BREAKING NEWS

Wanita ini dihukum rotan 100 kali kerana dirogol 5 lelaki..

Gambar ni tak ada kena mengena dengan cerita dibawah..

Gua tertarik dengan cerita yang berlaku di Saudi ni.. Ia mengenai seorang gadis yang dihukum sebat 100 rotan dan penjara setahun diatas kesalahan berzina dan cubaan menggugurkan kandungan.

Yang menjadi polemiknya ialah, gadis berkenaan mendakwa dia telah dirogol oleh 5 lelaki sewaktu dia menumpang sebuah kenderaan untuk pulang ke rumah.

Pemandu berkenaan telah membawanya ke sebuah rumah tumpangan dan gadis tersebut telah dirogol oleh lelaki itu bersama empat orang kawannya.

Gua berpendapat, kesalahan gadis tersebut hanyalah menerima pelawaan lelaki bukan muhrim untuk dihantar pulang. Malangnya, dia menjadi mangsa rogol..

Gua tak berniat nak pertikaikan apa-apa.., dan gua tak naklah pertikaikan undang-undang yang diamalkan di Saudi..

Cuma gua terfikir.., kalaulah perkara ni terjadi di Malaysia, tentu lain pulak jalan penyelesaian dan hukumannya.. Sebab tu lah ada pepatah berkata.., "lain padang, lain belalangnya.."

Masalahnya cuma satu.., perkara ni bukan berlaku pada belalang.. =)


JEDDAH – A 23-year-old unmarried woman was awarded one-year prison term and 100 lashes for committing adultery and trying to abort the resultant fetus.

The District Court in Jeddah pronounced the verdict on Saturday after the girl confessed that she had a forced sexual intercourse with a man who had offered her a ride.

The man, the girl confessed, took her to a rest house, east of Jeddah, where he and four of friends assaulted her all night long.

The girl claimed that she became pregnant soon after and went to King Fahd Hospital for Armed Forces in an attempt to carry out an abortion. She was eight weeks’ pregnant then, the hospital confirmed.

According to the ruling, the woman will be sent to a jail outside Jeddah to spend her time and will be lashed after delivery of her baby who will take the mother’s last name. -Saudigazette

Hasan Ali berjaya buat Nik Aziz alami tekanan mental...


Hassan Ali menyatakan rasa tak kisahnya samada dia terpilih atau tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13 kelak..

Segala apa yang dilakukan selama ini bukannya demi untuk mendapatkan pengiktirafan Pesuruhjaya Selangor atau hatta Presiden Pas sekalipun. Segalanya dibuat demi Allah semata-mata.

Dia tak perduli samada DAP suka padanya atau tidak dan samada PKR suka padanya atau tidak yang pentingnya dia akan sentiasa memperjuangkan kedaulatan raja-raja, hak istimewa orang melayu dan keistimewaan agama Islam di negara ini.

Daripada kenyataan Hassan Ali, ternyata memang benar sebagaimana komen Nakhaie tadi dalam Berita TV3. Hassan Ali terbukti seorang yang mempunyai prinsip.

Nakhaie juga mendakwa PAS telah mengorbankan prinsipnya demi mahu mendapatkan sokongan daripada non-muslim di Malaysia.

PAS sebenarnya berada di dalam dilema apabila bekerjasama dengan DAP dan juga PKR, kata Nakhaie lagi.

Gua rasa, kesediaan Hasan Ali untuk perjuangkan dan sanggup bekerjasama didalam tiga isu dengan Perdana Menteri akan menyebabkan beliau dianggap sebagai duri dalam daging kepada PAS.

Hasan Ali juga sanggup berkerjasama dengan UMNO jika beliau dijemput untuk melakukan atau menyumbang sesuatu bagi menangani isu tersebut.

Isu tersebut ialah.., Mendaulatkan kedudukan raja-raja.., Mempertahankan hak istimewa orang melayu dan Menentang usaha berbagai pihak yang mahu memurtadkan orang Melayu.

Tahniah Hasan Ali.. Kenyataan anda pastinya telah berjaya membuat semua penganut PAS terutamanya Nik Aziz mengalami tekanan mental.

Khalid Samad pula mesti tengah kena sawan khinzir sambil berbuih mulut di Shah Alam selepas menonton Buletin Utama tadi.. Bravo Hasan Ali!!!

Pendedahan Tun M : Regim Yahudi gunakan Anwar jatuhkan kerajaan Malaysia.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai rejim Yahudi untuk mengguling dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sambil menyifatkan AS dikuasai sepenuhnya golongan Yahudi menerusi media, Hollywood dan sumber kewangan, beliau berkata, menjadi hasrat kuasa besar itu untuk mengadakan perubahan rejim bagi semua kerajaan yang tidak memihak kepada mereka.

“Bila lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia, mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada."

“Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Negarawan di sini semalam.

Beliau diminta mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir yakin dengan bukti yang kukuh, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gerakan itu.

“Tanpa bukti kukuh, kita tidak boleh bertindak sebarangan dan tidak boleh guna kuasa untuk menangkap orang, kena ada bukti yang jelas dan saya yakin kerajaan akan mengambil tindakan,” katanya.

“Sebab itu ada usaha untuk tukar rejim yang tidak secocok, mereka menggunakan badan dan orang tertentu untuk menjayakan hasrat itu."

“Kalau IKD bergerak untuk meneliti dasar tidak mengapa, tetapi kalau nak kaji segala dasar macam Dasar Ekonomi Baru, nampak jelas tujuan mereka. Sebab itu kita harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan pihak seperti ini,” katanya.

Mengenai pemimpin politik yang menjadi ejen kuasa asing, Dr Mahathir mengakui gerakan Yahudi mempengaruhi seorang daripada pemimpin negara dan mendakwa Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz, seorang daripada pemikir barat prozionisme neokonservatif di AS yang mahu menguasai dunia.

Katanya, menerusi kertas kerja ‘The Century of America’, gerakan itu cuba mempengaruhi golongan tertentu untuk membantu membentuk kerajaan yang tunduk kepada kuasa besar itu.

“Perubahan rejim bermakna mereka sanggup berperang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak bersetuju dengan mereka menerusi penubuhan kerajaan yang menyokong. Anwar selalu jumpa mereka dan beritahu kalau jadi Perdana Menteri, dia akan mansuhkan itu, mansuhkan ini... nak bagi kebebasan pada rakyat."

“Dia dapat sokongan tidak tahulah sama ada duit ke apa. Dia dan beberapa orang termasuk peguam mendapat bantuan dari satu badan yang ditubuh khusus oleh kerajaan AS untuk membantu mereka menjatuhkan kerajaan yang mereka tidak suka,” katanya.

[VIDEO] Anwar DIKUTUK sebab pakai baju Parlimen di Mahkamah..


Dalam sejarah kes-kes mahkamah selama ini.., ada sesiapa pernah tengok orang tertuduh masuk perbicaraan memakai pakaian istiadat warna putih atau disebut Number One Dress.

Ia hanya dipakai pembesar seperti Menteri, Ahli Parlimen,pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya untuk hadiri istiadat.

Apa macam kalau baju istiadat seumpama ini di bawa masuk ke dalam perbicaraan apa lagi oleh tertuduh kes liwat?

Inilah nampaknya " wayang' Datuk seri Anwar Ibrahim ketika hadir di kes liwatnya yang disambung bicara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin.

Kes itu sepatutnya disambung semula 9 pagi namun ditangguhkan ke jam 12 tengahari kerana beliau menghadiri upacara perpisahan Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di pekarangan Parlimen.

Terdengar bisikan dikalangan beberapa orang di lobi mahkamah tak kan beliau tidak boleh salin sekejap dulu pakai pakaian lain sebelum ke mahkamah. - AD


PADAN MUKA !!! Nurul Izzah DIHALAU keluar mahkamah kerana baju BERSIH.


Nurul Izzah sebentar tadi berang apabila diminta keluar dari kamar perbicaraan kerana sehelai baju kuning berlogo BERSIH.

ASP Steven yang bertugas dikamar perbicaraan telah mengarahkan Nurul Izaah keluar dari kawasan tersebut kerana beliau menimbulkan kekecohan.

Insiden bermula apabila Nurul Izzah cuba mempertahankan seorang wanita cina yang memakai baju T berlogo BERSIH di kawasan tersebut.

Walaupun diberi penjelasan mengenai pihak Polis menetapkan tidak boleh membawa sebarang elemen politik ke mahkamah, Nurul Izzah cuba mempertikaikan peraturan tersebut.

Akhirnya, Nurul Izzah terpaksa dihalau keluar dari mahkamah dan beliau terpaksa akur walaupun kelihatan kurang berpuas hati.

Itulah akibatnya kalau cuba nak pertikaikan peraturan yang sedia ada. Apa Nurul Izzah tu ingat, undang-undang negara ni Uncle Karpal yang punya ke?

Padan muka dia kena halau !!!

TERKINI DARI MAHKAMAH : Karpal mahu Farah Azlina dan Saiful dipanggil semula.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ni sedang mendengar penggulungan hujah kedua-dua pihak dalam pertuduhan kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Karpal Singh sekarang ni sedang cuba sedaya upaya untuk menangguhkan lagi perbicaraan dengan memaksa mahkamah memanggil Saiful Bukhari dan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif untuk beri keterangan.

Untuk makluman korang, pada Julai 2010, Farah Azlina telah digugurkan dari pasukan Pendakwaan kerana dikatakan mempunyai "hubungan" dengan Saiful.

Tapi tak ada bukti yang dikemukakan untuk mengesahkan "hubungan" dorang berdua. Dan pihak Pendakwa serta Peguam Negara terpaksa mengenepikan Farah bagi memastikan ketelusan perbicaraan terhadap Anwar.

Gua tak tahulah sampai bila lagi perbicaraan ni nak berlangsung.. Yang pastinya, rakyat dah muak dengan perangai Anwar dan peguambela nya yang suka sangat tangguhkan perbicaraan.

Slogan Anwar bukan lagi lawan tetap lawan.., tapi dah tukar ke "tangguh tetap tangguhh".


Peguam Anwar Ibrahim, Karpal mahu Farah Azlina dan Saiful Bukhari dipanggil semula memberi keterangan di mahkamah bagi memastikan perbicaraan berlangsung dengan adil.

“Mahkamah ini perlu ditangguh untuk membolehkan PW1 dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini,” kata Karpal.

Menurut Karpal, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.

“Peguam Negara hanya menjelaskan kedudukan Farah Azlina pada 11 November 2011 selepas peguam bela menamatkan hujah pada 18 Oktober 2011,” kata Karpal.

Hubungan antara Farah dan Saiful menurut Karpal, membolehkan Saiful mempunyai akses kepada kertas pendakwaan.

Justeru, Saiful mungkin mengubah keterangan beliau sepanjang perbicaraan berdasarkan kertas pendakwaan.

TERKINI !!! Hasan Ali UGUT untuk keluar PAS.


Hasan Ali dah buat kenyataan hari ni mengenai ura-ura beliau tak akan dicalonkan oleh PAS pada PRU13 nanti.

Beliau juga memberikan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh PAS jika perti tu mahu dia kekal berkerjasama dengan Pakatan.

Hasan Ali mahukan PAS dan Pakatan mempertahankan prinsip Islam, mempertahankan hak melayu dan juga menghormati Institusi DiRaja.

Kalau syarat-syarat tu tak dipenuhi, Hasan Ali tak menolak untuk keluar daripada PAS..

Gua ucapkan tahniah pada Hasan Ali.. Tapi gua rasa Pakatan agak susah untuk penuhi syarat-syarat yang dia bagi tu..

Sebabnya, dalam Pakatan, DAP mana boleh pertahankan Islam.., PAS tak akan menjaga hak melayu dan PKR mana tahu hormat pada Raja?

So.., tunggu masa je lah nanti untuk Hasan Ali keluar parti.. Bye-bye PAS... Hahahaha..

Exco kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak itu mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi raja.

Ditanya sama ada beliau patut keluar PAS jika menghadapi masalah dalam parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.

Menurut beliau, ini kerana beliau harus mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan, mufti dan veteran politik terlebih dahulu.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat mana-mana organisasi tidak lagi menyokong tiga prinsip yang diperjuangkannya itu, kemungkinan beliau keluar parti mungkin berlaku.

Mengulas hakikat beliau tidak mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusi Gombak Setia yang disandangnya, Hasan berkata ia hanya perkara kecil kerana "perjuangan untuk Islam lebih besar"

[BERGAMBAR] Ceramah Mat Sabu DISERANG.. Tahniah rakyat Muar Johor!


Semalam, Jendral Mat Sabu yang merupakan penyokong kuat Regimen ke-10 komunis Malaya telah dijemput bagi mengadakan satu ceramah di kawasan Muar Johor.. Turut bersama beliau berceramah ialah CheguBard.

Ceramah Mat Sabu yang dihadiri oleh hampir 300 pengikut tegar PAS di Johor berakhir dengan kekecohan apabila mendapat respon negatif dari majoriti penduduk Johor.


Ternyata kehadiran Mat Sabu dibumi Johor ini langsung tak mendapat restu dari penduduk-penduduk setempat. Buktinya, ceramah Mat Sabu itu telah "diserang" oleh sekumpulan rakyat tempatan..

Kumpulan yang dianggarkan seramai 100 orang itu telah membawa sepanduk mengecam Mat Sabu serta mendesak mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu.


Namun mereka telah dihalang oleh Unit Amal PAS serta Skuad AMK Johor dari mendekati Mat Sabu.

Berlaku sedikit kekecohan dan aksi tolak menolak tetapi ia berjaya dileraikan dengan campurtangan pihak Polis dan juga FRU yang sedia mengawal kawasan ceramah.


Mat Sabu akhirnya terpaksa menerima memorandum dari kumpulan terbabit setelah dinasihati oleh Pegawai Polis disitu.

Wakil kumpulan berkenaan juga dibenarkan berucap diatas pentas ceramah bagi meluahkan kekecewaan mereka terhadap Mat Sabu.


Isu replika najis: UMNO Penang akan saman Dewan Pemuda PAS..


Orang tua-tua pernah berkata.., "kerana mulut badan binasa.." Itulah yang bakal jadi kepada Dewan Pemuda PAS.

Sebelum ni, didalam isu hadiah replika najis yang dihantar oleh NGO Penang kepada Guan Eng di KOMTAR baru-baru ni.., Pemuda PAS secara melulu fitnah UMNO negeri kononnya yang hadiahkan kek tersebut.

Dan UMNO Negeri didesak supaya memohon maaf kepada Guan Eng diatas tindakan yang UMNO negeri sendiri tak buat.. Itu sudah jadi fitnah besar beb..

Sekarang ni, UMNO Penang sudah bengang la bila difitnah sedemikian rupa.. Dan melalui wakil UMNO negeri iaitu Ir Shaikh Hussin, UMNO Negeri tuntut Pemuda PAS minta maaf atas kenyataan dorang ataupun bersedialah untuk disaman.

Ishh.. gua pun heran, nama je parti Islam.., tapi fitnah tu dah jadi umpama makanan harian buat puak-puak PAS tu kann.. Memang memalukan nama Islam lah PAS ni!!!


SHAH ALAM- Pemuda Pas menggesa Umno Pulau Pinang memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kakitangan kerajaan negeri itu di atas tindakan mereka menghadiahkan kek berupa najis manusia sempena hari kelahirannya.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata, perbuatan 'biadap' dan tidak bertamadun itu dianggap menghina Guan Eng sebagai ketua menteri.

"Sebagai parti yang dikatakan mewakili orang Melayu Islam, tindakan menghadiahkan sesuatu di atas niat untuk menghina orang lain termasuk kepada orang yang bukan Islam adalah bersalahan dengan hukum agama apatah lagi dengan tata susila bangsa Melayu yang terkenal dengan baik pekerti dan halus budi.

"Kami cukup kecewa dengan tindakan tidak matang Umno Pulau Pinang yang masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) telah kalah dan menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

Mereka umpama tidak keruan apabila tidak lagi mempunyai peluang untuk membolot harta kekayaan negeri. Tindakan mereka yang sentiasa cuba memfitnah kerajaan negeri sehingga kini telah menunjukkan ‘rupa sebenar’ Umno yang tidak dapat menerima kekalahan secara anak jantan dan berjiwa besar," katanya dalam kenyataan media.

Selain itu, beliau juga meminta supaya Presiden dan Majlis Tertinggi Umno menasihat dan mengambil tindakan tegas terhadap Umno Pulau Pinang agar kejadian sama tidak berulang dan dapat menjadi ikhtibar kepada pemimpin Umno di negeri lain.

"Mereka juga telah memberikan imej buruk orang Melayu Islam sebagai orang yang lemah lembut, berbudi pekerti dan berjiwa besar kepada orang lain terutamanya kepada orang bukan Islam. Berpolitik biarlah dengan cara yang sihat dan bukan dengan dendam kesumat," ujarnya./Sinar Harian

Nik Aziz REDHA rakyat Kelantan tinggal bersama kambing..


NI apa cerita pulak ni? Gua ingat dah tak ada manusia yang tinggal di kandang kambing dalam negara ni.., rupanya cerita ni masih wujud di negeri Pok Nik alaihissalam.

PAS sebelum ni dok canangkan seluruh Malaya kononnya nak buat NEGARA BERKEBAJIKAN, tapi kebajikan apanya kalau di Kelantan sendiri masih ada insan berkongsi rumah dengan kambing?

Cerita ni keluarga ni duduk dengan kambing bukannya baru terjadi beb.., dah lima tahun dorang terpaksa berkongsi satu rumah..

Inilah jadinya bila Menteri Besar negeri kerjanya asyik menebas di kebun pisang belakang rumah.., lepas tu sibuk nak cari pahala mengajar di Markas PAS..

Amanah yang diberikan oleh rakyat, langsung tak diambil peduli.. Kira pecah amanah la tuu.. Macam ni pun still ada hati nak pegang kuasa? Sudah-sudahlaa Pok Nik oiii...

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka di Kampung Pulau Gajah, dekat Sabak terpaksa berkongsi rumah bersama 15 biri-biri, burung, ayam, arnab serta kucing selama lima tahun kerana bimbang haiwan dan unggas itu dicuri.

Keputusan nekad untuk tinggal bersama dengan haiwan itu dibuat oleh pekerja di kilang permaidani, Sulaiman Yusof, 45, bersama isterinya, Fatma Yahya, 47, dua anak, Mohamad Hafiz Azlan Sulaiman, 5, dan Mohd Aqif Aiman, 4.
Tinjauan mendapati pasangan terbabit terpaksa menghidu bau busuk najis haiwan berkenaan yang ditempatkan dalam rumah pusaka daif berusia lebih 30 tahun.

Fatma mendakwa tidak pernah memohon bantuan mana-mana agensi kerajaan, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, rumah pusaka peninggalan arwah ayah mentuanya itu kini hanya menanti masa menyembah bumi.

"Suami saya tinggal di rumah ini sebelum berkahwin dengan saya, dan kini kami terpaksa terus menghuni rumah ini kerana kemiskinan, keadaan semakin uzur malah dapur tidak dapat lagi digunakan kerana runtuh.

“Malah, kedua anak saya kini semakin membesar tidak dapat bergerak bebas dalam ruang yang sempit ini.
“Suami saya memang gemar membela kambing dan burung yang boleh dijual untuk menambah sumber pendapatan kami kerana gajinya hanya kira-kira RM400 saja sebulan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menghulurkan bantuan RM3,000 bagi meringankan beban ditanggung keluarga itu.

Sementara itu, Setiausaha MAIK, Che Hamat Che Muda, berkata beliau menyampaikan sumbangan itu sebagai mewakili Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.

“Saya sudah melawat rumah keluarga Fatma dua hari lalu selepas menerima titah Tuanku Tengku Mahkota Kelantan apabila baginda mendapat tahu mengenai kemiskinan Fatma dan bersetuju memberikan bantuan daripada Baitulmal.

“Selain bantuan RM3,000, MAIK akan menjalankan siasatan mengenai status tanah rumah pasangan ini,” katanya.

Tak perlu masuk PAS.., artis wanita ini dah pakai tudung..


Tak perlu tunggu masuk PAS.., tak perlu tunggu dijemput berceramah atas pentas PAS. Itulah yang boleh gua katakan tentang Abby Fana yang memilih untuk bertudung selepas balik dari menunaikan Haji di Mekah.

MHI bagai mendapat aura baru dengan kemunculan kembali Hajjah Abby Fana bersama imej barunya. Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Abby kerana berani berubah.

Gua doakan, semoga beliau terus istiqamah dan diberkati segala usaha dan amalan. Mudah-mudahan lebih ramai lagi personaliti TV3 menuruti langkah Hajjah Abby Fana itu.



p/s: Gua tunggu Rosmah pulak bertudung lepas ni.. Semoga beliau diberi kekuatan oleh Allah swt untuk berubah... Aminnn.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online