Kumpulan sindiket edar dadah digelar Geng Cicakman yang menggunakan kenderaan curi dalam aktiviti jenayah mereka di sekitar Lembah Klang, akhirnya tumpas.
Kumpulan tersebut difahamkan membentuk nama geng seolah-olah judul filem itu, berikutan terdapat tatu cicak pada dada kiri dua suspek lelaki yang diberkas di sebuah kondominium di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias berkata, sebelum itu polis memberkas seorang suspek berusia 27 tahun selepas dilihat mencurigakan ketika cuba memandu sebuah kereta Toyota Camry berwarna perak.
Katanya, susulan itu polis menyerbu sebuah rumah di tingkat 13 dan memberkas seorang lelaki berumur 39 tahun yang merupakan ketua kumpulan tersebut.
Beliau berkata, pemeriksaan di dalam rumah menemui pelbagai jenis dadah antaranya ketamin, eramin-5, ganja, ekstasi, heroin, syabu dan pil kuda, dianggarkan bernilai RM80,000 serta RM50,000 dipercayai wang hasil jualan bahan terlarang itu.
Katanya, polis juga menemui beberapa nombor plat palsu, cukai jalan palsu dan rangkaian kunci kenderaan curi.
“Kita merampas dua kereta yang dilaporkan dicuri di Johor Bahru. Suspek mengubah suai radio di dalam kereta sebagai tempat menyembunyikan dadah.
“Kenderaan curi ini digunakan khas untuk mengedar dadah di sekitar Lembah Klang. Pemeriksaan juga menemui parang dan pisau yang disembunyikan di dalam kereta,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, semalam.
Beliau berkata, polis juga merampas kereta milik suspek iaitu Proton Iswara serta sebuah kereta jenis Mitsubishi berwarna hitam yang masih tidak diketahui statusnya dan mereka ditahan reman hingga Khamis depan.
Korang ingat tak lagi kontroversi perbualan Mat Sabu dengan bini orang di Youtube dulu? Rupanya apa yang Mat Sabu cakap tu ada kebenarannya..
Buktinya, Sheikh Mesir ni pun sokong apa yang Mat Sabu bayangkan tu..
Korang bacalah sendiri yee..
Sheikh Abu Ishaq Al-Huwaini, seorang pemimpin kumpulan Salafi yang berada di kedudukan nombor dua selepas Ikhwan Muslimin dalam mendahului pilihanraya di Mesir mencetuskan kemarahan orang ramai di sana apabila menyamakan muka seorang wanita dengan farajnya.
Beliau menyatakan begitu dalam memberikan ceramah kenapa wanita perlu memakai tudung purdah untuk menutup auratnya. Mungkin Sheikh mahu maksudkan bahawa status aurat pada muka wanita adalah sama jesteru itu kita perlu menutupnya.
* Sumber
Kalau pramugari tu kita tahulah perempuan.. Pramugara pulak dah confirm jantan. Tapi bila Thai Airways perkenalkan Cabin Crew dari golongan Mak Nyah, apa pulak yang kita patut panggil dorang tu?
Kalau sekali imbas tengok cabin crew Thai Airways baru tu, memang tak dapat nak beza beb.. Ada sorang tu lawa mengalahkan pompuan.. Itu yang bahayanya.
Gua tak tahulah.., tapi ini mungkin adalah satu cara Thai Airways nak promosikan penerbangan dorang.
Dan mungkin satu hari nanti syarikat penerbangan negara pun akan ikut langkah yang sama. Mungkin je lahh.. Apapun, Anwar mesti suka dengan perkembangan terbaru ni.. Confirm!
Empat orang mak nyah diberi peluang bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand lapor Reuters.
Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugara serta pramugari, namun, mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah.
Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik.
Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24.
“Kalau ada yang mendakwa bilangan golongan homoseksual Melayu terlalu kecil, mereka mungkin tersilap perkiraan,” kata bekas pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai, Dani, 25.
Menurutnya, bilangan gay Melayu semakin membiak apatah lagi dengan adanya teknologi Internet dan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan blog.
“Saya yakin mereka (gay Melayu) mencapai puluhan ribu orang atau mungkin menghampiri 30,000 orang. Itu bukan pelik atau mengarut.
“Saya terbabit dengan gejala ini sejak berusia belasan tahun dan ramai yang menjadi ‘pengikut’ amalan songsang ini terutama di kalangan remaja lepasan sekolah,” katanya yang berjaya dipujuk mendedahkan kegiatan itu hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Menurutnya, komuniti homoseksual Melayu ini meningkat pantas dan bergerak persis aktiviti tentera gerila yang sukar dihidu.
Dr Hasan Ali sambil menafikan penglibatan Umno berhubung segala isu melibatkan diri beliau yang kini menjadi polemik di kalangan pemimpin utama PAS, mahu parti itu “berlapang dada dan berjiwa besar.”
Sehubungan itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini menasihatkan pemimpin-pemimpin partinya berhenti membuat tohmahan sedemikian dan jangan berfikiran tertutup.
“Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda Umno tanpa memberikan bukti,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Hasan mengeluarkan reaksi itu ekoran kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam yang menyifatkan Hasan dan bekas timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.
Juga semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Hasan boleh keluar PAS dan menyertai Umno jika beliau mahu.
Hasan juga berkata kenyataan dan pendirian pemimpin-pemimpin PAS bukan satu masalah kepadanya, sebaliknya menjadikan beliau lebih kental untuk terus berjuang atas nama Islam dan Melayu.
Hasan juga berkata, pemimpin-pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar menghormati pandangan serta pendapat sesama pemimpin demi kelangsungan perjuangan parti.
“Saya tetap setia dan akan terus setia kepada dasar perjuangan parti sebagai harakah Islamiah dan bukan parti politik semata-mata,” katanya lagi.

Apakah strategi tersembunyi pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam Karpal Singh yang dilihat kurang melakukan hujahan dan tidak seperti 12 tahun yang lepas dimana kejutan seperti yang dilakukan oleh Cristoper Fernando yang berjaya memerangkap Azizan sehingga menyatakan beliau tidak diliwat?
Tidak dinafikan ramai juga penyokong pro PR agak kecewa dengan prestasi pihak pembelaan yang kurang menyerlah walaupun sedang berhadapan dengan perbicaraan yang penuh dengan kecurigaan dan berat sebelah.
Mengapakah sehingga kini pihak pembelaan masih tidak menyediakan dan memanggil saksi-saksi selain tuan rumah dan dua orang gaji yang berada di dalam kondo tersebut semasa hari dakwaan kejadian liwat itu berlaku?
Difahamkan ada 7 orang individu lain antaranya bergelar Datuk turut berada dalam kondo tersebut dalam satu perjumpaan dan taklimat bersama Anwar Ibrahim dan pakar-pakat ekonomi.
Persoalannya mengapakah mereka ini tidak dikemukakan oleh pihak pembelaaan sebagai saksi paling penting dalam menyanggah dakwaan liwat oleh pihak pendakwaan dan Saiful sendiri?
Adakah Anwar terpaksa mengambil risiko besar untuk melindungi mereka-mereka ini kerana bimbangkan keselamatan dan ancaman yang bakal dihadapi oleh 7 individu tersebut?
Atau Anwar dan para peguammya mempunyai strategi tersendiri dalam erti kata lain senjata pemusnah untuk diletupkan pada peringkat terakhir perbicaraan kes liwat 2 ini jika Anwar jelas didapati bersalah dan akan dipenjarakan?
Adakah masa itu masih sempat berbuat demikian?
p/s: Atas tu adalah luahan hati penyokong Pakatan didalam sebuah Portal pembangkang.. Gua copy&paste je letak kat sini untuk dikongsikan bersama korang..
Rupanya penyokong Pakatan pun tak puas hati dengan prestasi Karpal.. Apa yang pasti, jalan ke Sg Buloh resort dah terbuka luas buat Anwar.. Welcome back Mr Anwar. Hahahaha...
Nik Aziz mengingatkan anggota partinya supaya merujuk pucuk pimpinan di peringkat negeri masing-masing berhubung sebarang isu yang berkait ahli di negeri tersebut.
Katanya, adalah sangat tidak wajar jika anggota parti hanya mempercayai maklumat dari laporan media perdana semata-mata tanpa mendapat penjelasan daripada pimpinan di peringkat negeri terlebih dahulu.
Menjadikan media perdana sebagai rujukan kata sama sekali tidak patut memandangkan ianya hanya dikuasai oleh Umno dan BN semata-mata.
“Jadi amat silap sekiranya kita menjadikan media berkenaan sebagai tempat untuk mengetahui perkembangan PAS dan ahlinya,” ujarnya pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung kedudukan anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Mengulas lanjut,Nik Aziz berkata beliau juga perlu merujuk kepada pemimpin parti di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung perkara tersebut.
“Saya bukan orang negeri Selangor, saya duduk di peringkat atas.
"Setakat ni saya belum mengetahui lagi berhubung perkara itu, jadi kena tanya PAS Selangor,” ujarnya.
Katanya, apa yang digegerkan dalam media berhubung anggota exco itu, belum tentu betul, mungkin ianya hanya khabar angin.
Pemimpin PAS yang masih berdegil mengikut telunjuk DAP diminta supaya pulang ke pangkal jalan demi menegakkan agama, bangsa dan negara, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, DAP hanya ingin mempergunakan PAS saja sebagai alat bagi mencapai matlamat dan kepentingan mereka semata-mata.
"Perjuangan parti itu dilihat semakin menyimpang daripada matlamat asal untuk menubuhkan negara Islam.
"Pergolakan dalaman yang dialami PAS itu mungkin memberi keuntungan terhadap DAP tetapi tidak kepada parti lain yang ingin menegakkan agama Islam seperti UMNO," katanya ketika merasmikan Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini.
Beliau berkata, sebagai parti yang teguh mempertahankan agama Islam, UMNO tidak rela PAS ditunggangi oleh mana-mana pihak hanya untuk kepentingan peribadi saja.
"Saya risau jika ini berterusan matlamat asal PAS mempertahankan agama Islam akan terkubur kerana parti itu sedang berada di dua persimpangan sama ada untuk mewujudkan negara Islam atau negara berkebajikan," katanya.
P/S: Nik Aziz mesti tercabar bila Menteri Scorpene ni nasihatkan pemimpin-pemimpin PAS supaya balik ke jalan yang benar.. Habislah Zahid kena maki hamun dengan Pok Nik nanti... Hahahaha..
Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.
Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.
Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.
“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.
“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.
Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.
Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.
Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.
Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.
“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.