BREAKING NEWS

VIDEO Siamang serang budak.. Hati-hati di Zoo Melaka.


Keseronokan dua kanak-kanak untuk menyaksikan gelagat haiwan liar di Zoo Melaka berakhir dengan dua mangsa itu melalui pengalaman ngeri digigit seekor siamang jantan yang ganas kelmarin.

Dua mangsa yang cedera dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu ialah Muhammad Afiq Haziq Kamarul, 3, berasal dari Klang, Selangor dan Zukrina Abdul Hadi, 5, dari Pekan, Pahang.

Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa itu berjalan bersama keluarga masing-masing berhampiran beberapa buah pulau buatan yang menjadi habitat siamang dan beberapa haiwan dalam kumpulan beruk lain.

Mengimbau detik cemas tersebut, ibu kepada Afiq, Anita Sulaiman, 36, berkata, dia dan suami, Kamarul Baharin, 38, serta tujuh anak termasuk Afiq, anak keenam, tiba di zoo itu pada pukul 1.30 petang.

Sejam selepas berjalan, mereka sekeluarga tiba di kawasan pulau buatan.

"Sedang kami leka meninjau spesies beruk di beberapa pulau, tiba-tiba saya nampak kira-kira 40 pengunjung bertempiaran lari kerana dikejar seekor siamang.

"Siamang sebesar Afiq itu datang menggigit betis kanannya yang ketika itu didukung oleh suami saya," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.

Menurut Anita, suaminya bertindak menarik bulu dan menggoncang kepala siamang itu bagi melepaskan gigitan pada kaki Afiq.

Namun siamang itu enggan melepaskan gigitan itu sehinggalah seorang pengunjung menendang perut haiwan itu.

Video skandal anak Nik Aziz dan Nasrudin Tantawi... Bob Lokman pun adaaa...


Rupanya, ada bakat seni jugak anak Nik Aziz dan juga Nasrudin Tantawi ni ye.. Tak sangka pulak gua..

Walaupun dorang berlakon dalam filem pendek, tapi kira oklah jugak sebab ini adalah produksi pertama dorang..

Video ni bercerita pasal Hudud.. Ada yang kata, video ni adalah versi jawapan kepada video sembang rakyat yang jadi kontroversi 2-3 hari lepas..

Secara peribadinya, gua suka dengan cara penyampaian Nasrudin serta Nik Abduh pasal Hudud tu.. Cuma gua meluat tengok Bob Lokman yang terhegeh-hegeh dalam filem pendek ni..

Lagi satu, gua tak bersetuju tentang pelakon video tu yang kata hukum Hudud hanya dikenakan kepada umat Islam sahaja. Kafir dikenakan hukuman ikut hukum kitab kafir..

Zaman Rasulullah dulu Hudud dilaksanakan keatas semua manusia. So.., kenapa sekarang nak kata bukan Islam terlepas dari hukum Hudud pulak?

Bukan ke Hukum Hudud tu tertakluk kepada keputusan Hakim berdasarkan panduan dari kitab ulamak terdahulu?

Gua teringat petikan dari Abu Hanifah dalam kitab Al-Ahkam As-Sulthaniyyah.

Hukuman potong tangan berlaku bagi pencuri lelaki dan wanita, orang merdeka dan hamba sahaya, orang Muslim dan orang kafir. Jika anak kecil mencuri, tangannya tidak dipotong. Jika orang yang tidak sedarkan diri mencuri, dia tidak dipotong tangannya. Jika hamba mencuri kekayaan tuannya, tanganya tidak dipotong. Jika seorang ayah mencuri kekayaan anaknya, tangannya tidak dipotong.” (muka surat 375)

Jadi, terpulang untuk korang pulak menilainya. Tontonlah tanpa prejudis.. Yang baik kita jadikan pengajaran, yang buruk tu kita bagi kat Bob Lokman..

Layannn....


NIZAR TAK MALU., tumpang populariti duit bantuan RM500


Korang tengok sendiri gambar banner diatas.. Itulah banner yang dipasang sekitar kawasan Bukit Gantang, tempat bersemayamnya bekas Menteri Besar kuda kayu DAP di Perak..

Punyalah tak tahu malu bila Nizar DAP tu ambik kesempatan diatas pemberian bantuan duit RM500 oleh kerajaan.

Ni mesti kes nak tumpang populariti lah tu.. Dan bila rakyat pergi ambik borang tu di pejabat dia, mesti dia akan kata duit tu kononnya dia yang usahakan..

Memang jenis tak sedar diri punya wakil DAP sekor nih !

Hari tu, gua ada dengar Mat Sabu dakwa duit RM500 bantuan kerajaan tu sebagai duit haram.. Sekarang ni, apa kejadahnya dorang promosi pulak? Dah tebiat ke?

SERAM!!! Penampakan Mak Lampir dalam cermin tandas..


Banyak masalah di Ampang yang ditinggalkan BN telah berjaya diselesaikan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat, kata ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Zuraidah yang kali pertama menjadi ahli parlimen Ampang mendakwa masalah-masalah di Ampang dilakukan oleh ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo.

“Baru tiga tahun menjadi wakil rakyat, kami telah menyelesaikan masalah-masalah yang gagal dibuat oleh ketua Umno Ampang.

“Ismail menjadi Adun Lembah Jaya selama tiga penggal tetapi meninggalkan najis-najis (kotoran).

“Sepanjang sembilan tahun pentadbirannya, beliau dan Umno Ampang tidak lebih hanya menambah masalah kerana mereka mendahulukan kepentingan peribadi dan memburukkan lagi keadaan sehingga membebankan rakyat.

“…tanah kubur dikebas, sekolah agama digadai, peniaga Melayu ditipu dengan projek water front, masalah setinggan, masalah sijil kelayakan menduduki flat kos rendah, pampasan setinggan Sungai Purun, Berembang, Kampung Perak dan sebagainya,” katanya dalam respons kepada dakwaan Ismail semalam yang mengatakan Zuraidah dan Adun Bukit Antabangsa Azmin Ali tidak melakukan apa-apa di Ampang.

Zuraida yang juga ketua Wanita PKR meminta Ismail mencermin muka dan mengukur baju di badan sendiri.

Ketika diminta mengulas dakwaan tersebut, Ismail berkata, beliau mencabar pemimpin wanita PKR itu menunjukkan bukti beliau melakukan perkara-perkara tersebut.

“Tanya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), sekolah agama rakyat mana yang saya jual? Kubur mana yang terjual? Berapa juta, siapa yang beli?.

“Mana satu setinggan yang tidak dapat duit. Tunjukkan bukti. Saya nak tanya, bolehkah wakil rakyat jual tanah orang?” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pengakuan Anwar.., tak kisah kalau masuk penjara..


Selepas pernah berada di penjara selama enam tahun, Anwar Ibrahim bertekad akan terus berjuang demi keadilan tidak kisah bakal keputusan kes liwat, yang akan diumumkan 9 Januari depan.

“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini, di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan, tengah hari ini.

Ketua Pembangkang ini menambah, beliau pernah melalui kehidupan di penjara dan mendapati ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilalui.

Anwar , bekas timbalan perdana menteri, telah dikenakan hukuman penjara atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa selepas dipecat pada 1998. Beliau dibebaskan pada 2004.

Bagaimanapun pemimpin berusia 64 tahun ini berkata kenyataan beliau tidak harus dianggap sebagai satu kekalahan.

“Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?” katanya.

Keputusan Perbicaraan Anwar diketahui 9 Januari 2012.


Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpanjangan sehingga 2012 apabila keputusan ditetapkan untuk disampaikan pada 9 Januari.

"Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dia pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perbicaraan itu ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan lalu, selepas bermula hampir dua tahun lalu.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Pada awal hari ini, Datuk Yusof, yang juga Peguam Cara II Negara menyifatkan kenyataan pakar bedah ortopedik Anwar, Dr Thomas Hoogland berbentuk "spekulatif".

Ini kerana kali terakhir doktor tulang belakang dari Belanda memeriksa tertuduh adalah pada tahun 2005 dan beliau tidak dapat benar-benar mengesahkan sama ada keadaan Anwar telah kembali pulih daripada menghalangnya melakukan aksi seks.

Seorang lagi saksi pembela, pakar DNA Dr Brian McDonald pula disifatkan sebagai "flip flop" dalam memberi keterangan dan merupakan "pakar yang dibayar" untuk menyokong kes pembelaan,.

Manakala keterangan pakar forensik, Dr David Wells pula berkecuali yang terbaik.

Yusof juga berkata keterangan Anwar dari kandang tertuduh ketika dipanggil membela diri adalah penafian semata-mata serta gagal menggugat bukti pendakwaan.

Katanya, adalah jelas sama sekali pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan pada penutupan kes pembelaan.

Menurut beliau, Anwar dalam keterangan dari kandang tertuduh tidak memberi versinya mengenai dakwaan insiden itu bagi mematahkan keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang menjadi pengadu dalam kes itu.

Katanya adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh selain penafian mutlak mempunyai hubungan seksual dengan pengadu, tertuduh tidak sama sekali mempertikaikan bukti pihak pendakwaan.

Mohamed Yusof berkata Anwar dalam kenyataannya juga tidak sama sekali menafikan bahawa beliau berada di tempat yang didakwa berlaku kejadian itu pada masa dan tarikh tersebut.

Pakatan rompak RM100 wang BR1M dari ahli..


Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak.

BR1M bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan membantu peliwat menjadi Perdana Menteri.

Wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka

Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Mereka ambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti. Saya cabar parti pembangkang buat penjelasan dan tarik balik tindakan yang amat tidak bersifat negarawan ini," katanya.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, berkata jika benar dakwaan yang SMS itu disebarkan oleh parti pembangkang, ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana wang tersebut diberikan untuk meringankan beban rakyat.

"Jika ada yang berbuat demikian, mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga. Ia juga disifatkan tidak amanah atas pemberian ikhlas kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, bagaimanapun menafikan PAS ada menghantar SMS itu dan berkata parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu.

"Kita tidak buat perkara sebegitu, duit kita semuanya cukup dan diharapkan mereka yang mendapat duit RM500 itu agar gunakannya untuk persekolahan anak-anak, pembangkang tak perlu duit tersebut," katanya.

Teressa Kok DERHAKA pada K. Tunku Abdul Rahman..


Memang jenis tak mengenang jasa lah si Ah soo sekor nih.. Segala ilmu yang dia ada sekarang diperolehi dari institusi kerajaan.., bila dah berjaya, dia lupa daratan dengan lawan kerajaan..

Kalau tak ada Kolej Tunku Abdul Rahman, belum tentu Ah Soo ni dapat duduk sebagai Ahli Parlimen Seputeh..

Orang yang jenis tak kenang budi macam ni nak dijadikan pemimpin ke? Kalau kerajaan yang berjasa pada dia pun dia lawan, boleh ke kita harapkan dia jaga kebajikan rakyat?

The MP for Seputeh Teresa Kok is another DAP leader who studied at MCA funded Kolej Tunku Abdul Rahman but let’s not expect her to be grateful.

Worried of being exposed by this portal, she issued a statement a few hours ago admitting that she studied at KTAR for a year.

It’s interesting to note that a quick check of her resume would show that she has left out this fact , like many DAP leaders.

But Teresa Kok had also said that she need not be grateful to the MCA and would not issue any thank you notes to the party, describing the MCA as petty and childish.

She blasted the MCA, saying there’s no reason to be “permanently indebted” to the MCA for admissions to Universiti Tunku Abdul Rahman and the 1MCA Medical Foundation.

Well, that’s Teresa Kok for young Malaysians, a public figure who has no sense of gratefulness.

- Read More..

Gerakan Murtad di Selangor dah menular ke Johor..


Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendedahkan wujudnya gerakan memurtadkan masyarakat Islam di negeri ini berdasarkan aduan yang diterima pihaknya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bagaimanapun gerakan tersebut sukar dikesan kerana membabitkan kumpulan kecil.

"Surat layang yang diterima mengatakan gerakan berkenaan dijalankan di hotel-hotel tertentu, namun apabila disiasat hotel yang dikatakan tidak wujud sama sekali.

"Justeru, sukar untuk kita mengambil tindakan kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Namun sekiranya terdapat bukti kukuh, kita akan siasat supaya memberi keadilan kepada semua," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr. Mohamad Taslim (Pas-Maharani) mengenai sama ada wujudnya gerakan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 41 aduan berkaitan permohonan murtad di seluruh negeri ini diterima hingga kini sejak 1998 dan daripada jumlah itu, 10 kes dibawa ke Mahkamah Syariah manakala 31 kes lagi diberikan bimbingan dan kaunseling.

Menurutnya, empat daripada 10 kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah ditolak dan enam lagi masih dalam perbicaraan.

"Bagi 31 aduan diterima, 21 kes adalah di Johor Bahru; empat kes masing-masing di Muar dan Batu Pahat serta dua kes di Segamat.

"Antara sebab mereka membuat permohonan untuk murtad termasuk kegagalan dalam percintaan atau perkahwinan iaitu ingin kembali kepada agama asal selain alasan dipelihara keluarga bukan beragama Islam sejak kecil," katanya.

Frust kena gossip.., Khairul Fahmi beralih angin jadi MODEL..


Penjaga gol sensasi Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat sebelum ini dikatakan ada ura-ura untuk meninggalkan skuad kebangsaan Harimau Malaya kerana tak tahan dihentam dengan gosip-gosip panas.

Berita ini diperkuatkan lagi dengan khabar bahawa Khairul Fahmi telah ditawarkan untuk menjadi model di kaca Tv.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apex, dikatakan telah ditawarkan menjadi model untuk kempen produk jenama popular yang ada kaitan dengan gaya.

Walaubagaimanapun, identiti jenama tersebut tidak didedahkan kerana ia masih diperingkat awal tawaran serta masih di proses awal perundingan.

Apex juga tidak membuka mulut untuk bercerita selanjutnya mengenai hal ini ketika dihubungi oleh wartawan. Dikatakan juga, wajah Apex bakal menghiasi ruang iklan di Tv perdana tak lama lagi bagi mewakili jenama tersebut.

Apek kini sedang menggalas tugas sebagai ketua pasukan Harimau Malaya yang sibuk menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan bersama beberapa kelab luar negara.

Apapun, tahniah kepada Khairul Fahmi kerana bertambah lagi punca rezeki beliau. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak.. Janji mahsyukkk...

PapaGomo dan Dr MiM hantar spy masuk dalam PAS..


Blogger dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.

Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata.

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.


P/S: Tahniah Doc dan Gomo.. Lepas ni gua pulak akan hantar spyleman masuk dalam kem dorang... Hahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online