BREAKING NEWS

Guan Eng dimalukan oleh MiloSuam di Penang.


Apa sudah jadi? Gua ingat popular sangat Ah Beng tu dikalangan generasi muda.., rupanya tak popular pun beb.. Najib lagi hebat lah kalau macam tu yee..

Bila Najib buat Konvensyen Media Sosial, si Ah Beng tu pun nak tiru macam Najib. Maka dia buatlah Konvensyen Media DAP..

Malangnya.., tak ada sambutan baii.. 50 orang je yang datang..

Walaupun Ah Beng bawa Nurul Izzah dan Khalid Samad, orang tak heran beb.. Tambahlah bila dia bawak Topeng Perak dan Milosuam, lagi lah sapa tak hingin nak hadir..

Kesimpulannya, Guan Eng kena sedar lah lepas ni.., nama Najib lagi famous dari Ah Beng komunis tu.. Itulah hakikatnya di Konvensyen Media DAP.




p/s: Kredit gambar kepada Blogger hebat dari UMB Mat Kilau Penang..

[VIDEO] Mahasiswa KURANG AJAR kena LUDAH dengan Pemuda UMNO.


Mamat kat atas tu memang sudah bikin panas bai.. Sekarang ni semua 3.3 juta ahli UMNO sudah marah bila mamat tu turunkan gambar Najib di "sarang" UMNO sendiri.

Panas hati punya pasal, Pemuda UMNO PJU yang dikepalai oleh Abang Long kawasannya iaitu Armand Azha telah menetapkan satu resolusi bahawa Mahasiswa terbabit WAJIB ditampar dan diludah!

Gua berpendapat, memang mamat Mahasiswa tu dah keterlaluan. Yang lu pergi turunkan gambar Najib dan digantikan dengan bendera Mahasiswa tu buat apa bai?

Lu memang sengaja nak cari nahas laa namanya tu.. Takkan mak bapak lu tak ajar jadi melayu? Kenapa lu belajar tinggi tapi lu sanggup jadi lembu?

So.., gua rasa better lu berhati-hati beb.. Jangan sampai lu dihujani dengan ludah dan kahak dari Pemuda-pemuda UMNO nanti..

Kena ludah kira ok lagi beb.., gua takut mamat mahasiswa tu kena cubit je.. 3.3 juta ahli tu baii.., boleh ICU ooo kalau kena cubit sorang sikit tuu..

PAS kutuk bantuan RM100 di Penang.. Guan Eng sakit kepala.


Gua setuju bila Mujahid Rawa kata duit BR1M adalah duit negara. Duit negara ialah duit rakyat. Jadi semua rakyat berhak terima dan manfaatkan sumbangan duit tersebut.

Secara langsung, Mujahid juga mengaku bahawa segala duit bantuan kerajaan negeri di Penang, Kedah, Kelantan dan Selangor adalah duit rakyat jugak.., bukannya duit pemimpin Pakatan.

So.., kalau Mujahid kata duit sumbangan kerajaan tak boleh dipolitikkan, samalah juga dengan duit bantuan kerajaan negeri yang tak PATUT dipolitikkan.

Habis.., apa kejadahnya yang Guan Eng promote lebih-lebih duit RM100 di Penang tu? Bukan ke itu juga duit rakyat?

Bukan gua yang kata.., tapi Mujahid dari PAS yang kata..

PAS menegaskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi sumbangan sebanyak RM500 kepada lebih lima juta rakyat adalah peruntukan wang negara dan tidak perlu dipolitikkan Barisan Nasional (BN).

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan peruntukan tersebut bukan dari mana – mana parti tetap adalah dana belanjawan negara untuk kepentingan rakyat.

“Diminta supaya pihak tertentu tidak mengambil kesempatan untuk menyusahkan rakyat kerana kepentingan politik di mana pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diamanahkan untuk memproses dan bukan dari mana-mana parti politik.

“Orang ramai jangan terpedaya dengan orang tengah seperti membeli borang dan lain-lain dalam proses tuntutan tersebut,” katanya.

Mahasiswi BERBOGEL vs Mahasiswa berdemo..


Menurut berita yang dipetik oleh unikaja.com. seorang wanita yang masih bergelar mahasiswi di sebuah institut perguruan berhadapan dengan aib apabila gambar bogelnya tersebar di internet baru-baru ini. Sejak penyebaran gambar-gambar itu, kampus tempat mahasiswi itu menuntut yang letaknya di Jalan Parangtritis Bantul Yogyakarta menjadi kecoh.

Menurut sumber berita, gambar mahasiswi yang dikenal sebagai Y, 20, berasal Bangka Belitung dirakam ketika bersama-sama dengan guru peribadinya yang juga bergelar mahasiswa. Diduga, foto-foto itu dirakam ketika mereka melakukan hubungan intim. Mahasiswa yang dinamai W itu dipercayai memuat naik gambar-gambar itu ke internet.

Agak mengejutkan apabila mahasiswi yang menjadi mangsa itu sebenarnya sudah bersuami yang dikenal dengan nama inisial FJ. Suaminya yang juga masih bergelar mahasiswa mengakui bahawa wanita dalam gambar-gambar yang tersebar itu ialah isterinya dan memberitahu kepada media bahawa perkara itu sudah dilaporkan kepada pihak polis 13 Disember lalu.

“Saya suaminya, nanti silahkan menanyakan ke pengacara saya,” kata suami mahasiswi tersebut ketika mengesahkan hal itu melalui telefon bimbit milik isterinya, Rabu (14/12/2011).

“Tolong kampus saya disamarkan (jangan disebutkan), mohon kerjasamanya,” katanya lagi melalui SMS.




P/S: Bagi gua senang je.., dua-dua jenis pelajar tu adalah sama saja.. Satu berdemo untuk "membogelkan" kebodohan sendiri.., dan satu lagi berbogel sendiri untuk membuktikan "kebodohan"..

Kesimpulannya.., dua-dua golongan dah hilang akal!!

Zul Kulim dah puas kena kencing..


Rakyat perlu membuka mata dan menolak kepimpinan pembangkang yang diyakini akan 'merosakkan' negara jika menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini berdasarkan sikap beberapa pemimpin pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah banyak menipu rakyat termasuk dirinya.

''Selama 12 tahun saya bersama dan menjadi penyokong kuat beliau, selama itulah saya kena tipu (dalam banyak perkara). Kes liwat, 16 September dan janjinya kepada beberapa pemimpin pembangkang untuk ditabal sebagai Timbalan Perdana Menteri, semuanya itu membuka mata saya.

''Paling ketara, semuanya bermula pada 8 Mac kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan,'' katanya ketika berucap sempena program Pemantapan Jentera Pilihan Raya Wanita BN Selangor di pejabat UMNO Bahagian Ampang, hari ini.

Zulkifli berkata, oleh itu, UMNO dan BN perlu memantapkan jentera parti bagi menghadapi 'peperangan' PRU13.

''Kena yakinkan jentera. Jika jentera tidak yakin, ia akan jadi lemah apatah lagi jika tidak tahu menjawab serangan.

''Situasinya kini, kebenaran yang berterabur (berselerak) akan kalah dengan batil yang tersusun. Kita di pihak benar tetapi kita berterabur. Patutnya kita yang menyerang sebab kita ada banyak peluru,'' tegasnya.

Terdahulu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman dalam ceramah berasingan berkata, kelemahan jentera BN ketika ini adalah kegagalan pemimpinnya dalam mengorek isu-isu berkaitan pemimpin PKR.

''Mereka (pemimpin PKR) jauh lebih teruk. Malangnya, kita (BN) tak korek isu-isu mereka. Jadi, persepsi rakyat khususnya orang muda seperti saya, PKR itu okay. Kita juga terlepas pandang orang muda.

''Mereka cukup penting. Gunakan segala kemudahan yang ada seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), blog, emel untuk salurkan segala maklumat aktiviti kita. Kita juga perlu ada ilmu untuk 'berperang','' tegasnya.

Muhamad Rahimi kemudiannya menggunakan platform di majlis itu untuk menceritakan perkara sebenar mengenai apa yang beliau tahu tentang 'wajah sebenar' Anwar sepanjang berkhidmat dengan Ketua Pembangkang itu.

Hadi Awang HILANG tak dapat dikesan selepas solat Jumaat.


Pas perlu bertanggungjawab berikutan masih berlaku kejadian solat Jumaat berasingan dalam satu kariah di negeri ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, parti itu sewajarnya dipersalahkan kerana membeza-bezakan antara masjid milik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan masjid Pas.

''Keadaan itu akhirnya menyebabkan umat Islam berpecah-belah, sebab itu kita minta pemimpin-pemimpin parti itu bersungguh-sungguh mengikis sikap ego agar para penyokongnya tidak lagi terikut-ikut dengan 'fatwa' mewajibkan solat berasingan dengan umat Islam dari parti lain khususnya UMNO,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Hari Keluarga Wisma Darul Iman di Stadium Tertutup di Gong Badak.

Ahmad diminta mengulas titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam yang melahirkan rasa dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di negeri ini masih berlaku.

Menurut Ahmad, amalan seumpama itu mesti dihentikan bagi memastikan keharmonian kalangan umat Islam terus kukuh dan perpecahan dapat dielakkan daripada menjadi bertambah serius.

"Pas telah menimbulkan perpecahan kalangan umat Islam seperti bina masjid dengan cat hijau dan pasang bendera parti. Tempat ibadat bukan untuk parti tapi demi agama Islam dan untuk keselesaan umatnya.

Jadi PELACUR POLITIK..., Mahasiswa buat kerja part time..


Sekarang ni ada Mahasiswa nak tunjukkan dorang tu bukan lagi bakal generasi yang bijak pandai. Dorang nak buktikan pada dunia bahawa dorang tu sebenarnya BINGAI !!

Patut lah melayu tak mampu nak bersaing dengan kaum lain di Malaysia. Generasi melayu-melayu yang dihantar untuk belajar, pilih untuk belajar jadi KALDAI !!!

Inilah hasil susah payah mak bapak hantar anak-anak ke kampus. Jangan haraplah jenis-jenis Mahasiswa sengal tu semua akan jadi insan berguna pada negara!!

Dah lah tak mahu belajar.., tak tahu pulak berterima kasih pada pihak yang sediakan tempat untuk dorang belajar!!!

Mahasiswa-mahasiswa tu semua ingat rakyat nak bangga ke dengan tindakan dorang? Rakyat hanya nampak golongan tu sebagai budak-budak tolol yang bodoh sombong saja !!

Kesimpulannya, dorang tu semua bukan saja malukan mak bapak dorang.., tapi juga memalukan diri dorang sendiri!!

Dah elok-elok jadi manusia.., nak sungguh jadi keldai Pakatan. Bingai !!!



Derita bila suami bertukar jadi GAY.. Ikhtibar untuk Kak Jijah.


“Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza. Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.

Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.

Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.

“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami.

“Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.

Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.

“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.

“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya. Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah.

“Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.

“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.

Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.

“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya. “Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online