BREAKING NEWS

Lelaki India "belasah" Nga Kor Ming di Perak..


Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming perlu tampil memberi penjelasan secara terperinci berhubung isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada syarikat milik isterinya pada 2008.

Naib Pengerusi DAP negeri itu, M. Kulasegaran berkata, sekiranya tidak ditangani segera, isu itu bakal mendatangkan pelbagai kesan negatif sehingga menjejaskan imej parti itu.

"Sudah ada laporan polis yang dibuat mengenainya dan Kor Ming sendiri juga akan memfailkan saman ke atas tuduhan tersebut, namun saya merasakan adalah lebih baik jika beliau sendiri menjelaskan segala senario yang berlaku.

"Untuk bersikap adil kepadanya, berilah beliau masa yang cukup selain Datuk Bandar sekarang juga perlu mengesahkan sama ada dokumen yang tersiar di blog berkenaan adalah benar atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan seorang blogger Sekupangduas atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya, 47, yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut pada 21 Disember lalu.

Menurut Ahmad Sofian, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Syarikat tersebut yang didaftarkan selepas Kor Ming menjadi exco kerajaan negeri ketika itu, mendapat kontrak membekal dan menjahit kot tersebut meskipun mengenakan caj RM650 setiap sut berbanding yang terendah oleh Goodman Tailor iaitu RM450.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Berikutan itu, dua lagi laporan dibuat kepada SPRM oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelmarin yang mendakwa Ahli Parlimen Taiping tersebut secara nyata terlibat dalam urusan pemberian kontrak berkenaan pada 2008.

Kor Ming baru-baru ini bagaimanapun menafikan penglibatannya dalam pemberian kontrak tersebut kerana mendakwa ia dilakukan secara tender terbuka.

Kisah Ajaib dari Kelantan : Bayi di tapak pelupusan sampah..


Kalau tanya puak-puak PAS, mesti dorang tuduh yang buang bayi tu adalah ahli UMNO. Tapi kalau tanya Nik Aziz, dia akan kata ini semua adalah gejala sumbang yang diimport dari Kuala Lumpur.

Gua teringat lagi, dulu ada pernah wartawan media tanya Pok Nik pasal gejala sosial di Kelantan.. Konfiden je dia jawab itu semua adalah masalah kerajaan Pusat yang berjangkit dari KL..

So.., sebab tu lah gua kata peristiwa dibawah ni adalah satu kisah AJAIB dari Kelantan.. Kita kena "akui".., kat Kelantan tu mana ada puak-puak jahat beb..

Nak jahat macam mana anak-anak muda kat negeri tu kalau PAS dah anjurkan ceramah 24 jam diserata ceruk negeri.. Tak percaya? Pergi je tanya tukang kutip derma dalam ceramah tu..

Takkanlah dengan dakwah dan ceramah yang diberikan oleh PAS, anak-anak Kelantan boleh buang bayi? Mustahil banget tu beb..

Ni semua mesti salah UMNO.. Yang buang bayi tu mesti sokong Ibrahim Ali.. Kalau dia sokong Nik Aziz, beliau tak akan berkelakuan begitu jijik...

Mesti Pok Nik setuju dengan gua.. Hehehehe...

Machang : Mayat seorang bayi lelaki, yang dibungkus dan diletakkan dalam sebuah kotak, ditemui di kawasan pelupusan sampah di Bukit Tajol, Banggol Judah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedut berkata mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui beberapa pekerja pemungut sampah pada pukul 1.15 petang ini.

"Mayat itu dijumpai mereka sebaik sahaja lori pengangkut sampah Majlis Daerah Machang (MDM) membuangnya bersama sampah di kawasan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata mayat bayi itu dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat dan polis akan melancarkan gerakan mengesan mereka yang terbabit dalam pembuangan mayat bayi itu.

Seorang daripada pemungut sampah, Rosmi Shafie, 30, berkata mayat bayi itu dibungkus dengan baju-t dan kain sarung perempuan ketika ditemui.

"Kami amat terkejut sebab pada mulanya kami menyangka dalam kotak itu terdapat barang berharga tetapi rupa-rupanya mayat seorang bayi yang comel dan sempurna," katanya.

Anwar dapat menantu baru... Lawyer tu beb..


Gua ucapkan Tahniah kepada Anwar kerana dapat menantu baru semalam.. Dan tahniah juga kepada pengantin iaitu Nurul Ilham Binti Anwar dan pasangannya Mohd Reza Bin Mohd Rafie.

Gua dengar, menantu baru Anwar ni seorang lawyer beb.. Mungkin Karpal Singh yang rekomenkan kot? Gua agak je lah sebab Karpal tu kan "rapat" dengan Anwar..

Apapun.., bagus kalau dapat menantu lawyer nih.. Senang lah nanti kalau "apa-apa" terjadi kat Nuar di Mahkamah..

Lepas ni tak payah dah upah Karpal Singh bila menantu sendiri ada syarikat guaman.. Bijak sungguh Anwar cari menantu..

So.., gua doakan semoga dorang berkekalan hingga ke anak cucu lahh.. Harap-harap, menantu tu jangan pulak ikut perangai bapak mertua dia pulak.. Makan hati berulam jantung nanti anak Anwar tu.. Hehehehe...

Bob Lokman KENA HALAU dari Pahang.. Tahniah JAIP.


Bok Lokman, bekas pelakon yang kini aktif sebagai penceramah bebas dikalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.

Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu.

Edisi Mistik : Apa ada dengan SANTAU..


Junuh memang hebat. Semua orang tau hobi pelik Junuh. Di kampung Seri Sentosa, siapa yang tak kenal Junuh. Macam-macam perkara dasyat pernah dilakukannya untuk jadi terkenal.

Benda yang orang lain takut nak buat, itulah yang paling ingin dicubanya. Pernah Junuh berjalan dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa lain hanya dengan meniti atas pelepahnya sahaja.

Pernah juga dia ke hutan menangkap binatang buas dengan tangan kosong. Lebih mengagumkan lagi bila dia sanggup meredah api yang marak membakar rumah Haji Salleh, ketua kampung Seri Sentosa untuk menyelamatkan anak gadisnya, Seroja.

Kerana kehebatan dan keberanian Junuh, Seroja yang memang terkenal cantik jelita di kampong itu telah jatuh hati kepadanya. Haji Salleh tidak membantah.

Segera majlis perkahwinan mereka dilangsungkan. Ini menyebabkan ramai anak-anak muda kampung tersebut yang cemburu dan sakit hati kepada Junuh. Namun bila mengenangkan betapa berani dan hebatnya Junuh, mereka semua hanya mampu menelan air liur.

Tiba-tiba, sesuatu yang di luar jangkaan berlaku di hari persandingan Junuh. Sejak pagi lagi Junuh muntah-muntah.

Pada mulanya, Junuh menganggap itu perkara biasa sahaja. Tetapi bila dia muntah lagi dan kali ini muntahnya bercampur darah, Junuh mula merasakan ada sesuatu yang tak kena dalam dirinya.

Demi untuk tidak merosakkan majlis, Junuh diamkan sahaja perkara itu. Dia berlagak seperti biasa. Namun dia akhirnya tidak mampu menyembunyikan perkara itu bila dia muntah-muntah lagi sebaik sahaja duduk di pelamin.

Semua hadirin jadi gempar melihat darah merah tersembur dari mulut Junuh. Junuh segera di usung ke ruang tamu.

Waktu mak mertuanya sibuk mencuci muntah Junuh yang mengotori karpet, dia temui sesuatu yang pelik. Serpihan-serpihan kaca halus didapati bercampur bersama muntah dan darah.

Beberapa batang paku setengah inci dan mata pisau cukur turut ditemui. Lalu seorang dukun dipanggil. Seroja cuba menghalang ibunya dari memanggil Pak Dukun tersebut.

Dia lebih suka jika Junuh dihantar berubat di hospital. Dia resah lalu menelefon ambulan.

Upacara pengubatan segera dilakukan sebaik Pak Dukun sampai. Setelah berjampi-serapah dan berasap kemeyan, Pak Dukun cuma menggeleng-geleng. Berkumat-kamit mulutnya membaca mentera.

Sesekali dia menepuk lantai. Kemudian mengurut-ngurut dada Junuh sambil memejam matanya rapat-rapat. Junuh tersedak. Darah meleleh dari mulutnya. Junuh mengerang sakit.

“Siapa hantar kau ke mari?!” Tanya Pak Dukun sedikit menengking. Matanya terjegil bulat merenung wajah Junuh yang berkerut menahan sakit. Peluh kasar terpercik di dahinya.

“Aku… aku memang tinggal sini. Ini kampung aku! Kenapa Pak Dukun tekan dada aku? Sakit, tau tak?” Marah Junuh. Namun tak dipedulikan oleh Pak Dukun.

“Jadi, orang dekat lah ni… siapa nama tuan kau, hah?” Tanya Pak Dukun lagi. Nadanya tetap keras.
“Tuan apa? Aku mana ada tuan… aku bebas! Pak Dukun ni dah buang tebiat ke tanya aku macam ni?” Junuh memulangkan soalan. Dia mengurut dadanya yang sakit. Suaranya turut berubah parau menahan pedih.

“Jangan melawan! Jawab apa aku tanya. Aku tau asal-usul kau. Kau nak aku kurung kau dalam botol minyak angin? Hah!” Herdik Pak Dukun. Junuh ketawa besar. Tetapi kembali mengerang sakit bila ibu jari kakinya pula ditekan kuat dengan kuku Pak Dukun.

“Seroja… tolong abang Seroja… Pak Dukun ni dah gila… dia nak bunuh abang…” Junuh cuba meraih simpati Seroja yang menangis di sisi ibunya.

“Apa boleh Seroja bantu abang?” Tanya Seroja penuh simpati. Tangannya mengusap-usap rambut Junuh. Junuh termuntah lagi. Berkeping-keping kaca halus seperti kaca mentol bersemburan bersama darah hitam pekat. Junuh terkulai lemah.

Terkial-kial dia gagahkan diri merapati telinga Seroja. Junuh sempat bisikkan sesuatu di telinga Seroja sebelum kembali tak sedarkan diri.

“Huh! Hah! Cepat tunjukkan diri. Jangan ganggu anak cucu kami! Kat mana kau sembunyikan ‘benda’ tu, hah?! Bagitau aku cepat!!”

Melihatkan keadaan genting itu, Pak Dukun bertempik. Matanya merenung tepat ke arah dupa berisi bara. Kemeyan ditabur lagi. Asap berbau harum memenuhi ruang bilik. Seroja menghampirinya.

“Abang Junuh kata, ‘benda’ tu ada bawah katil.” Bisik Seroja takut-takut. Bulu tengkuknya meremang membayangkan ‘benda’ yang dimaksudkan suaminya.

Terlintas di fikirannya bangkai katak yang dicucuk jarum peniti dan diikat benang kuning. Mungkin juga tengkorak bayi mati lepas lahir yang tersembunyi di bawah katilnya. Dan berbagai lagi benda pelik dan menakutkan menghantui benaknya.

Pak Dukun segera bangun menuju ke bilik pengantin. Beberapa orang lelaki yang sejak tadi hanya mendiamkan diri turut bangun mengekori Pak Dukun. Mereka juga tidak sabar untuk melihat ‘benda’ yang tersembunyi di bawah katil pengantin.

Pak Dukun menyelak cadar dan tilam perlahan-lahan. Semua yang ada di situ memerhati dengan sabar dan berdebar-debar. Semuanya diam membisu. Pak Dukun sudah dapat melihat sesuatu yang pelik terselit di sudut katil.

Dia hulurkan tangan. Perlahan-lahan dia mencapainya. Sesuatu berbentuk empat segi tepat terikat rapi dalam kain merah. Pak Dukun membuka ikatannya dengan berhati-hati.

Saat itu juga, bunyi siren ambulan kedengaran di luar pagar. Beberapa orang lelaki berbaju putih bergegas masuk ke rumah bersama pengusung.

Seroja serba-salah. Namun dia membiarkan sahaja petugas-petugas hospital itu menjalankan tugas mereka. Pak Dukun keluar semula dari bilik pengantin bersama bungkusan tadi yang telah terbuka.

Sebuah buku berkulit keras tergenggam di tangan kanannya. Lalu dia menyerahkan buku itu kepada salah seorang petugas hospital tadi.

“Kau tau dia tulis apa? Aku tak tau baca bahasa penjajah ni.” Kata Pak Dukun. Keningnya masih lagi berkerut. Sepanjang penglibatannya dalam bidang perubatan tradsional, inilah kali pertama dia berdepan dengan ilmu santau menggunakan buku.

“THE GUINNESS BOOK OF WORLD RECORDS 2011” Kata petugas hospital tersebut sebelum menyambung kerja-kerjanya.

Sekeping gambar lelaki Mat Salleh sedang memakan kaca yang telah dikerat dari buku itu jatuh ke lantai. Ada catatan tulisan tangan tertulis; 'Ini Akan Jadi Rekod Aku Seterusnya!'. Semua orang kampung ternganga.


*Kredit to Nizareka.

Merana akibat KETAGIH belalai Afrika..


Gua pun heran dengan anak-anak dara melayu zaman sekarang nih.. Dulu dorang gila kat Mat bangla, lepas tu beralih pulak pada Mat nepal yang kononnya lebih "hindustan"..

Then dorang gila pulak kat Mat Indon sampaikan berbondong-bondong minah yang ikut lari ke Lombok.. Sekarang ni, anak dara melayu "ketagih" pulak kat belalai Awang Afrika..

Satu je persoalan gua.., murah sangat ke anak dara melayu ni sampai semua bangsa dorang sanggup tadah "tuttt" dorang? Tak ada maruah sangat ke ana-anak dara melayu kita sekarang?

Gua tahu bukan semua anak-anak dara Melayu kita macam tu.., tapi kerana nila setitik, rosak habis susu sebelanga..

Inilah jadinya bila perasaan malu dah hilang dalam diri anak-anak gadis melayu.. Sedangkan dalam kitab ada bagitau, malu itu adalah perisai bagi wanita.

Sekarang ni.., gua pulak yang malu bila anak bangsa gua sendiri jadi haru biru macam ni.. Nak marahkan kerajaan sebab benarkan kemasukan warga Afrika.., pun tak boleh jugak..

Sebabnya.., macam gua kata awal tadi, anak-anak dara melayu ni bukan kira apa beb.., semua dia bedal serupa jee..

So.., apa yang anak dara melayu kita cari sebenarnya?

“Setiap tahun pasti ada saja kes wanita mengandung anak luar nikah hasil hubungan gadis Melayu dengan lelaki Afrika dirujuk kepada kami,” kata Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof.

Yahya berkata, kes terbaru diterimanya pada awal bulan ini membabitkan seorang pelajar kolej swasta berusia 20 tahun.

“Apabila dia hamil, kekasihnya enggan bertanggungjawab. Jadi, dia datang ke Kewaja untuk melahirkan bayi di sini dan bersetuju untuk menyerahkan bayi itu kepada keluarga angkat,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperolehnya menunjukkan sebahagian besar gadis Melayu yang mempunyai hubungan dengan lelaki Afrika berkenalan menerusi laman sosial, menuntut di institusi sama atau hasil pergaulan bebas bersama rakan.

Yahya berkata, secara purata dia menerima dua kes setahun membabitkan gadis Melayu dengan lelaki Afrika dan semuanya ditinggalkan kekasih selepas mereka hamil.

“Apabila mengandung, teman lelaki mereka tidak mahu bertanggungjawab dan menghilangkan diri. Wanita yang menanggung semua beban berseorangan, menjadi mangsa, mengandung anak luar nikah dan dibuang keluarga.

“Di Kewaja mereka diberi perlindungan sehingga melahirkan bayi dan memberi semangat kepada mangsa untuk kembali kepada keluarga serta menjalani kehidupan seperti biasa. Bayi mereka pula kami serahkan kepada keluarga angkat dengan persetujuan ibunya,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan bayi yang dilahirkan lebih mengikut genetik bapa, mewarisi rambut kerinting, berbibir tebal dan berkulit gelap menyebabkan tidak ramai pasangan yang mahu mengambil bayi ini sebagai anak angkat.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online