BREAKING NEWS

Ariff Alfian hanya balik ke Malaysia jika Anwar jadi PM..


Kesian betul mamat GAY melayu yang baru berkahwin sesama jenis di Ireland tu, nak balik Malaysia pun takut kerana kemungkinan dia diapa-apakan.

Itulah akibatnya kalau buat perkara-perkara pelik tanpa berfikir terlebih dulu. Sekarang ni sapa yang susah.., dia dan keluarganya jugak yang susah.

Tapi tak apa.., gua nasihatkan Ariff Alfian tu supaya tunggu je Mr Anwar Ibrahim jadi PM Malaysia. Masa tu boleh lah balik sebab Homoseksual mungkin akan dibenarkan..

Kan Mr Anwar tu pun sama jenis dengan Ariff jugak.., cuma dia tu jenis habis madu sepah dibuang. Mana dia berani kawin dengan kekasih gelap dia tu..

So.., Ariff Alfian terpaksa lah tunggu yee.. Ramai GAY yang tunggu Anwar jadi PM ni.. Itu je jalan penyelesaian kalau GAY nak bebas di Malaysia..


Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menyatakan ketakutannya untuk pulang ke tanah air.

Dalam kenyataannya kepada akhbar The Irish Times hari ini, Ariff Alfian berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia

” Saya bimbang dengan keselamatan saya namun ingatan saya masih dengan keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tak pernah mahu perkara ini menjadi berita utama,” katanya kepada akhbar itu.

TS Abdul Hamid Othman meninggal dunia.. Al Fatihah.


Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini.

Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

Tan Sri Hamid Othman pernah memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau juga pernah dikejutkan apabila tewas pada Pilihan Raya Umum ke 10 bagi Parlimen Sik ke tangan PAS yang diwakili Penulis Novel SHIT, Shahnor Ahmad

Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

UPSI ambil tindakan terhadap mahasiswa pencacai Anwar.


Mahasiswa biadap, Adam Adli diberitakan telah menerima notis pendengaran tatatertib dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Adam berkata seorang individu tidak dikenali menyerahkan notis terbabit, yang mengarahkan beliau hadir ke perbicaraan tatatertib pada 9 Januari depan.

Beliau mengesahkan akan hadir menjalani perbicaraan tatatertib tersebut.

Dalam pada itu, Adam menegaskan tindakan beliau menurunkan bendera itu membuktikan bahawa mahasiswa komited untuk kebebasan akademik.

“Saya tidak faham kenapa anda takut dengan kami? Kami bukan ahli politik tetapi mahasiswa. Kalau anda musuhi kami, maknanya apa yang mahasiswa lakukan adalah betul,” katanya.


p/s: Tahniah UPSI.., buang semua mahasiswa yang kurang ajar tu sebelum dorang mendidik anak-anak bangsa lain jadi kurang ajar..

[GAMBAR] Anwar HASUT mahasiswa lawan kerajaan.


Mahasiswa perlu tegas, bebas dan lantang memperjuangkan hak rakyat, menegur pemimpin yang rasuah serta salahguna kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim

Bercakap di depan kira-kira 100 hadirin pada sesi ‘Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim’ di kediamannya malam tadi, Anwar memulakan bicaranya dengan membacakan sajak terkenal Taufik Ismail, bertajuk ‘Takut 66, Takut 98′.

“Saya mula aktif dalam gerakan mahasiswa, dan biasa dengan demonstrasi. Justeru, gunakan sebaiknya era mahasiswa itu untuk menyatakan yang benar.

“Kamu boleh tidak bersetuju dengan (perdana menteri) Najib. Kamu juga boleh tidak bersetuju dengan Anwar. Tidak salah berhujah dan melawan dengan fakta,” kata Anwar.

“Manakala mahasiswa berani dan bersedia untuk bertanya (kepada pimpinan negara),” kata Anwar mengimbau zaman sebagai pemimpin pelajar.

Merujuk tuntutan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan kes pelajar Adam Adli- Anwar berkata kerajaan hari ini gagal mendengar pandangan mahasiswa, apabila ugutan pihak tertentu terhadap gerakan itu dan isu yang dibangkitkan mereka dipandang sepi.

“Mereka memperbodohkan kritikan (mahasiswa). Sedangkan mahasiswa ialah pemangkin untuk memecahkan permasalahan.

Ketika saya menjadi Menteri Pendidikan, tanpa gagal setiap tahun saya pusing setiap kampus di seluruh negara,” katanya.

BERDOSA kalau kata Nik Aziz sakit kritikal....


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pihak tertentu agar tidak menyebarkan fitnah berhubung keadaan kesihatan dirinya yang menjalani rawatan baru-baru ini.

Katanya, dakwaan bahawa beliau berada dalam kritikal sehingga menerima rawatan intensif semasa berada di Hospital Universiti Malaysia (HUSM) baru-baru ini adalah tidak betul.

Menyangkal dakwaan itu Nik Aziz, 80, berkata, sudah menjadi rutin dia akan membuat pemeriksaan berkala di hospital terbabit supaya keadaan kesihatan sentiasa stabil dan memuaskan.

“Sudah menjadi kebiasaan saya buat pemeriksaan di hospital tiga bulan, ada( dakwaan) kata saya sakit, itu kerja orang yang tidak kenal dosa, ” katanya ketika ditemui media di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Isnin lalu Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan dibenarkan pulang pagi semalam.

Bagaiamanapun, maklumat yang tersebar luas di internet menyatakan beliau berada dalam keadaan kritikal.

Semalam juga beliau turut mengeluarkan kenyataan menyatakan pendirian berhubung isu dalaman parti membabitkan bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip.

Dalam responya beliau menasihatkan semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti.

Beliau juga menyokong keputusan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat untuk memanggil ketiga-tiga individu tersebut memberikan penjelasan.


p/s: Lepas ni kalau orang tu tu masuk Hospital, gua kenalah cakap yang dia tu buat lawatan rasmi je.. Kalau cakap dia sakit, nanti tak pasal-pasal pulak dapat dosa..  Takut mati jugak ye orang tua tu.. Hahahaha...

TERKINI !!! Adam Adli terima ugutan bunuh?


Ni cerita baru pasal mamat mahasiswa poyo yang perasan hebat mewakili semua mahasiswa dalam negara. Khabarnya dia dah dapat ugutan bunuh, tapi tak tahulah bila dan dari sapa..

Tak ada pulak laporan Polis yang dia buat. Mungkin dia just report kat Pemuda Pas saja. Sebab tu lah hari ni Pemuda PAS yang dikepalai oleh Nasrudin Tantawi meroyan sakan.

Yang paling best, Pemuda PAS sanggup "BERJIHAD" untuk pertahankan Adam Adli. Biasalah.., Pemuda PAS kan suka benda-benda JIHAD nih semua, tapi jihad versi PAS lah..

So.., Nasrudin dah buat statement akan bangkit bertindak tegas kalau Adam Adli diapa-apakan. Untung sungguh budak poyo tu kann, ada pulak "skuad JIHAD" yang sanggup bela dia.

Lepas ni dia bolehlah buat apa saja yang dia suka.. Makin besar kepala lah budak hingusan tu nanti..


Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC baru-baru ini.

"Tindak balas ke atas Adam Adli sangat keterlaluan. Ludah, pukul dan terkini ugutan bunuh ke atasnya telah melepasi batas kewarasan manusia bertamaddun," tegas ketuanya, Nasrudin Hassan.

"Sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Datuk Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan.

"Insya-Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata, seperti yang telah beliau tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Najib perlu ditangani secara diplomasi.

"Beliau selaku mahasiswa, selaku intelek muda tentunya mempunyai
asas kukuh kenapa beliau bertindak sedemikian. Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya.

"Kerana saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya," tambahnya.

Anwar risau bila Dr Khir didapati bersalah..


SESIAPA yang membeli harta tanah yang tinggi nilainya tetapi dibayar dengan harga murah perlu waspada jangan sampai jadi seperti bekas MB Selangor Khir Toyol.

Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mendapati Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah berhubung pembelian harta tanah yang meragukan.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki yang mendengar perbicaraan ke atas Khir Toyo atas dakwaan rasuah berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Adun Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai Adun dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Sebelum ini Khir mendakwa ada bekas menteri dari Selangor yang mahu melihat kerjaya politiknya musnah. Apakah dengan keputusan mahkamah hari ini Khir kini sudah menghampir tirani politik yang amat ditakuti itu?

Kepada mana-mana tokoh politik yang memiliki rumah besar, kereta besar, jet persendirian, hendaklah berhati-hati dan pastikan anda tidak akan terjebak dalam rasuah.

Khabarnya terdapat beberapa tokoh politik memiliki rumah besar, hartanah yang bernilai berbillion ringgit yang diperolehinya dengan cara meragukan.

Satu skuad khas sedang bergerak untuk membongkar dan mendedahkan hartanah tokoh politik. Skuad itu akan memasuki ke 'premis' semua tokoh politik tidak kira Umno, Pas atau PKR.

Buat masa ini skuad berkenaan sudah menyimpan beberapa gambar yang boleh membelalakkan mata orang ramai berhubung pemilikan harta oleh tokoh politik. - mso

Ahli PAS jangan berlagak pandai.., jadi bodoh tak apa..


Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.

Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.

“Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam.

“Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sapa nak pukul Adam Adli.., kena langkah "mayat" Samsul Iskandar dulu..


Selepas insiden menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mahasiswa Adam Adli Abdul Halim, menerima pelbagai ugutan daripada telefon, sistem pesanan ringkas (SMS), video dan sebagainya yang mengancam dirinya dan keluarga.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, berikutan perkara tersebut, bapa Adam Adli, Abdul Halim menghubunginya memohon bantuan melindungi dan memastikan anaknya, Adam Adli berada dalam keadaan selamat.

“Perkara ini sudah menjadi serius, apabila ada pihak cuba melemparkan pelbagai ugutan. Tidak hanya itu, keluarga ini menerima ugutan akan mencederakan Adam sekiranya bertemu Adam di mana-mana.

“Jadi, perkara ini sudah semakin parah apabila ada pihak tidak menghormati undang-undang. Adam sudah pun membuat laporan polis berhubung isu ini dan kini menjadi tanggungjawab AMK untuk melindunginya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Adam membuat laporan polis di balai polis Tanjung Malim, apabila ugutan turut diterima di kawasan kampusnya.

“Ugutan sebegini berlaku di mana-mana. Jadi, sebagai bapa sudah pasti beliau risau dan takut dengan keselamatan anaknya. Tidak hanya keselamatan, malah Abdul Halim turut meminta khidmat guaman untuk membela nasib anaknya.

“Selepas laporan polis dibuat, Adam sendiri menghubungi pihak polis untuk bertanyakan status, namun jawapan diterima hampa apabila ia seperti bola pingpong ditepis ke kiri dan kanan,” katanya.

Jelasnya, pihaknya mendesak polis lebih telus dalam menjalankan tanggungjawab berdasarkan laporan dibuat.

“Kami berharap perkara ini akan mendapat kerjasama baik daripada pihak polis. Ingin saya tegas, ini bukan perkara ringan. Ugutan bunuh dan sebagainya sudah menjadi kes jenayah,” katanya.

Ramai lelaki muda Homoseksual... Ini yang Anwar suka..


Semakin ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV.

Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

Beliau menambah, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay.

Perkara itu ujarnya, sangat membimbangkan lebih-lebih lagi trend jangkitan HIV dan AIDS dalam negara telah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan kepada transmisi aktiviti seks tidak selamat.

“Pada tahun 2010, jangkitan melalui hubungan seks secara heteroseksual, homoseksual dan biseksual mencatatkan jumlah 48.7 peratus melebihi jangkitan melalui penggunaan dadah suntikan iaitu 47.7 peratus.

“Nisbah jangkitan baru HIV di kalangan wanita juga telah naik tiga kali ganda apabila ia meningkat daripada 1.2 peratus pada 1990 menjadi 9.4 peratus pada 2000 dan 18.3 peratus pada 2010.

“Namun kita dapati, selain bilangan semakin meningkat di kalangan wanita yang menjadi isteri dan pasangan kepada penghidap HIV, golongan lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki juga semakin ramai terdedah kepada epidemik ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV dan AIDS peringkat negeri di sini.

Mohd. Zaman berkata, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 3,652 kes baru jangkitan HIV telah dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 91,362 penghidap, sejak virus ini mula dilaporkan di negara ini pada 1986.

Jelasnya, daripada jumlah itu, seramai 16,532 orang telah ‘naik’ ke peringkat fasa AIDS di mana 14,298 orang daripada mereka meninggal dunia akibat kurang daya tahan kepada pelbagai jenis penyakit termasuk demam selesema.

Beliau berkata, pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab mereka menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian.

Beliau tidak menolak penularan gaya hidup songsang itu dipercayai kesan daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang giat memperjuangkan amalan berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.

“Kita lihat kes pemuda Melayu yang berkahwin dengan pasangan gay di Dublin, Ireland baru-baru ini dengan lengkap bertanjak dan berbaju Melayu. Apa maknanya ini? Bagi saya ini sengaja hendak memalukan bangsa Melayu sahaja,” katanya.

Kedai Suami VS Kedai Isteri Baru.. Apa yang sebenarnya wanita nak??


Ada sebuah kedai yang baru dibuka di Kota Paris yang menjual suami. Kedai ini hanya terhad kepada kaum wanita sahaja. Lelaki tak dibenarkan masuk.

Apabila wanita berkunjung ke kedai berkenaan untuk memilih suami, mereka perlu mengikuti arahan di pintu masuk:

"Anda boleh melawat kedai ini SEKALI SAHAJA! Terdapat 6 tingkat dan nilai produk bertambah apabila anda naik ke tingkat seterusnya. Anda boleh memilih mana-mana butiran dari tingkat tertentu, atau boleh memilih untuk pergi ke tingkat seterusnya, tetapi anda TIDAK BOLEH kembali ke bawah kecuali untuk keluar dari bangunan ini."

Jadi.., ada seorang wanita pergi ke Kedai Suami untuk mencari calon suaminya.. Dia membaca dengan teliti arahan di pintu masuk dan bersedia untuk ke tingkat pertama..

Terdapat satu kenyataan di pintu Tingkat 1 yang tertulis.., "Tingkat 1: Lelaki di kawasan ini semuanya mempunyai pekerjaan.." Setelah melihat-lihat, wanita itu memutuskan untuk ke Tingkat 2..

Tanda di tingkat 2 pula tertulis.., "Tingkat 2: Lelaki-lelaki disini mempunyai pekerjaan yang baik dan sukakan kepada kanak-kanak.."

Walaupun agak berpuas hati, wanita berkenaan teringin sekali melihat apa yang ada di tingkat 3. Dan dia pun meninggalkan tingkat 2.

Tanda Tingkat 3 tertulis.., "Tingkat 3: Lelaki-lelaki disini mempunyai Pekerjaan yang baik, menyukai kanak-kanak dan amat kacak.."

"Wahh.." , wanita berkenaan terjerit kecil.. Namun dia tak dapat menahan perasaan untuk melihat apa yang ada di tingkat yang seterusnya..

Di tingkat 4 ada tanda yang berbunyi.., "Tingkat 4: Lelaki-lelaki disini Mempunyai Pekerjaan yang hebat, menyayangi kanak-kanak, amat tampan serta bergaya dan suka membantu dengan kerja-kerja rumah."

"Oh.. Tuhan.., ini yang aku cari-cari.. Tapi mesti ada yang lebih baik dari ini.." kata wanita tersebut sambil menuju ke tingkat 5..

Di tingkat 5, ada tanda yang berbunyi.., "Tingkat 5: lelaki-lelaki disini mempunyai kerjaya yang sangat sukses, sangat menyayangi kanak-kanak, sangat tampan serta bergaya, sangat suka membantu dengan kerja-kerja rumah dan sangat romantik di ranjang".

Wanita berkenaan terpegun dan hampir-hampir membuat keputusan, tetapi diatas sifat ingin tahu, dia pergi ke tingkat 6 dan menjumpai satu papan kenyataan dan ianya berbunyi..,

Tingkat 6: "Anda pengunjung ke 31.456.012 ke tingkat ini. MAAF!! Tiada lelaki di tingkat ini.."

"Lantai ini wujud semata-mata untuk membuktikan bahawa wanita adalah mustahil untuk dipuaskan kehendak serta keinginan mereka. Ini hakikat bahawa wanita juga tidak pernah puas dengan apa yang ada pada mereka.."

"Terima kasih kerana membeli-belah di Kedai Suami."

Wanita berkenaan keluar dengan hampa serta menyesal dengan sifat tidak bersyukurnya. Diseberang jalan, dia melihat sebuah kedai menjual Isteri Baru kepada lelaki.

Dia melihat papan kenyataan dihadapan kedai tersebut..

Kedai ini mempunyai 6 tingkat..

Lantai 1 : Wanita-wanita yang suka seks.

Lantai 2 : Wanita-wanita yang suka seks serta mempunyai wang.

Malangnya..., Tingkat 3, 4, 5 dan 6 tidak pernah dikunjungi kerana kebiasaanya lelaki yang berkunjung akan berpuas hati setelah mereka sampai ke Tingkat 2.

Bob Lokman cemburu.., artis UMNO dapat anugerah DATO'..


Gua terbaca satu blog pro Pakatan tadi tentang anugerah Dato yang diterima oleh Ac Mizal serta Eizlan Yusof.. Meroyan sungguh dia pasal anugerah tu..

Dorang rupanya dengki bila ada artis dapat anugerah. Dan seperti biasa, UMNO lah jadi sasaran tuduhan dorang..

Kononnya, Ac dan Eizlan dapat Dato sebab dorang tu artis UMNO. Kalau jadi artis Pakatan macam Bob Lokman dan Wardina, confirm tak merasa dapat Dato..

Bagi gua, bukan masalah artis tu UMNO atau tak untuk dapat gelaran Dato ni.. Kalau Bob Lokman tu tak masuk PAS sekalipun, dia memang tak layak dapat pangkat Dato..

Melainkan.., dia tunggu anak dia kahwin dan bercucu, masa tu baru boleh jadi "Datuk"..

Selalunya, gelaran Dato ni diberi sebagai mengiktiraf hasil sumbangan seseorang tu kepada masyarakat. Mungkin Ac dan Eizlan banyak buat sumbangan, maka dapatlah title Dato tu..

So.., tak ada kena mengena dengan politik kepartian lahh.. Itulah pasal gua selalu kata penyokong Pakatan ni bengap sikit. Semuanya nak dipolitikkan..

Pengacara televisyen Dato' Mizal Zaini atau AC Mizal bersama rakan artis Dato' Idris Md Yusof atau lebih di kenali sebagai Eizlan Yusof menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Dato'.

Anugerah disampaikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan, kelmarin.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online