BREAKING NEWS

Anwar nak jadi Hang Jebat...


Gua heran satu perkara, macam manalah manusia yang penuh dengan skandal moral macam Anwar ni boleh diangkat jadi Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong?

Puak-puak Pusaka Gayong tu dah tak ada orang lain ke yang dorang nak pilih? Apa yang cap ayam sangat dorang tu sampai peliwat macam Anwar tu pun dorang boleh ambik?

Bagi gua, Anwar tu tak layak jadi Khalifah Silat Pusaka Gayong.., silat PACAK PAYUNG boleh lah beb.. Itupun dia cuma "pacak payung" dibelakang jantan dan juga atas katil dengan chinadoll saja.

Memang memalukan!! Anak-anak Pusaka Gayong tu tak malu ke bila orang kata Ketua Imam Khalifah Besar dorang tu kaki bontot jantan? Kalau gua, memang confirm malu giler beb..

Apapun, gua cuma nak termuntah bila Anwar kata dia umpama Jebat yang difitnah dalam sejarah perjuangan melayu. Ntah dimana yang Anwar rasa dia sama dengan Jebat pun gua tak tahu...

Kalau Jebat tu memperjuangkan keadilan.., Anwar tu cuma Ketua Defacto parti Keadilan.. Tak sama tu beb...

Jebat memang difitnah diatas perkara yang dia tak buat.., tapi Anwar memang confirm kaki balun depan belakang.. Itu realiti.., siap ada video lagi baii.... So mana ada sama..

Poyo betullah Anwar tu kann.. Ada hati nak jadi Jebat kononnn... Jadi musibat bolehlahhh...

BRAVO!!! Hasan Ali BELASAH Nik Aziz..


Semalam, Nik Aziz yang baru keluar hospital akibat sakit perut membuat kenyataan supaya ahli PAS jangan buat sebarang statement di "media musuh"..

Maksud dia adalah Utusan dan TV3 lah tuu.. Dan pastinya ahli PAS yang dimaksudkan tu ialah Hasan Ali..

Tapi hari ni Hasan Ali sudah "smash" balik Nik Aziz punya fatwa beb.. Hasan Ali kata Harakah tak pernah bagi ruang untuk dia bercakap.. Cayalah Hasan Ali..

Korang baca sendiri kenyataan Hasan Ali yang menyanggah fatwa Nik Aziz dibawah ni.. Habislah Hasan Ali.., gerenti Pok Nik tarik balik dia punya "tiket ke syorga" lepas ni..



Bekas pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan berapa peruntukan ruang bagi beliau dalam media PAS iaitu Harakah apabila timbul dakwaan mengatakan beliau masih menggunakan media Umno.

“Tidak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah kerajaan berkuasa maka sudah tentu dirujuk kepada kerajaan. Dan Umno sebahagian daripada kerajaan maka dikatakan media Umno.

“Saya menerima mana-mana media pun. Keterbukaan media-media ini memberi ruang kepada orang-orang seperti saya, lebih besar daripada media milik parti sendiri,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Sabtu.

Dr Hasan menjadikan kontroversi atau polemik yang berlaku sejak dua, tiga minggu lalu sebagai contoh yang boleh dibuat sebagai analisis kandungan dalam Harakah.

“Semasa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu pun saudara (media) boleh buat analisis kandungan, berapa peruntukan ruang kepada saya berbanding orang lain?

“Kadang-kadang saya lihat ruang diberikan kepada parti-parti komponen lain dan bukannya kepada orang PAS, dan lebih besar peruntukan kepada sesetengah golongan dalam parti sendiri,” katanya.

Bagi beliau, siapa yang dapat menyebarkan atau meletakkannya kepada masyarakat seluas-luasnya maka sudah tentu media itu menjadi pilihan.

“Kalau saya hanya guna media PAS. Katakanlah boleh digunakan, ia hanya merujuk pada orang PAS sahaja. Orang Umno, orang luar tak baca kerana edarannya terhad.

“Tetapi kalau saya menggunakan media-media yang sudah ‘establish’ dengan tidak ada niat untuk mendapatkan keuntungan politik di mana-mana pun saya merasakan itu adalah tindakan yang terbaik untuk saya setakat ini,” katanya.

Dr Hasan berkata, perkara itu bukan satu tuduhan serkap jarang namun terdapat desas-desus dan aduan daripada anggota-anggota dan pemimpin-pemimpin PAS juga masyarakat umum yang melanggan Harakah.

Beliau menjelaskan, mereka melihat kandungannya dalam parti itu lebih kepada satu-satu golongan dan tidak mirip kepada satu golongan lain.

“Kenapa timbul laporannya atau kandungannya agak sedikit bersifat ‘menjurus’ kepada golongan-golongan tertentu?

Sebagai contoh, katanya, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam temuramahnya mengenai pandangannya terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) sehingga kini masih tidak disiarkan.

“Bayangkan kalau temuramah Haron Din tidak disiarkan, bagaimana agaknya dengan Hasan Ali yang hanya ‘orang kecil’?” katanya.

Dr Hasan bagaimanapun tidak menafikan sumbangan Harakah sebenarnya telah berjuang memberikan satu imej tersendiri dan merupakan satu institusi dalam sejarah orang Islam serta orang Melayu di Malaysia.

“Saya merasakan Harakah memerlukan satu perubahan dalam organisasi dan fungsinya. Ini termasuk ilmu-ilmu pengurusan baru media,” katanya.

Beliau berharap agar pimpinan tertinggi parti dapat melihat semula cadangan itu.

“Diharapkan agar tindakan-tindakan sepatutnya dapat diambil untuk membawa imej PAS kepada satu imej yang suatu masa dahulu merupakan rujukan kepada media-media lain,” katanya.

Pendapat ikhlas penyokong Pakatan.. BN akan tawan Kedah, Selangor dan Penang.


*Kat bawah ni adalah pendapat ikhlas penulis pro Pakatan tentang peluang PR untuk kekalkan negeri-negeri yang dorang menang di PRU12 dulu.

Nampaknya, hanya pemimpin Pakatan je yang perasan dorang boleh menang PRU13 nanti, tapi penyokong di peringkat bawah dah hilang keyakinan. Kita tunggu je lah nanti..



BERDASARKAN maklumat dalaman mengenai perkembangan terkini adalah difahamkan yang PR berada di ambang kekalahan di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dalam PRU akan datang.

Justeru, sebagai penyokong setia PR, penulis merasakan tidak ada faedahnya untuk turut meniupkan semangat palsu agar rakyat terus dibuai retorik konon PR masih kuat sepertimana yang dimainkan oleh pemimpin tertentu kita.

Realitinya, terlihat jelas kini akan perubahan sikap pengundi terutama kaum Melayu dan India akibat tidak puas hati dengan DAP. Bukan rahsia bahawa amat sukar bagi kita membendung persepsi terhadap DAP sebagai chauvinis dan rasis kerana pemimpin DAP sendiri kerap kali ‘tersasul’ dan membuka pekung sendiri.

Walaupun ia adalah kesilapan individu dan bukan parti, tetapi rakyat tidak melihatnya begitu. Akibatnya, PAS dan PKR terpaksa melakukan ‘damage control’ bagi pihak DAP. Namun, kerosakan telah pun berlaku dan PR tidak mampu mengekang masalah kehilangan sokongan Melayu dan India kerana sikap beberapa pemimpin DAP.

Walaupun PR yakin mendapat sekurang-kurangnya 70% undi kaum Cina tetapi itu bukanlah jaminan bahawa PR akan dengan mudah dapat mengekalkan negeri-negeri yang telah ditawan di sebalik keghairahan ingin menawan negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Johor dan Perlis.

PR perlu sedar bahawa BN telah melancarkan strategi yang begitu halus terutamanya untuk menawan kembali Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti mudah iaitu dengan perbezaan hanya 2 kerusi.

BN juga begitu agresif memindahkan pengundi ke kawasan tertentu bagi membolehkan mereka menguasai beberapa kerusi DUN yang diwakili oleh MCA dan Gerakan.

BN nampaknya cukup sedar bahawa tanpa pemindahan pengundi mereka tidak mungkin akan menang di kawasan majoriti bukan Melayu dan itulah yang mereka lakukan di Pulau Pinang apabila MCA dan Gerakan masing-masing hanya mensasarkan kemenangan 3 kerusi sahaja manakala UMNO mensasarkan 15 kerusi bagi membolehkan BN membentuk kerajaan.

Di Kedah pula, UMNO begitu bersemangat dan yakin akan menang besar apabila tersebar cerita bahawa Dato’ Mukhriz Mahathir akan dinobatkan sebagai Menteri Besar yang baru. Tun Mahathir juga dikatakan akan ‘all out’ membantu BN pada PRU nanti bagi memastikan kemenangan di Kedah. Ini pastinya akan menjadi faktor peningkatan sokongan secara drastik kepada BN.

Aktiviti BN di 3 negeri ini boleh dilihat dengan jelas, namun apa yang berlaku di Kelantan juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Dikhabarkan BN hanya memerlukan 5 kerusi DUN bagi mendapat majoriti mudah dan melihat dari perkembangan di Kelantan akhir-akhir ini, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Pastinya ramai yang menyangkal dan tidak mahu menerima pendapat dari pemerhatian penulis. Itu adalah hak masing-masing. Namun, adalah lebih elok jika PR tidak terus leka dan bertindak segera menangani perkara ini supaya tidak berputih mata gara-gara syok sendiri.

UPSI tak layak ambil tindakan terhadap Adam Adli???



KEADILAN menyelar tindakan dan tekanan yang dilakukan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terhadap mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Ia berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

“Kedua-dua pertuduhan adalah tidak berasas, tidak berperlembagaan, tidak sah dan jelas tidak masuk akal.

Dalam tindakan Adam menurunkan bendera Perdana Menteri, beliau hanya menjalankan haknya dalam kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Menurutnya, Adam tidak melakukan kesalahan undang-undang malah harus dipuji kerana mempunyai pendirian yang berani untuk memperjuangkan autonomi di institusi pengajian tinggi.

“UPSI tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam daripada menjalankan hak-hak sivil beliau sebagai warganegara,”

“Tindakan Adam merupakan bantahan yang sah dan demokratik terhadap kegagalan Najib bagi memastikan pelajar mendapat kebebasan akademik dengan memansuhkan AUKU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Justeru, kami menyeru kepada UPSI dengan serta-merta menggugurkan semua tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Adam serta menuntut Najib melakukan pembaharuan besar agar mahasiswa dapat mepertahankan kebebasan akademik di dalam negara,” katanya.

Adam menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin dari UPSI hari ini, gara-gara menurunkan bendera Najib di Ibu Pejabat Umno pada 17 Disember lalu.

Beliau dipanggil untuk hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut 19 Januari depan.


p/s: Bodoh punya PKR !!!

GRO 18 tahun di Selangor... Tahniah Khalid Ibrahim.


Wohaa!! Sejak Pakatan pegang negeri Selangor, macam-macam kejayaan yang dorang dah buat. Inilah bukti bahawa kerajaan Pakatan sangat bijak menjana ekonomi negeri.

Selain dari membenarkan penjualan arak di 7Eleven.., Pub dan rumah urut makin meriah dikawasan seperti Puchong, Sunway, dan Damansara. Tarian tiang macam di Thailand tu pun adaaa...

Yang paling baru, ada GRO umur 18 tahun beb di Selangor tu.. Cayalah Khalid Gagap. Pandai sungguh dia jaga "kehidupan sosial" rakyat negeri Selangor yee..

Untung rakyat Selangor. Gua rugi duduk di Penang sebab disini hanya ada Spa dan pelacur lelaki je.. Guan Eng kena belajar dari Khalid gagap lah lepas ni..

Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keputusan peperiksaan dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berakhir apabila mereka bersama 30 GRO lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Perdana di sini tengah malam semalam.

Serbuan mengejut pada pukul 12.30 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kewujudan pusat hiburan itu yang menyajikan tarian tiang berunsur seks dan GRO bawah umur.

Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Supritendan Amir Rasid Derani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 30-an dan tiga daripada mereka baru tamat peperiksaan SPM.

"Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO sedang rancak melayan pelanggan manakala yang lain sedang menunggu untuk dipilih pelanggan yang masuk ke pusat hiburan berkenaan," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Gambar LUCAH Anwar dan Saifuddin di UITM..


Gempar beb!! Ada pihak-pihak yang tak bertanggung jawab menyebarkan gambar lucah Anwar dan Saifuddin didalam bentuk risalah di UITM.

Gua syak, perkara jijik ni dilakukan oleh puak-puak pro-Pakatan yang cuba nak mengapi-apikan mahasiswa supaya membenci kerajaan.

Modus operandi dorang ialah, sendiri reka, sendiri edar, sendiri buat-buat terkejut, dan tuduh pihak lain.. Alahhh.., benda ni selalu Milosuam dan PAS buat dalam cywar dorang..

So.., propaganda macam ni dah tak asing lagi dalam Pakatan. Cuma baru sekarang dorang nak aplikasikan dalam Universiti bagi meracun mahasiswa.

Memang harami sungguh puak-puak Pakatan tu semua.. Asyik nak timbulkan masalah je dorang tu. Tak boleh langsung tengok negara aman!!

"Haramkan" pelajar ke Mesir.. PAS mula Meroyan sakan...


Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali menyifatkan tindakan kerajaan Terengganu akan menghentikan penghantaran pelajar ke Mesir sebagai silap besar serta takutkan ‘bayang-bayang’ sendiri.

Katanya, polisi baru kerajaan Umno-BN itu menjadi suatu kerugian dari sudut keilmuan yang diperolehi khususnya di Universiti al-Azhar, Mesir.

Menurut Yahaya, Ahmad juga menghina sistem pendidikan pusat pengajian negara itu yang memiliki universti al-Azhar, universiti tertua di dunia yang terkenal hebat dari sudut keilmuannya.

“Kita (PAS) rasa satu kesilapan besar dari sudut ilmu jika kerajaan Terengganu membuat keputusan menghentikan penghantaran pelajar kita ke Mesir.

“Kenapa takut dengan ‘bayang-bayang’ kononnya pelajar di Mesir terlibat dengan politik pembangkang dan tidak bersama kerajaan (Umno-BN).

“Ini bukan salah sistem (Al-Azhar) jika pelajar terlibat dengan politik tetapi pendedahan dengan aktiviti berpersatuan dan ilmu membawa kepada kebenaran dalam perjuangan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said yang mengumumkan perkara tersebut pada 19 Disember lalu..

Ahmad dipetik sebagai berkata sistem pendidikan di sesetengah pusat pengajian negara itu menyebabkan ada pelajar dari negeri ini yang terkandas pengajian mereka.

"Sistem pengajian di negara itu agak 'kucar-kacir' manakala sebilangan pelajar turut terheret dalam agenda politik tertentu sehingga meminggirkan pelajaran mereka,'' katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu (YT) kali ke-32 di Taman Tamadun Islam.

Ekoran kenyataan Ahmad, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) turut mengumumkan akan menghantar semua pelajar tajaannya ke Jordan dan tidak lagi ke Mesir, mulai tahun hadapan.

Aksi TERLAMPAU artis melayu!!! Anak sapa lah ni???


Korang kenal tak dengan artis melayu sorang nih? Dulu nama dia memang cukup "hangat".., tapi sekarang ni makin suam-suam kuku lepas usia makin meningkat.

Mungkin atas faktor tersebut, minah ni terpaksa kembali dengan aksi-aksi "hangat" dalam majlis bagi mempopularkan semula dirinya..

Gua malas nak komen panjang.., korang tengok sendiri gambar-gambar "gediks" artis ni yang gua pinjam dari blog DDKJ..





About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online