BREAKING NEWS

Assobiyah melampau dalam PAS punca Nik Aziz boleh jadi NABI..


Ramai pemerhati politik dan orang awam sudah mengisytiharkan bahawa Nik Aziz bukanlah seorang nabi, beliau hanyalah seorang tokoh agama yang kecanduan politik, kerana itulah Tok Guru sanggup mengelirukan semua penyokong PAS dengan menganggap parti itu mewakili Islam yang benar.

Ramai orang tahu, Nik Aziz merupakan seorang tokoh politik yang terlalu sayangkan kedudukannya sehingga menganggap apa sahaja kata-katanya sebagai arahan keras dan sesiapa yang cuba membantah adalah sebagai penderhaka, meskipun bantahan itu hanyalah merupakan perbezaan pendapat dalam usaha mencari jalan bagaimana nak memperkuatkan perpaduan masyarakat Islam.

Sejak menjadi Menteri Besar dengan gaya berkot dan berkain pelikat, Nik Aziz telah membawa budaya politik yang kotor dan memalukan umat Islam apabila mempertikaikan sebarang bentuk penyelesaian pemimpin lain bagi mendaulatkan Islam di Malaysia.

Apabila kepimpinan politik berupaya membangunkan institusi-institusi Islam, Nik Aziz tanpa segan membelasah dengan kata-kata kesat kononnya penubuhan tersebut hanyalah untuk bermegah-megah, isinya tidak seberapa.

Dengan melabelkan Tok Guru sebagai “nabi” tentunya lebih ramai rakyat Kelantan akan merasa malu kerana selepas Nabi Muhammad SAW secara sahnya Allah SWT tidak lagi melantik manusia sebagai nabi kerana itulah janji.

Allah SWT telah memberikan amaran bahawa tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW, kerana baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan menyelamatkan seluruh manusia. Apakah Nik Aziz merupakan seorang “penyelamat” yang layak digelar nabi?

Nik Aziz bukanlah seorang nabi, tetapi beliau adalah seorang politikus yang terlalu takut akan kehilangan kuasa politiknya, dan akan terus bertekad untuk bertanding walaupun banyak petanda dirinya sudah tidak lagi relevan. Sudah ada penentangan berlaku dalam PAS, tetapi disebabkan parti itu terus menyembunyikan sebarang pergolakan kepimpinan, rahsia tersebut tidak tersebar.


Anak Taib Azamudeen buat report Polis pasal HUDUD..


GABUNGAN Mahasiswa Islam SeMalaysia telah membuat satu laporan polis, di Balai Polis Dang Wangi semalam terhadap video Sembang Rakyat yang disebarkan di laman YouTube.

Laporan tersebut dibuat oleh Presiden dorang iaitu Akram Ikrami, yang juga merupakan anak kepada Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat serta Ahli Parimen Baling, Taib Azamuddin.

Persoalannya sekarang, dimanakah puak-puak ni semasa DAP menolak perlaksaan hudud oleh PAS sebelum ini? Takkan puak-puak ni hanya berani bersuara kalau ia ada kena mengena dengan UMNO tapi tak berani bila ada sangkut paut dengan DAP?

Rupanya anak Taib Azamuddin ni sama saja penakut macam bapak dia. Taib Azamuddin sampai sekarang ni tak berani komen pasal kes liwat Anwar walaupun ada saksi yang mengaku didepan dia pasal kegiatan Anwar meliwat.

Inilah yang dikatakan, bapak borek, anak rintik..

Azizan Razak ikrar taat setia pada Nik Aziz.


Mana-mana pihak tidak wajar mempertikai kemampuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus memerintah negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selagi rakyat Kelantan mahu memilih Nik Abdul Aziz untuk menerajui Kelantan, selagi itu pihak luar tidak harus campur tangan.

“Kalau beliau masih mampu tadbir negeri dan rakyat masih sokong beliau untuk jadi Menteri Besar, tiada salahnya untuk beliau bertanding semula pada pilihan raya akan datang. Malah jika beliau yakin boleh menang, tiada sebab untuk tidak jadi calon,” katanya.

Menurutnya, tiga kriteria itu menjadi kayu pengukur untuk meletakkan calon, malah Nik Abdul Aziz dilihat masih kuat untuk bekerja walaupun usianya kini mencecah 80 tahun.

“Kepimpinan beliau masih diperlukan sama ada dalam Pas atau pun di Kelantan. Malah parti sendiri tidak pernah bangkitkan isu itu. Desakan datang daripada pihak luar. Saya sokong sepenuhnya jika beliau mahu bertanding lagi pada PRU13,” katanya.

Pada Selasa lalu, Nik Abdul Aziz, berkata, tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Malah, beliau berikrar akan tetap bertanding pada PRU13 kerana mahu terus berlawan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan pada 1990. Pada PRU 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka, dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar, dengan majoriti 4,249 undi.

GEMPAR !!! Wakil DAP berkhutbah atas mimbar di Perak.


Melampau beb!! Ni pasal apa pulak dibenarkan seorang wakil DAP yang menentang pemerintahan Islam di Malaysia serta pernah menghina Sultan di Perak berkhutbah?

Dah tak ada manusia Islam lain ke di Perak tu sampaikan wakil DAP ni juga yang diangkat ke atas mimbar masjid?

Dah buta agaknya puak-puak PAS ni semua? Kalau pemimpin politik yang jadi proksi pada kafir pun dibenarkan kuasai masjid, alamat hancurlah institusi Islam dalam negara.

Bodoh punya puak-puak lobai PAS!!!!

Anwar Ibrahim BELASAH PapaGomo sebab Scorpene.


Tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene mungkin menjejaskan keselamatan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, bagaimanapun tidak mennyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu.

Walau bagaimanapun, menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi.

Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama dan TV3, media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas undang-undang".

"Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar.

Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.

Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.

Ustaz Azhar Idrus DIHARAMKAN berceramah di Kelantan kerana kritik Nabi PAS...


Gua diberitahu yang Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus telah diharamkan untuk berceramah di negeri Kelantan..

Alasan yang pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) beri ialah, Ustaz Azhar tak mempunyai tauliah untuk berceramah di negeri tersebut.

Gua jadi konfius, bukan ke selama ni puak-puak PAS selalu pertikaikan pasal wajib ada tauliah sebelum berceramah? Ini termasuklah dari "ulamak" baru dorang iaitu Bob Lokman yang baru ni ada kes di Selangor.

Bila Bob Lokman dikenakan tindakan oleh JAIS tak berapa lama dulu sebab berceramah tanpa tauliah di Selangor, habis meroyan puak-puak PAS seluruh negara..


Dorang hentam JAIS dan kerajaan BN.., kononnya dalam Islam tak pernah ditetapkan perlu ada tauliah kalau nak sampaikan ilmu Allah.

Sekarang ni apa sudah jadi baii? Bila kena batang hidung sendiri, baru tau kena wajibkan tauliah? MAIK pandai pulak tiru undang-undang UMNO yee.. Dulu kata UMNO tu jahiliyah.., sekarang apa cerita beb?

Bagi gua, ini bukti kukuh bahawa PAS ni semua memang HIPOKRIT!! Dorang puji melambung masa Ustaz Azhar kutuk UMNO, tapi dorang HARAMKAN dia masuk Kelantan hanya kerana dia kritik Nik Aziz..

Apa dorang ingat Nik Aziz tu maksum ke sampai langsung tak boleh kebna kritik? Mangkuk hayun betul!!

EDISI GAMBAR : Zambry Kadir dah setaraf dengan Nik Aziz..


Wohaa.. Selama ni puak-puak PAS dok bangga bila dorang tengok gambar Nik Aziz alaihissalam makan guna tangan..

Punyalah dorang syok sampaikan dorang labelkan Pok Nik tu sebagai zuhud hanya kerana makan guna tangan serta sanggup makan ditempat orang awam..


Kalau itulah KPI nya untuk jadi zuhud dan juga diangkat sebagai pemimpin berjiwa rakyat, hari ni MB Perak, DS Zambry Kadir pun dah naik makam la nampaknya..

Kalau Pok Nik makan dengan tangan, Zambry pun makan dengan tangan jugak.. Kalau Pok Nik makan nasik tepi jalan dengan rakyat, Zambry pun buat benda yang sama jugak..


So.., kira Zambry dah naik sama taraf dengan Pok Nik dalam bab zuhud ni laa.. Meroyan puak-puak PAS kalau tengok perangai Zambry ni.. Mesti dorang akan kata Zambry tiru idea Pok Nik..

Dan gua rasa, kalau DS Zambry masuk PAS, for sure dia dilabelkan sebagai ulamak zuhud sebab sanggup makan dengan tangan depan kamera... Confirm !!!!

AWAS!!! VIDEO samun di Mesin ATM..


Zaman sekarang ni adalah zaman Edan.. Oleh itu, macam-macam perkara yang kita tak pernah terjangka mungkin berlaku..

Gua ambil contoh apa yang terjadi dalam video dibawah ni.. Mungkin sekarang ni ia berlaku di negara luar, tapi tak mustahil ia juga akan berlaku dalam negara kita..

Dan yang paling kita tak mahu, ianya terjadi pada kita mahupun ahli keluarga serta saudara mara kita..

So.., berhati-hatilah dimana jua kita berada.. Terutamanya di mesin ATM !!!


p/s: Gua ada satu cadangan.., apa kata pihak bank diwajibkan untuk letak pengawal bersenjata disetiap mesin ATM dorang.. Keselamatan pelanggan perlu diutamakan.. Betul tak?

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online