalu, dua gereja iaitu gereja St Teresa dan gereja Evangelical diserang sekumpulan yang menamakan diri mereka "Boko Haram".

Dalam serangan terbaru itu sekurang-kurangnya 15 orang menjadi mangsa.

Buat report Polis pasal nak pinjam TEKUN????


Korang tahu tak apa menatang nya TEKUN Nasional tu? TEKUN ni kira macam tempat bagi Bumiputera pinjam duit untuk berniaga laa..

TEKUN Nasional atau nama lainnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga adalah merupakan salah satu badan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.

Sejarah penubuhan TEKUN Nasional ni adalah bermula hasil daripada Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada 1994 yang bertujuan untuk memperuntukkan bantuan berupa modal tambahan bagi usahawan kecil Bumiputera dalam membangunkan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.

So maknanya, bagi sesapa nak berniaga tapi tak cukup modal tu, bolehlah cari TEKUN ni..., kononnya lahh..

Tapiiii..., banyak sangat gua dengar pasal "kecurangan" TEKUN nasional ni beb.. Banyak sangat bumiputera yang merungut sebab susah nak buat pinjaman..

Yang paling baru, ada yang sampai terpaksa report Polis pasal nak buat "loan" dari TEKUN.. Apa kejadahnya ini semua beb?

Pak Menteri yang berwajib, sila tengok masalah ni kejap.. Jangan sampai rakyat kata makan gaji buta nanti.

Azizan Razak TUNJUK SAMSENG..


Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.



p/s: Apalah orang tua ni.., dah tua-tua pun ada hati nak tunjuk samseng dengan orang muda macam Mukhriz tu.. Nampak sangat panas baran dia dah tak boleh control..

Baik-baik sikit Ostad.., jantung Ostad tu bukan kuat sangat.. Nanti masuk IJN sekali lagi kot... Hahahaha...

Ezam baru terjumpa KOTAK-KOTAKNYA..


Seingat gua, dah lama Ezam jaja satu Malaysia yang dia ada berkotak-kotak rahsia pasal Anwar.. Dari dia tak ada jawatan apa-apa, sampailah dia dilantik jadi senator..

Gua sebenarnya dok tunggu juga bilalah agaknya dia nak "buka" kotak-kotak yang dia simpan bawah katil tu.. Tapi tunggu punya tunggu.., tak buka-buka jugak..

Sekarang ni, Ezam kata dia ada surat yang pernah Anwar guna untuk memohon bantuan kewangan daripada Bank Dunia..

Finally..., gua rasa Ezam baru terjumpa kot kotak-kotak dia.. Kita tunggu je lah apa yang "Tauke Kotak" ni akan dedahkan nanti yee...

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa memiliki surat yang pernah digunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat permohonan bantuan kewangan daripada Bank Dunia.

Beliau juga bersedia mendedahkan mengenai kandungan surat itu bagi membuktikan penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Saya sedia dedahkan surat tersebut untuk membuktikan kebenaran bahawa Anwar berniat jahat.

“Perkara ini perlu didedahkan demi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di sini, malam kelmarin.

Mohamad Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar berkata, beliau tidak takut untuk tampil membongkar penyelewengan itu.

Menurutnya, pada awal tahun 2000, Anwar ada menghantar surat kepada bekas Pengerusi Bank Dunia, John Wolfensohn memohon bantuan kewangan untuk membantu menyelesaikan masalah skandal seks kakitangan bank dunia warganegara Lubnan yang dikenali sebagai Sahariza.

“Rakyat kita tidak boleh dikaburkan dengan agenda usang Anwar yang mahu mengalih perhatian menjelang keputusan kes salah laku seks beliau dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bahari pada 9 Januari depan.

“Sudah lama saya tunggu untuk melakukan pendedahan ini. Kini tiba masa terbaik demi menyelamatkan rakyat daripada kepalsuan terbesar ini” katanya.

Beliau berkata, serangan peribadi Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal memberikan kesan buruk kepadanya.

Katanya, beliau sering memberi pandangan untuk mengajak Anwar bersemuka bagi membongkar perkara sebenar namun gagal dipenuhi Anwar yang bijak mencari helah.

Wohaa!!! Batu Nesan paling mahal dalam dunia...


Steve Marsh meninggal dunia pada usia 51 tahun dan keluarganya ingin menandakan kematiannya dengan sesuatu yang luar biasa.

Setelah mendapat keizinan dari pihak berkuasa, mereka telah membuat batu nisan dalam bentuk BMW M3 seperti yang dimiliki Marsh ketika dia masih hidup.

Model dari batu granit itu perlu diimport dari China dan memerlukan peruntukan sebanyak GBP50,000 ( sekitar RM248 ribu) yang harganya hampir sama dengan BMW M3 yang asal!.

Beratnya hampir satu tan dan untuk meletakkan batu nisan itu di atas kuburan Mr Marsh,ia memerlukan bantuan dari kren dan melibatkan tenaga 20 orang anggota.

Rekaannya sangat terperinci termasuk lampu yang dicat perak, dashboard lengkap dengan sistem audionya dan logo BMW kecil pada keempat-empat rodanya. Malah memiliki nombor plat peribadi: "Steve 1".

Mr Marsh, dikenali sebagai seorang yang mencintai model BMW. Dia meninggal dunia ketika tidur pada April tahun lalu kerana masalah sakit jantung.

Isterinya Joanne, 51 tahun dan anak-anaknya Kerry, 31 tahun serta Vincent, 27 tahun yang berasal dari Forest Gate, East London membuat rancangan untuk membina batu nisan itu dengan bantuan seorang tukang batu.

Setelah rancangannya dipersetujui oleh pengelola perkuburan Manor Park, mereka memesan batu granit hitam dari China.

Dan peletakan batu nisan berbentuk kereta BMW itu dilakukan ketika upacara ulang tahun pertama kematian Marsh pada 23 April lalu yang dihadiri oleh 50 tetamu.

Untuk memberikan sedikit kesan lucu, mereka telah menambah tiket parking yang diselitkan di bawah wiper.

Seorang anak perempuan Marsh yang bernama Kerry mengatakan: “Dia adalah seorang penggemar kereta sepanjang hidupnya, dia mencintai kereta lebih dari mencintai anaknya.”


p/s: Apa agaknya lambang batu nesan ahli-ahli politik di negara kita ni yee? Gua tak nak sebut nama, tapi tergelak jugak bila gua terfikir pasal tu.. Hehehehe...

Wohaa !!! Kalimah Allah di Puntung Rokok ???


Lambang menyerupai kalimah ALLAH SWT yang terdapat pada puntung rokok yang dijumpai dalam bekas habuk rokok seorang lelaki di rumahnya mengejutkan banyak pihak termasuk kawan sepejabatnya.

Junaidi Jusoh, 25, yang berasa hairan dengan penemuan itu curiga dengan lambang yang terdapat pada puntung rokok berkenaan yang dianggapnya sengaja diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Lambang yang tercetak pada puntung rokok dipercayai rokok dari luar negara ini mungkin perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu perlekehkan kalimah berkenaan.

“Jika penghisap rokok membuang puntung rokok ini di serata tempat dan dipijak, ia seolah-olah menghina agama Islam yang sepatutnya diangkat tinggi martabatnya.

“Pada mulanya saya terkejut dengan penemuan ini dan berfikir kenapa ada pihak yang sanggup mencipta lambang yang menyerupai kalimah ALLAH SWT sedangkan ia tidak harus berlaku,” katanya.

Menurutnya, dia menghubungi Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu untuk memaklumkan hal berkenaan dan beberapa kakita-ngan daripada jabatan itu tampil serta melihat sendiri punting rokok yang dimaksudkan.

“Menurut perbincangan saya dan kakitangan itu, mereka memberitahu rokok ini memang ada dijual dan dari luar negara yang diseludup masuk ke sini, tetapi lambang yang dicetak pada puntung rokok tidak sepatutnya menyerupai kalimah ALLAH SWT kerana ia menimbulkan keraguan kepada orang ramai,” katanya.

Junaidi yang berasal daripada Kampung Bukit Kolam berkata, lambang puntung rokok seperti itu memang menimbulkan syak baginya dan begitu juga rakan lain yang turut melihatnya.


p/s: Errr.., gua tak nampak macam kalimah Allah punn.. Tak tahu lah pendapat korang pulak...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online