Ulamak muda UMNO berpendapat, tindakan Adam Adli menurunkan bendera Najib di PWTC adalah satu tindakan emosi dan juga tindakan yang tak berfaedah..
Gua memang sokong 100 peratus.. Bukan saja tindakan dorang tu tak berfaedah, tapi juga menunjukkan sikap bodoh generasi muda di Universiti yang terpengaruh dengan politik Anwar Ibrahim.
Mahasiswa-mahasiswa kita sepatutnya belajar cari ilmu, bukannya sibuk nak berpolitik mengalahkan pemimpin politik itu sendiri..
Para pelajar ada tanggung jawab pada ibubapa, bangsa dan juga kerajaan didalam mencari ilmu. Itu satu amanah beb..
Kalau mahasiswa macam Adam Adli tu sibuk sangat nak berpolitik, maknanya dia memang jenis pelajar yang tak bertanggung jawab!
Orang yang tak bertanggung jawab dan tak amanah dipanggil sebagai PENGKHIANAT!! Sama lah macam Anwar Ibrahim yang khianat pada agama, bangsa serta negaranya.
So.., apa akan jadi pada bangsa melayu dan negara kalau ramai mahasiswa macam Adam Adli tu beb? Melayu hanya akan tinggal nama je satu hari nanti kalau puak-puak ni diberi muka!
Korang semua wajib tengok video interview budak mahasiswa bodoh ni.. Dan korang akan nampak betapa sombong dan bongkaknya dia jawab soalan..
Gua rasa, budak ni memang ada masalah dalam diri. Nampak sangat perangai kurang ajar dia yang tak peduli apapun asalkan kepentingan dia tercapai..
2-3 kali gua ulang tengok video interview nih.., dan setiap kali gua ulang, gua makin bengang dengan mamat mahasiswa bodoh ni.
Gua bukan bengang sebab dia turunkan bendera Najib, tapi gua sakit hati sebab jelas budak ni memang jenis yang suka memberontak dan suka huru-hara.
Korang tengoklah sendiri mamat mahasiswa yang sanggup perlekehkan segalanya hanya untuk penuhi nafsu politik ala-ala Anwar dia.. Dan korang nilaikanlah sendiri layak ke dia ni bergelar mahasiswa..
Bob Lokman sebenarnya tak ada kena mengena dalam cerita ni. Apalah nak kita harapkan pada Bob Lokman yang ambik upah dalam ceramah PAS tu? Dia tu buat lawak bodoh di pentas PAS boleh laa..
Kalau nak harapkan Bob Lokman berdakwah kepada artis-artis.., alamat sampai ke tua la tak nampak kesan beb..
Sebabnya, Bob Lokman sendiri tuduh artis tu macam-macam.. Kononnya dia sorang saja artis yang baik dan terima hidayah sebab masuk PAS.. Boleh ke macam tu?
Sekarang ni kita tengok, Azizah Mahzan yang dulu pernah dilanda kontroversi hebat apabila tersebarnya gambar-gambar seksi beliau serta gambar bersama teman-temannya bersosial, sudah mula pakai tudung.
Gua harap, trend penghijrahan artis-artis yang tidak bertudung kepada bertudung dan berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya ni akan berterusan.. Jangan ikut Bob Lokman dah laa..
Sama-samalah kita berdoa agar Azizah Mahzan ni berkekalan dan ikhlas dari hatinya untuk menutup aurat.
Dan semoga ramai lagi artis wanita tu diberi petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T untuk berubah menjadi hambanya yang lebih baik daripada dahulu.., termasuklah Bob Lokman.
*Kat bawah ni adalah temuramah wartawan dengan Adam Adli pasal punca sebenar dia turunkan bendera Najib.
Mamat tu secara terbuka mengaku dia hanya nak cari perhatian dan juga marah bila dilabelkan bodoh oleh rakyat Malaysia..
Korang baca sendiri interview di bawah ni.. Bagi gua, tidak syak lagi budak mahasiswa sekor ni memang terbukti BODOH!!
Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?
Adam: Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.
Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya pilih, ia kerana bendera Najib terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai.
Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? Adakah mahasiswa ini hanyalah kuli kepada parti-parti politik? Bagi saya itu satu penghinaan kepada pelajar.
Bukan maksud saya mahu semua pelajar menyertai parti politik dengan pindaan ini, pemimpin atas tidak nampak apa yang pelajar mahukan sebenarnya. Apa yang pelajar mahukan adalah berpolitik dengan tidak semestinya menyertai parti politik. Ia mestilah haluan mahasiswa sendiri dengan boleh mengkritik mana-mana kepimpinan dan dasar serta menerangkan kepada orang ramai tentang isu-isu yang mahasiswa bawakan. Jadi itulah dinamakan berpolitik tanpa perlu berpartisipasi.
Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?
ADAM: Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan.
Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.
Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan ‘kemenangan’ bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada hari itu.
Ramai yang mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam?
ADAM: Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak-pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?
Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini?
ADAM: Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tidak tahu kerana kami tidak pernah menjemput mana-mana ahli politik. Malah dalam Twitter, kami dengan keras menghalau dan memberi amaran supaya mana-mana ahli politik tidak hadir dalam demonstrasi kami pada hari itu. Kami bertegas program ini adalah milik mahasiswa seratus peratus, tiada pengaruh parti politik.
Kami mahu serius, kami turun berdemonstrasi ini bukan kerana terpengaruh dengan mana-mana parti politik, kami datang dengan matlamat yang jelas, iaitu membebaskan dunia akademik.
Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini?
ADAM: Saya sudah fikir semasak-masaknya, saya bukan orang bodoh. Dalam blog, Facebook dan Twitter ramai yang mengatakan tindakan saya ini bodoh, bangang dan sebagainya tapi saya ingin tanya semula, siapa yang bangang? Siapa yang bodoh?
Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya.
Kenapa pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah. Mereka tahu tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap saya, sebab itu mereka keluarkan ugutan.
Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini?
ADAM: Memang sebelum buat saya risau, tetapi selepas melakukannya saya tidak lagi risau. Apa yang saya risau selepas tindakan menurunkan bendera hanyalah mengenai keselamatan saya. Saya tahu jika saya mahu belajar, saya boleh belajar di mana-mana sahaja. Bagi saya tidak perlu duduk dalam kampus untuk belajar. Saya tidak risau jika dibuang oleh universiti kerana ini jalan yang saya pilih.
Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku?
ADAM: Ayah adalah orang pertama tahu perkara ini. Ayah bertanya tentang keadaan saya. Saya beritahu ayah, saya selamat dan berterima kasih dengan kawan-kawan yang membantu saya, tanpa mereka saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri saya. Apabila saya bercakap dengan mak, mak kata jangan risau dan merestui perjuangan saya.
Sehingga hari ini saya masih berterusan berkomunikasi dengan keluarga saya dan memberitahu keadaan saya masih selamat. Saya pernah bertanya mak dan ayah tentang tindakan yang saya lakukan, adakah ia betul atau salah? Ayah kata, “sejak dari dulu lagi ayah yakin dengan apa yang kamu buat dan jangan patah balik, teruskan.”
Mak pula kata, “mak sokong kamu.” Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya.
Mereka kata, jika mahu berjuang, maka berjuanglah menuntut kebenaran. Ayah dan mak saya bukanlah orang politik, dakwaan-dakwaan yang mengatakan mak saya penyokong kuat pembangkang adalah tidak benar sama sekali. Mak saya hanyalah seorang suri rumah. Sebagai mak dia tahu apa yang saya buat ini betul atau salah. Mak saya juga kata jangan takut kepada manusia, takut hanya pada ALLAH. Tiada patah balik bagi saya.
Apa yang saya tidak boleh terima apabila imej keluarga saya difitnah dengan pelbagai dakwaan. Orang yang membuat fitnah ini patut malu pada diri sendiri, mungkin mereka ini dengki kerana tidak mempunyai mak ayah yang menyokong seperti saya.
Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi?
ADAM: Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu bicarakan saya. Untuk memanggil saya, perlu pastikan dulu keselamatan saya terjamin. Rakan-rakan Upsi saya ada hubungi, mereka berkata pihak Upsi ada mencari saya, mereka menyarankan saya jangan balik dahulu ke Upsi kerana ada pihak lain mencari saya. Saya juga difahamkan hotel-hotel sekitar Upsi tiba-tiba penuh ketika ini.
Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini?
ADAM: Apa yang saya harapkan adalah sedikit perhatian daripada isyarat kepada orang yang masih belum sedar bahawa kepincangan yang berlaku dalam negara sudah teramat teruk. Cukuplah saya mahu menunjuk ekspresi saya dan tidak menyangka ia menjadi mainan media.
Selepas mendapat perhatian media, saya mula berfikir untuk pertahan atau mahu selamat. Untuk keselamatan saya bertawakal.
Adakah Adam mengharapkan tindakan ini bakal menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain yang mungkin bertindak lebih agresif?
ADAM: Ini mesej jelas daripada saya, sekarang masanya mahasiswa tidak perlu gentar lagi kerana sebagai mahasiswa kami boleh melihat sendiri penindasan yang berlaku. Kenapa mahasiswa harus gentar bila berhadapan dengan orang-orang yang diundi oleh kita sendiri? Orang-orang ini harus bekerja untuk kita. Jangan sesekali takut, jika tidak betul kami akan tegur, tidak kira dari sebelah manapun.
Saya tidak menggalakkan mahasiswa lain bertindak agresif tetapi apa yang saya harap supaya mahasiswa lain jadi lebih kreatif.
Apa pandangan Adam tentang Auku?
ADAM: Sebelum adanya Auku, universiti-universiti kita hebat dengan mahasiswa yang cukup baik. Contohnya seperti Universiti Malaya (UM) yang diiktiraf sebagai antara universiti terbaik dunia pada ketika itu. Malah mereka boleh capai pencapaian ini ketika pelajar tiada apa yang kita ada pada hari ini, mereka sudah buktikan.
Jadi soalnya kenapa perlu Auku? Adakah kebebasan undang-undang sedia ada masih tidak cukup? Bagi saya dan majoriti mahasiswa lain, dengan pemansuhan Auku, maka fungsi autonomi universiti dan pelajar akan dikembalikan ke tempat asal. Dunia akademia adalah tunjang kepada negara, mereka ini adalah kuasa ketiga. Kita tidak boleh halang kuasa ini.
Dahulu, pelajar mengadakan demonstrasi demi kepentingan rakyat, contohnya seperti isu Baling pada tahun 70an dulu, tetapi sekarang pelajar berdemonstrasi menuntut hak pelajar sendiri kerana kami tidak boleh membantu diri sendiri, bagaimana mahu tolong masyarakat lain? Ia menghalang fungsi sebenar mahasiswa.
Siapa idola Adam?
ADAM: Antara idola saya adalah John Lennon dan Cornelia Sorabji.
Apakah mesej Adam kepada yang memberi ugutan?
ADAM: Saya ingin memberitahu kepada mereka ini, bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.
Tindakan saya itu tidak biadab, saya tidak pernah ancam keselamatan sesiapa pun, malah keselamatan saya yang terancam. Jika ada yang mengatakan tindakan saya turunkan bendera ini salah, maka dakwalah saya di mahkamah. Saya bersedia menghadapinya, tapi bukan dengan cara ugutan begini.
Jadi adakah Adam tetap dengan pendirian untuk tidak minta maaf kepada Perdana Menteri?
ADAM: Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf.
Bukan maksud saya selama-lamanya tidak meminta maaf, tidak. Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini. - SH
Semalam dalam temubual bersama TV3, Hasan Ali kata beliau nak perjuangan orang melayu, agama Islam dan juga mempertahankan Raja-Raja Melayu.
Gua tengok apa yang diperkatakan oleh Hassan Ali itu memang tak diperjuangkan oleh PAS.
Jadi.., tak ada yang peliknya kalau beliau menghentam PAS kerana PAS sendiri telah menyimpang dari perjuangan menegakkan Islam.
PAS juga tidak membela orang Melayu dan PAS kurang peduli terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
Dan PAS juga sekarang ni makin lesu dengan perjuangan Islamnya akibat dari pengaruh DAP dan PKR. Demi survival politik bersama Pakatan, PAS leka untuk perjuangan mendaulat orang Melayu dan Raja-Raja.
Ini yang cuba Hasan Ali dedahkan. PAS tak mampu untuk gantikan UMNO dan Hasan Ali dah tunjukkan bahawa PAS jauh ketinggalan dari UMNO.
Malah, kalau nak dibuat perbandingan, Perkasa lagi hebat perjuangan melayunya dari PAS.
Betul lah macam cakap Hasan Ali, macam mana nak perjuangkan Islam kalau bangsa melayu tu sendiri tak kuat? Bukan kah di negara ni melayu itu Islam?
Dan gua nak tambah sikit.., bukan semua Islam itu PAS. So tak payah lebai dan pencacai dalam PAS nak berlagak sangat.
Apapun, PAS sekarang ni memang patut malu! Kalau dulu PAS dibandingkan dengan UMNO, sekarang ni PAS dah tak mampu nak lawan Perkasa pun dari segi perjuangan.
Gua agak, kalau Hasan Ali tak masuk UMNO, beliau pasti akan join Zul Kulim dalam Perkasa. Baru PAS padan muka!..
Semalam gua dan beberapa sahabat blogger melaporkan bahawa 130 ahli PKR di Pmtg Pauh keluar parti kerana marahkan Anwar..
Berita tu rupanya telah membuatkan PKR cabang Pmtg Pauh riuh rendah dan huru hara.. Malah, Mansor Othman pun dikatakan hampir pitam dengan berita tersebut.
So, dorang pun cari alasan untuk cover malu.. Dan macam biasa, UMNO dipersalahkan kononnya sengaja buat gimik politik menjelang PRU..
Gua heran betul dengan puak-puak PKR nih, tak ada alasan lain ke yang dorang nak bagi selain dari salahkan UMNO? Sesekali tu, apa salahnya mengaku bahawa dorang tu memang teruk..
Tak pun, salah kan je lah Mansor tu yang suka berjanji kosong. Payah-payah sangat, salahkan je Anwar Ibrahim sebab suka sangat buat maksiat.
Boringlah asyik-asyik salahkan UMNO je beb.. Satu Malaysia dah boleh agak apa yang puak-puak PKR tu akan kata bila dorang ditimpa masalah..
Kalau dah rakyat tak suka tu, mengaku je lahhh... Kan senangg... Hahahaha...
Timbalan Ketua AMK Permatang Pauh Saudara Afzal Khan, Menafikan bahawa seramai 130 orang ahli PKR Cabang Permatang Pauh keluar parti dan menyertai Umno.
Dari apa yang di laporkan pihak media itu hanyalah gimik politik untuk meraih sokongan rakyat pada pilihanraya ke 13 nanti, Hanya Abdul Wahab Rahman dan beberapa orangnya sahaja yang keluar parti.
AMK Permatang Pauh mencabar bekas ketua PKR ranting Tanah Liat, Abdul Wahab membuktikan yang 130 orang itu ahli PKR dari ranting Tanah Liat.
Korang nak tahu tak punca sebenar anak muda mahasiswa kita sejak akhir-akhir ni kerap sangat buat demonstrasi menentang kerajaan? Jawapannya ialah Nizar Jamaluddin.
Nizarlah yang kerap menghasut rakyat supaya bangkit memberontak. Nizar juga selalu mengapi-apikan rakyat supaya marah kepada pemimpin negara.
Korang sendiri pun tahu perangai Nizar DAP ni dalam berpolitik, dia bukannya kira apa demi puaskan nafsu politik dia. Sultan pun dia sanggup sanggah beb..
So.., gua dapat tahu Nizar ni kerap sangat berceramah menghasut rakyat Perak supaya benci kepada kerajaan Malaysia.
Kalau takat ceramah di markas PAS dan ceruk kampung tu kira ok lagi baii.., tapi Nizar ni dah melampau sangat sampaikan mimbar masjid pun dia balun ceramah politik.
Korang jangan terkejut kalau gua kata, Nizar Jamaluddin dah tukar khutbah jumaat jadi khutbah politik. Ini bukan main-main beb, ini adalah satu benda yang serius.
Ni bukti kukuh bahawa PAS memang perosak agama. Dorang terlampau taksub berpolitik sampaikan Khutbah Jumaat pun dorang politikkan.
Dalam khutbah Nizar di sebuah masjid di Bukit Gantang Perak, wakil DAP dalam PAS ni menghasut agar rakyat benci pada kerajaan Islam yang ada sekarang.
Nizar juga suruh rakyat ubah kerajaan yang dia sifatkan zalim kerana dedahkan video Anwar.
Mungkin Nizar suka kalau Malaysia ni kacau bilau macam Mesir dan Turki.. Senanglah DAP nak rampas kuasa dari orang-orang Islam dalam negara..
Inilah puncanya segala kekalutan dalam masyarakat Islam sekarang. Bila mimbar masjid sudah dipergunakan bagi memenuhi kerakusan politik kepartian, maka tunggulah akibatnya nanti.
Masa tu, korang patut marah pada Nizar. Dia yang ekstrem sangat berpolitik sampai dah tak tahu nak hormatkan rumah Allah!
Gua dapat tahu yang ibu bapa Adam Adli telah diugut oleh samseng di Penang. Semuanya berkaitan dengan tindakan Adam Adli yang biadap di depan PWTC.
Berita ni gua dapat melalui rakan-rakan dalam PKR di kawasan Penaga. Dorang tuduh UMNO yang upah samseng-samseng tu untuk menakut-nakutkan ibu bapa mahasiswa tersebut.
Bila gua check balik, rupanya cerita samseng ugut ibubapa Adam Adli tu ditimbulkan oleh CheguBard. Dia sengaja nak buat provokasi supaya rakyat benci kepada UMNO.
Bila gua tanya kengkawan "non partisan" yang duduk di area Penaga tu, tak pulak ada cerita pasal samseng mengugut ibu bapa Adam Adli tu..
So, memang CheguBard sengaja nak reka cerita lah ni.. Mangkuk hayun punya CheguBard!! Nak kena ludah kot?
Then gua terbaca dalam FreeMalaysiaToday milik Raja Petra. Memang ada kenyataan dari Chegu bangang tu pasal isu ugutan dari samseng UMNO.
Gua harap UMNO Penaga akan buat laporan Polis berkenaan isu ni. Semua ni dah dikategorikan sebagai fitnah jahat dari PKR. Takkan nak buat laporan Polis pun UMNO Penaga tak berani kot?
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan Pemuda Umno menggunakan gangster untuk mengugut ibu bapa Adam Adli di Pulau Pinang.
Pertubuhan itu mendakwa Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian.
SAMM kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin menyatakan solidariti bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memperjuangkan kebebasan akedemik.
“Kita secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun, siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa,” katanya.
SMS dan panggilan telefon
Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Adam diugut dalam media baru termasuk SMS dan panggilan telefon.
“Setelah berjumpa Adam, saya menasihatkan Adam membuat laporan polis,” katanya.-FMT
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...