BREAKING NEWS

Ekslusif!!! Kewarganegaraan Lim Guan Eng bakal dilucutkan..


Gua yakin, korang semua mesti tahu dan hafal tentang lima RukunNegara Malaysia. Dalam RukunNegara, yang pertama sekali dinyatakan ialah, "Percaya kepada Tuhan"..

Ia bermakna, rakyat Malaysia yang tak percaya kepada Tuhan, itu bermakna dia tak menepati apa yang digariskan dalam prinsip RukunNegara.

Gua cakap pasal RukunNegara ni sebab, hari ini gua terbaca satu berita dalam lidah rasmi PAS yang mengatakan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tak mempunyai apa-apa agama. (Baca SINI)


Ini bukan cerita tipu beb.., ini Pengerusi DAP Selangor Teressa Kok sendiri yang kata..

Yang gua tahu, orang-orang yang tak ada agama ialah orang yang tak percaya pada Tuhan. Kalau dah tak percaya pada Tuhan, macam mana dorang nak taat pada RukunNegara?

So.., pada pendapat gua, orang yang tak menepati apa yang digariskan oleh prinsip-prinsip RukunNegara, sewajarnya dia dilucutkan kewarganegaraannya!

Kalau dah Tuhan pun dorang tak percaya, macam mana lah dia nak taat pada Raja dan Negara?

Inilah bukti bahawa PAS itu tolol lagi bahlul.. Orang tak ada agama pun sanggup dorang angkat jadi khalifah..

Kajian Dr Google : 80 peratus rakyat Kelantan masih sokong Nik Aziz ?


Menurut Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang lebih dikenali sebagai Dr Google, data kajian yang dilakukannya mendapati 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan masih menyokong Nik Aziz di Kelantan.

Abu Hassan berkata, walaupun terdapat desakan parti Umno di negeri itu namun melalui persoalan akademik sokongan rakyat Kelantan ke atas Nik Aziz masih tinggi berbanding Datuk Husam Musa dan Mustapa.

“Asas kepercayaan politik berdasarkan data menunjukkan 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan menyokong Nik Aziz secara individu sebagai ahli politik dan Menteri Besar.., katanya.

Dr Google ni bercakap demikian di Wacana Sinar yang bertajuk: PRU-13 Undi Siapa Jadi Penentu di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf semalam.

Tapi gua musykil, boleh percaya ke kajian yang mamat Google tu buat? Penduduk Kelantan ada lebih kurang 1.5 juta, takkanlah Prof kangkung tu dah interview 80 peratus rakyat di negeri tu?

Ni semua mesti kes nak membodek Nik Aziz la tu.. Manalah tahu kann.., dengan berkat membodek Pok Nik, dapatlah Dr Google ni tambah pendapatan di pentas ceramah PAS pulak..

Dr Google ni ingat rakyat Kelantan tu bodoh agaknya.., kalau dah air paip pun kaler macam air kopi beng, nak sokong apa lagi?

Baik tukar je "kepala paip" lama di Kelantan tu dengan yang baru masa PRU13 nanti. Kepala paip lama tu patut humban je dalam longkang. Simpan buat apa kalau dah 20 tahun asyik menyusahkan je..

Anwar kata dia WAJIB dibebaskan.., kalau takkk.....


Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menegaskan beliau wajib dibebaskan dari tuduhan Liwat II yang dihadapinya.

Menurut Anwar, kegagalan pendakwa raya mengemukakan bukti kukuh meskipun perbicaraan sudah memasuki peringkat penggulungan hujah, mewajarkan pembebasan beliau tanpa sebarang syarat.

“Bagi saya tidak ada fakta dan keterangan kukuh untuk mereka menghukum saya.

“Saya wajar dan wajib dibebaskan,” kata Anwar selepas mahkamah ditangguhkan petang semalam.

Anwar dalam pada itu mempertahankan tindakannya memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh sewaktu diperintahkan membela diri.

“Saya memilih untuk bercakap dari kandang tertuduh kerana itulah satu-satunya peluang saya untuk mengkritik sistem,” kata Anwar merujuk kepada sistem keadilan negara yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan Fitnah II berlangsung.

Bercakap lanjut, Anwar membidas pendakwa raya yang keupayaan saksi pakar pembelaan.

“Bagi saya kalau nak meremehkan keupayaan mereka (saksi pembelaan) tidak sukar. Itu sahaja yang mereka (pendakwa raya) lakukan,” kata Anwar.

Bagi gua, inilah bukti bahawa Anwar nak jadikan sistem perundangan tu dia yang punya. Apa taknya, perbicaraan belum habis, tapi dia dah terjerit-jerit suruh dibebaskan.

Gua yakin, kalau Anwar didapati bersalah nanti, mesti akan ada usaha dari puak-puak dorang untuk menghuru-harakan negara.

Pakatan akan hasut rakyat kononnya sistem perundangan tak adil. Dorang akan tuduh kerajaan korup sebab manipulasi Mahkamah.

Ni semua adalah plan Anwar dan Pakatan untuk jatuhkan kerajaan. Dan Anwar jadi umpannya.

Tapi mamat peliwat tu kalau bebas pun susah jugak. Bukan setakat dalam negara, sampai ke luar dia burukkan Malaysia.

So, lebih elok rasanya dia disumbat ke penjara. Pasal usaha nak huru-harakan negara tu, biar pihak berkuasa tangani semuanya.. FRU kita pun bukan calang-calang hebat tu..

Musa Hasan SAMAN blog Pakatan.


KUALA LUMPUR - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com. - Utaranews.com

Skandal terbaru hancurkan PKR di Penang.


Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lim Boo Chang mengumumkan beliau keluar daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta dan menyertai parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Boo Chang berkata, beliau keluar daripada PKR selepas hilang keyakinan terhadap parti itu yang gagal menepati janjinya untuk mereformasikan rakyat, persaingan sesama sendiri yang melampau dan tindakan parti yang sering mengenepikan ahlinya.

Dalam sidang media sebentar tadi, Boo Chang juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Beliau yang merupakan Ketua PKR Bahagian Bukit Gelugor, kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.

Surat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Lim, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya.

"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan,” katanya.

WIKILEAKS !!! Saiful Bukhari MEMANG tak diliwat!!!


Selama ni banyak yang tertanya-tanya kenapa puak-puak pencacai Pakatan tak mahu nak percaya yang Anwar tu peliwat walaupun Saiful dah bersumpah laknat depan Quran.

Rupanya, dorang percaya pada hujah Anwar serta peguam-peguamnya pasal Saiful yang banyak diwar-warkan dalam ceramah Pakatan.

Korang nak tahu hujah apa yang Anwar dan pencacai Pakatan gunakan untuk memberitahu rakyat bahawa Saiful Bukhari tak diliwat?

Jom kita baca dibawah ni.. Gua dah copy&paste untuk korang..

1) Saiful mendakwa diliwat dalam keadaan menungging lebih 12 minit. Pasti ada bekas atau kesan lecet pada lutut akibat tekanan ditusuk, tetapi sebenarnya langsung tiada! Saiful boleh minum kopi dan makan karipap selepas kununnya diliwat antara jam 3.01 petang hingga 4 petang 26 Jun 2008!

2) Pemilik kondo, Hassanuddin Hamid tidak pernah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pendakwa sekiranya kejadian liwat itu benar-benar berlaku di premis miliknya.

3) Jeli KY yang sepatutnya jadi bahan bukti langsung tidak kelihatan padahal Saiful mendakwa Anwar meliwatnya menggunakan bahan pelincir tersebut. Bahkan bahan tersebut langsung tiada dalam rekod bukti jenayah menurut laporan polis sendiri!

4) Keterangan dan fakta perubatan oleh pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland yang merawat sakit tulang belakang Anwar akibat terjatuh dari kuda pada 1997 mengesahkan bahawa amat mustahil seseorang yang masih mendapatkan rawatan berupaya melakukan hubungan jenis jauh sekali hubungan sejenis sekalipun. Anwar mendapatkan rawatan susulan pada 2004 dan 2008 di Klinik Alpha milik Dr Hoogland di Munich, Jerman.

5) Pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald hairan kerana sepanjang kerjayanya, belum pernah dia berupaya membuktikan mahupun menjalankan kajian ke atas jangka hayat sperma yang boleh hidup lebih 72 jam di luar zakar sedangkan ASP Jude Preira hanya menyimpan sampel air mani di biliknya yang sudah pasti berada pada suhu bilik, dan boleh musnah!

6) Ketua pasukan pendakwaan Yusof Zainal Abiden tidak pernah membuktikan secara fakta saintifik sama ada perubatan, klinikal mahupun rujukan sahih daripada sumber yang diperakui dan disahkan oleh badan profesional bahawa sperma manusia boleh bertahan sehingga 96 jam semasa perbicaraan berlangsung.

7) Keadaan Saiful yang menunjukkan rasa tidak tertekan atau menyembunyikan sesuatu bukti jelas bahawa Saiful berbohong mendakwa Anwar meliwatnya, malah tiada bukti sehelai bulu pun ditemui di atas katil dan cadar mahupun bilik, padahal manusia normal menggugurkan lebih kurang 100 helai bulu dari badan sehari secara normal!

8) Dua hari masa untuk Saiful ambil untuk membuat pemeriksaan perubatan seterusnya langsung tidak bersolat Jumaat akibat kununnya berhadas besar. Mengapa sampai dua hari berlalu baru hendak bertindak? Alasan dia mahu mendapatkan kepastian dari rakannya hanyalah helah lemah untuk memberi masa dia menusuk lubang duburnya sendiri dengan objek bermaterial plastik!

9) Pertemuannya bersama ibu angkatnya Mumtaz Jaafar dan Rosmah Mansor antara fakta jelas tuduhan fitnah ini satu konspirasi terancang untuk memusnahkan kerjaya Anwar selepas gagal menentang hujah dan perjuangannya membanteras rasuah dan penyelewengan secara politik.

10) Najib Altantuya dalang sebenar konspirasi fitnah ini dengan berbohong kepada seluruh dunia Saiful berjumpa dengannya untuk mendapatkan biasiswa pelajaran sedangkan pada waktu pertemuan itu Saiful sudah pun dibuang dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)!



p/s: Terbukti.., perkataan bangang itu memang dicipta untuk puak-puak penyokong Pakatan.. Hahahaha..

EDISI DEDAH : Penang sudah ada PELACUR Lelaki.. Tahniah Khalifah Guan Eng.


Sekumpulan pelacur lelaki di Pulau Pinang kini dikesan menggunakan internet serta laman Fesbuk bagi mempromosikan diri serta perkhidmatan dorang.

Ada juga yang meletakkan iklan kononnya hendak mencari kenalan dilaman-laman sosial. Malah ada di antara dorang yang berani meletakkan nombor telefon dan bergambar dalam pose yang seksi.

Jika ada yang berminat dengan dorang, harga perkhidmatan yang ditawarkan akan turut disertakan.

Menurut maklumat, para pekerja seks lelaki tersebut kebanyakannya adalah dari negara China, India, Thailand, Monaco, Australia dan New Zealand.


Kumpulan ni hanya akan tinggal di hotel sebagai tetamu untuk mengelakkan ditahan pihak berkuasa.

Caj yang dikenakan adalah sekitar RM150-250 bagi satu sessi. Bayaran tambahan sebanyak RM100 pula akan dikenakan jika lelaki tersebut berasal dari negara barat.

Namun para pelacur lelaki ini bersedia untuk menurunkan harga sekiranya pelanggan tidak mampu.

Pelanggan juga diminta untuk membayar tambang teksi sekiranya perkhidmatan jantan kabaret itu diperlukan di luar hotel tempat pekerja seks ini menginap.

So.., tahniahlah kepada Ah Beng dan juga Kerajaan DAP Penang kerana mewujudkan satu lagi industri baru di Penang ni. Sebelum ni, gua tak pernah dengar pulak di negeri ni ada pelacur lelaki.

Tapi sekarang dah makin Advance.. Patutlah Anwar tak kacau pun apa yang Ah Beng buat di Penang ni.., rupa-rupanya Anwar suka cara Ah Beng perintah negeri..

Apa kata Salleh Man dan PAS??? Macam biasalahhh... PAS mana berani angkat muka dengan DAP. Telor dorang sudah kena picit maaa... Hahahahaha...

Anwar ramal Pilihanraya Umum selepas kes liwat selesai.


Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sebaik sahaja kes liwat dihadapinya sekarang berakhir.

Beliau juga menegaskan, ia sebahagian daripada usaha menamatkan kerjaya politiknya yang disifatkan sebagai menjadi penghalang untuk BN terus menipu rakyat.

Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.

“Ini bukan secara kebetulan, akhir kes ini akan secara kebetulan (selari) dengan pilihan raya (umum),” katanya di pekarangan mahkamah.

Menjawab hujah penggulungan pihak pendakwa yang menyerang keputusannya memberi keterangan dari kandang tertuduh, Anwar berkata beliau menggunakan perbicaraan untuk mengetengahkan keadaan sistem perundangan yang cacat.

“Saya mengambil kedudukan menerusi saksi-saksi yang kompeten. Satu-satunya usaha mereka ialah memusnahkan doktor-doktor yang ternama di dunia,” kata beliau lagi.

Perbicaraan akan disambung Khamis ini dengan pasukan pembela akan menjawab hujah pihak pendakwa.

Kemudian Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah akan memutuskan tarikh mengumumkan keputusannya.


p/s: Nampaknya Anwar dah bersedia untuk masuk ke Resort Sg Buloh..

Definasi ROMANTIK gaya Pok Nik..


Gua tak tahu nak describe kan gambar diatas tu.. Gua konpius sama ada nak kata couple tu sengal.., ataupun bingai..

Agak-agaklah kalau nak tunjuk romantik di tempat awam.. Punyalah banyak kerusi kosong, tapi nak berhimpit satu tempat duduk jugak? Itu dah mencemarkan permandangan beb..

Kononnya romantik gilerlah tu.. Kononnya susah senang sanggup dikongsi bersama. Tapi apa kejadahnya kalau setakat kongsi tempat duduk R&R yang kecik tu? Orang tak heranlah baii..

Lain kali kalau nak beromantis, tiru macam Pok Nik kita kat bawah ni.. Tua-tua pun still main passing bunga..


Walaupun mulut Pok Nik macam puaka.., tapi hati dia still ada taman bunga.. Pok Nik telah buktikan, nak romantik tak kira usia..

Dan Pok Nik mesti setuju, nak romantik tak perlu duduk berhimpit satu kerusi beb.. Cuba bayangkan Pok Nik duduk satu kerusi macam couple sengal gambar atas tu, mesti huduh banget kann?

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online