BREAKING NEWS

HINA ISLAM !!! Buku Lee Kuan Yew DIHARAMKAN oleh Jakim.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengharamkan buku terbaru bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, yang menggesa agar Muslim republik itu supaya tidak terlalu “ketat” dalam amalan prinsip-prinsip Islam.

Buku “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going” yang merupakan koleksi temu bual dengan beliau, diterbitkan Januari lalu, disenaraikan sebagai antara 15 terbitan yang “diperakukan haram” oleh Jakim dua bulan lalu.

Perakuan itu akan dibawa ke Kementerian Dalam Negeri untuk membuat keputusan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim mengesahkan keputusan itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa penapisan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam Jakim, Oktober lalu.

Pada 9 Februari lalu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, ketika itu ketua pengarah Jakim berkata, Lee sememangnya seorang negarawan yang hebat kerana berjaya memajukan Singapura.

Malangnya, kata Wan Mohamad Sheikh, beliau kurang berjaya dalam membangunkan minda keseluruhan rakyat kerana masih terpengaruh dengan landskap 1960-an yang penuh dengan prejudis dan prasangka terhadap penganut Islam.

“Sudah tentu Lee Kuan Yew juga tidak tergamak merosakkan agenda dan pendekatan harmoni yang sedang dibawa oleh Perdana Menteri Singapura sekarang.

“Di samping itu, zaman menyimpan perasaan cemburu tidak berasas kepada negara jiran sudah pun berlalu dan tidak perlu dibangkitkan kerana zaman Lee Kuan Yew juga sudah menjadi sejarah. Sisa usia yang berbaki elok dimanfaatkan untuk mewujudkan rantau yang harmoni,” katanya lagi.

Lee, 88, yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri yang pertama, menteri kanan dan menteri mentor Singapura sebelum bersara Mei lalu berkata dalam buku itu bahawa Muslim di Singapura, dari segi sosial, telah berpisah dan menjauhkan diri mereka dan oleh itu, mereka perlu kurang “ketat” dalam amalan mereka demi membantu integrasi dan proses bina negara negara pulau itu.

Pandangan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam di Singapura dan juga di Malaysia.

Ekoran protes itu, beliau menarik kenyataannya Mac lalu - beberapa bulan sebelum pilihan raya umum.

Anaknya, Lee Hsien Loong yang kini mengetuai parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) hanya memperoleh undi kurang kurang 60 peratus pada pilihan raya umum tahun ini, keputusan paling buruk dalam sejarah negara itu.

TERKINI !!! Nik Aziz alaihissalam menghidap SAKIT KANSER???


Para pemimpin PAS Kelantan pada Khamis menafikan khabar angin yang menyatakan yang Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat kini sedang menderita sakit kanser dan oleh itu telah menamakan pengantinya.

Dakwaan tersebut yang khabarnya disiarkan oleh bloger Kickdefella, turut membuat andaianya bahawa Nik Aziz hanya akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Cempaka tetapi akan memberi laluan kepada tokoh lain untuk memerintah sekiranya Kelantan masih di bawah kepimpinan PAS selepas pilihan raya umum akan datang.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Aziz sebenarnya hanya mengalami masalah gastrik dan bukannnya sakit kerana kanser sebagaimana yang diandaikan oleh bloger berkenaan.

“Ia adalah satu dakwaan yang tidak masuk akal,” katanya sambil menambah, "Setakat apa yang kami semua tahu, Tuan Guru tidak mengalami sebarang komplikasi akibat kanser..."

Malah katanya, Nik Aziz tidak pernah pun membangkitkan soal penganti dalam mesyuarat dan pertemuan dengan kepimpinan PAS negeri.

Anak Nabi PAS lawan Ibrahim Ali di Pasir Mas..


KHABARNYA Pas Kelantan akan menurunkan Timbalan Ketua Pemuda Pas Nik Abdul Nik Abdul Aziz untuk merampas kerusi parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum nanti. Seakan pemilihan Abduh itu sudah muktamad, namanya ini rancak dijual di Pasir Mas. Sememangnya Abduh sudah layak untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat.

Sepatutnya Abduh bertanding dalam pilihan umum ke-12 lalu lagi. Ramai rakan sebaya dengannya dengan bergelar wakil rakyat. Tetapi kerana hubungan beliau dengan Pesuruhjaya Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai anak - ayah menyebabkan beliau dikecualikan dulu. Ayahnya tidak mahu kalau Nik Abduh ikut bertanding bagi mengelakkan dituduh sebagai kronisme.

Tetapi untuk pilihan raya kali ini tidak timbul soal kronisme lagi setelah Nik Aziz sendiri dikatakan sudah bersedia untuk mempersalinkan tugas sebagai wakil rakyat kepada anak lelakinya itu. Dalam keluarga Nik Aziz hanya Abduh yang menunjukkan minat mendalam dalam politik.

Persoalan di sini apakah pemilihan kerusi untuk Abduh itu sudah tepat dan selamat untuknya. Umum tahu kerusi Parlimen Pasir Mas bakal menjadi kerusi panas dan tumpuan dalam pilihan raya umum nanti. Kerusi itu kini disandang oleh Inchek Ibrahim Ali yang menang atas tikit Pas.

Inchek Ibrahim sudah pasti akan bertanding sekali lagi mempertahankan kerusinya itu. Buat masa ini belum pasti kali ini dia akan bertanding atas tikit apa. Tetapi dari maklumat dan juga cara Ibrahim bergerak kemungkinan dia akan cuba mendapat laluan dari BN. Kalau pun dia tidak pakai lambang BN dan menggunakan lambang bebas, tetapi dia berusaha dan membodek dengan seribu tektik agar BN menyokongnya.

Inchek Ibrahim benar-benar terdesak untuk mencipta sejarah kali ini. Pilihan raya ini saya kira terakhir buatnya. Kalau dia kalah, kekalahan itu merupakan penutupan liang lahad politik buatnya. Sebaliknya kalau dia menang mengesahkan bahawa Inchek Ibrahim seorang ahli politik Malaysia paling licit dan berjaya dalam tipu helahnya.

Sekiranya BN memberi laluan dan menyokong Inchek Ibrahim, ini menjadi tugas berat untuk Abduh. Pertandingan dua penjuru menjadikan kedudukan 50 : 50. Pertandingan satu lawan satu menyebabkan Pas kena bekerja keras. Lainlah kalau berlaku pertandingan tiga penjuru ia memberi advantage kepada Abduh untuk menang. Saya berani simpul tali kalau berlaku pertandingan tiga penjuru Abduh akan menang mudah kerana berlaku perpecah undi.

Ibrahim memang dikenali sebagai seorang yang boleh melakukan apa saja. Soal kewangan adalah perkara paling utama. Ibrahim sanggup menghabiskan seberapa banyak wang untuk menang. Walaupun ada sesetengah pengundi hanya mengambil wang tetapi tidak memberi undi tetapi sedikit sebanyak hemburan wang bakal menyusahkan Pas atau Abduh. Saya tidak fikir Abduh atau Pas akan dapat mengatasi perbelanjaan kewangan Ibrahim yang tentu banyak.

Lainlah kalau berlaku pertandingan tiga penjuru bebas, BN dan Pas. Keadaan ini memberi peluang besar kepada Abduh untuk menang. Di sini saya bukan memperkecilkan ketokohan yang ada kepada Abduh, mungkin saya tersalah duga. Abduh masih belum mampu untuk berdepan dengan Ibrahim secara satu lawan satu. Kehebatan Abduh di dalam politik pun masih belum terjuji lagi sedangkan Ibrahim sudah melalui berbagai ujian dan boleh melakukan apa juga sepak terang politik dan seorang ahli politik yang sangat berpengalaman.

Justeru sekiranya berlaku perlawanan dua penjuru, Pas harus meletakkan calon yang sama hebat dengan Ibrhaim. Atau calon yang berpengalaman dan sudah terbukti kehebatannya. Antara calon yang saya kira boleh diadukan untuk menentang Ibrahim ialah Husam Musa. Husam adalah Naib Presiden Pas dan juga dia Exco Kerajaan Kelantan serta seorang yang penuh tektikal.

Atau pun kalau tidak Husam Musa Pas oleh bawa Sallahuddin Ayub ke Pasir Mas. Sallahuddin juga Naib Presiden Pas yang mana ketrampilannya dalam politik sudah dikenali umum. Dengan perwatan yang serdahana seorang ahli politik yang mempamirkan daya intelektual adalah sesuai kalau Pas meletakkan Sallahuddin berhadapan dengan Ibrahim yang adakalanya macam joker politik.

Sebahagian besar pengundi Pasir Mas adalah pengundi yang berpengetahuan dan tahu menilai karisma seseorang. Di sini sesuai sangat kalau Sallahuddin dibawah ke Pasir Mas untuk dinilai oleh pengundi berpengetahuan atau pun pengundi bandar. Pencapaian Sallahuddin sebagai ahli Parlimen selama dua penggal cukup untuk berdepan dengan kerencaman politik Ibrahim itu. Keperluan meletakkan Sallahuddin di sini juga sekiranya Husam benar-benar mahu kembali ke Parlimen bertanding semula di Kubang Kerian.

Sementara Abduh boleh dipindah ke kerusi lain. Salah satu kerusi dikira selamat untuk Abduh ialah Parlimen Rantau Panjang. Kebetulan di Rantau Panjang bapak mertuanya Abdul Fatah Haron adalah sebagai Yang Dipertua Pas dan juga Adun di Bukit Tuku salah satu Dun dalam Rantau Panjang. Pengaruh bapa mertuanya boleh membantu untuk menguasai parlimen Rantau Panjang dengan mudah. Saya rasa Fatah tidak ada masalah untuk berorban membantu menantunya sendiri.

Manakala ahli Parlimen Rantau Panjang kini, Siti Zailah Yusuf boleh ditolak ke Dun Gual Periok. Ada orang mengatakan tidak sesuai Zailah bertanding di Dun kerana dia ialah Ketua Muslimat Pas Malaysia. Tidak timbul soal penurunan pangkat dengan bertanding di Dun. Zailah selepas ini boleh dinaiki pangkat dengan melantiknya sebagai Exco kalau Pas menang kelak.

Keperluan Zailah untuk bertanding di Dun Gual Periok ialah untuk menyelamatkan Dun berkenaan. Dun Gual Periok sama dengan Dun Bukit Tuku di mana kalau wakil rakyat kini terus diberikan peluang bertanding sekali lagi menyebabkan kedua-dua Dun itu akan terlepas ke tangan Umno. Pertukaran calon saja yang memungkinkan kedua Dun berkenaan menjadi milik Pas. Hendaknya analisa ringkas ini diambil kira oleh Pas Kelantan terutamanya Persuhjaya Tok Guru Nik Abdul Aziz. - MSO

UPDATE!! Empat ketul TAHI MANUSIA dihantar ke Pejabat Guan Eng !!!


Rakyat Pulau Pinang yang marah kepada DAP negeri, tengah hari tadi telah menyerahkan empat ketul 'tahi manusia' kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Jurucakapnya Mohamed Ghani Abd Jiman berkata, replika kek seakan 'tahi manusia' tersebut layak dihadiahkan kepada Lim Guan Eng sempena hari lahir Ketua Menteri Pulau Pinang, pada hari ini.

"Orang lain tak boleh bagi (hadiah 'tahi manusia'), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam 'pulau tahi'," ujarnya


Beliau turut menyifatkan Guan Eng sebagai 'pondan' kerana tidak bersemuka dengannya walaupun diberitahu bahawa Guan Eng masih dalam lawatan rasmi di Taiwan.

Tidak cukup dengan itu katanya, 'tahi manusia' berkenaan ditaja oleh pemimpin DAP negeri sendiri yang didakwanya menentang Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Empat ('tahi manusia') ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis," sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri.


Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam reaksi spontan menganggap tindakan pembangkang itu menghina kakitangan kerajaan serta kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

"Jika berdendam dengan Ketua Menteri sekalipun, tidak perlulah sampai menghina kakitangan kerajaan sama ada Melayu atau bukan Melayu dengan memberi hadiah ('tahi manusia') sebegitu.

"Menerima hadiah bersifat peribadi pun bukan menjadi amalan Ketua Menteri Pulau Pinang, hadiah sebegitu ('tahi manusia') dia (Guan Eng) tak terima," ujar beliau.

[VIDEO] Ah Beng tak takut naik Kapal Selam.., Dia dah ada sijil mati..


Sebelum ni bukan main dia kutuk Kapal Selam Malaysia.. Tak boleh menyelamlah.., rosak lahh.., kapal sekenhen lahh.. Tapi sekarang ni dia pulak yang dah tak sabar-sabar nak naik Kapal Selam tu..

Memang betul-betul muka tampal kulit babi lah si Apek kiasu Penang ni.. Dah ludah, lepas tu jilat balik pulak.. Euuwwww.. Memang pengotor!!!

Sebenarnya, si apek kiasu kepala regim DAPigs Penang tu jeles bila Malaysia boleh beli Kapal Selam.. Dia marah sebab Uncle Lee di Singapork tu tak mampu buat macam Malaysia..

Sebab tu lah Ah Beng tu cuba buruk-burukkan pembelian Kapal Selam negara.. Sekarang ni, dia pulak yang terhegeh-hegeh nak naik.. Macam Haram!!

Nasrudin Tantawi suka aksi MAYA KARIN di RANJANG...


Kata Maya Karin : "Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar".

Bersyukur dan memuji Allah SWT kerana berjaya memaparkan elemen 'ranjang' dan 'mesra'? Apa kejadahnya yang telah terjadi ni beb?

Lagi Sekali.., PERLUKAH aksi Ranjang dilakonkan bagi menterjemahkan dan ditayangkan di dalam sebuah filem?

Dan yang lebih tak faham bila alasan yang diberi ianya penting untuk adalah untuk menghidupkan perjalanan sesebuah cerita.. ni cerita apa sebenarnya ????

Kalau sekadar nak tunjuk keintiman dan keromantikan suami isteri atau pasangan yang baru berkahwin, gua rasanya banyak lagi cara lain…, melainkan pengarah tersebut cukup bengap untuk mencari idea bagi menterjemahkannya, sedangkan aksi rogol pun boleh diterjemahkan dalam cara yang berbeza…

Yang pasti dan jelas dimata kita, semua ini adalah cara untuk menarik penonton… Memula si artis buat kenyataan betapa sukar dan malunya dia nak melakonkan aksi panas, ranjang atau SEX tersebut…

Lepas tu, dengan bangga pulak bersyukur bila menyudahkan aksi ranjang tu dengan alasan yang sama iaitu terpaksa kerana nak menghidupkan watak… Apalah punya blur..

So.., benda ni si Nasrudin Tantawi serta puak-puak gerombolan Pemuda PAS tu taknak buat demo ke? Dulu buat main lantang bila timbul isu filem Hantu Bonceng..

Jangan kerana Si Nasrudin minat kat Maya Karin, perkara ni dibiarkan lepas macam tu je.. Takkan nak double standart kot?

Masjid tak penting.., yang penting Markaz serta ceramah.. Mahsyukkkk!!!


Gua tak heran langsung bila PAS Kelantan mengaku hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Itupun katanya dibina daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat.., bukan guna duit kutipan ceramah atau guna duit songlap dari Tabung Memali tauu..

Habis tu, Masjid yang berlambak ada di Kelantan tu sapa pula yang bina? Ehhh.., lagi mau tanya ke? Dah sah-sah regim APCO iaitu UMNO/Barisan Nasional yang bina.

Pelik jugak ye.., kerajaan yang zalim serta tolak Islam macam UMNO/BN tu pulak yang sibuk bina masjid di Kelantan selama ni.., yang islamik macam PAS tu buat bodoh saja bila bab bina rumah Allah.

Habis tu PAS bina apa kalau tak sibuk bina Masjid? Bukan ke PAS selalu kata dorang perjuangkan Islam lebih dari UMNO?

Laaa..., tak nampak ke Markaz PAS yang bersepah-sepah merata kampung? Markaz tu digunakan sebagai tempat ceramah selain dari tempat mengumpul pahala bagi pengikut PAS.

Itulah perjuangan Islam PAS sambil-sambil dorang perjuangkan periuk nasik pemimpin dorang. Sapa nak tanggung makan minum setiap penceramah PAS kalau tak kutip derma masa ceramah beb..

Sebab tu kena buat ceramah selalu sambil jual agama.. Selit lah sikit ayat maki hamun serta carut marut untuk tarik crowd.. Dan tak lupa bohong sikit-sikit untuk tambah kutipan kantung derma..

Mahsyuk beb.. Kalau tak mahsyuk.., takkan lah Bob Lokman sanggup join PAS jadi penceramah tak bertauliah..

So.., semua senario di Kelantan tu jelas menunjukkan pada gua, bahawa PAS tak anggap pun pembinaan Masjid tu penting.. Pembinaan Markaz tempat dorang berceramah sambil mengutip ufti tu lebih utama.

Gua ingat lagi, puak-puak PAS selalu kata.., buat apa Masjid lawa-lawa tapi tak ada jemaah.., tapi dorang tak sedar satu perkara.. Kalau tak ada Masjid yang selesa, macam mana umat Islam nak beribadah dengan aman?

Lagipun, dah jadi tanggung jawab pemimpin Islam untuk bina tempat beribadat bagi rakyatnya.. Nak guna atau tak tempat beribadat tu, korang punya pasal lahh...

Dan bukan ke Masjid tu lambang agama Islam di sesebuah negara. Lainlah macam di Kelantan, kerajaan PAS lebih bangga dengan Tokong Buddha daripada bangga dengan rumah Allah.

Tak percaya sila tanya "Nabi" PAS di Pulau Melaka.. Mesti dia setuju dengan gua..

AMARAN kepada Mahasiswa/Mahasiswi di IPT.. Kalau tak nak belajar, sila BERHENTI !!!


Gua sedih bila tengok 50 orang wakil mahasiswa mengadakan demonstrasi kelmarin di Putrajaya bagi menyatakan bantahan terhadap akta perhimpunan aman yang diluluskan di Parlimen.

Kalau lah mak bapak dorang tahu bahawa anak-anak dorang lebih utamakan berdemonstrasi dari belajar, maunya hancur luluh harapan yang terpendam sekian lama.

Bagi gua, semua 50 orang yang datang berdemo tu sebenarnya patut sedar.., tunaikan harapan ibubapa itu lebih penting dari berpolitik.. Tumpukan pelajaran tu lebih penting dari berdemo.

Inilah mentaliti serta trend pelajar melayu yang terpengaruh dengan ideologi racun politik pembangkang.. Disaat anak cina dan anak india maju, anak melayu masih harapkan bantuan kerajaan sebab terlampau sibuk berpolitik dari belajar..


Bijak sangat ke mahasiswa/mahasiswi melayu ni bila pegang sepanduk lepas tu memekik terlolong di depan Putrajaya tu?

Gua rasa, kalau dorang duduk bilik sambil baca buku lagi banyak faedahnya.. Dan kalau dah merenyam meroyan gatal seluruh badan nak masuk politik sangat, tunggu la abis belajar dulu beb..

Biarlah mak bapak dapat tengok dan rasa hasil penat lelah dorang susah payah hantar anak-anak belajar.., and then, politiklah sampai mampus.. Sapa pun tak kisah dah masa tu..

Dan pada masa tu nanti, kalau mahasiswa/mahasiswi tu berkenan sangat dengan Anwar.., minat sangat dengan Mat Sabu.., atau taksub sangat dengan kafir Ambiga tu.., lantak korang lahh.. Berdemo lah tiga hari tiga malam sekalipun..., gua tak peduli baii...

Tapi buat masa sekarang, belajar lah seperti yang diamanahkan. Muda-muda dah tak amanah, dah tua sikit pecah amanah..

Dah kalau tak nak belajar sangat sebab syok berdemo..., hantar surat berhenti. Ramai lagi diluar sana tu yang nak masuk belajar..

Jangan habiskan duit pembayar cukai di Malaysia ni untuk bela kaldai-kaldai yang bertopengkan mahasiswa/mahasiswi di Pusat Pengajian Tinggi negara !!!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online