BREAKING NEWS

Musim artis gila bola : Neelofa ada hubungan dengan Nazmi Faiz?


Ada gossip yang panas berlegar dalam industri hiburan yang mengatakan Neelofa kini sedang didalam sessi berkenalan sebelum serius dengan seorang pemain bola sepak malaysia.

Khabarnya, Neelofa semakin intim dengan Nazmi Faiz atau lebih dikenali dengan gelaran Kaka Malaysia.

Ketika ditanya, Neelofa lantas menafikan yang beliau punyai apa apa hubungan dengan mana mana pemain bola sepak.

“Saya pun tidak tahu bagaimana kisah ini boleh keluar — saya tidak kenal mana mana pemain bola sepak Malaysia. Tentang Nazmi Faiz pun, saya bertanya kepada mereka di Twitter”

“Salah satu sebab mungkin kerana niat saya untuk belanja makan malam skuad Harimau Muda kita yang terpaksa di’batalkan atas sebab sebab tertentu,” ujar Neelofa.


p/s: Gua pun nak main bolasepak jugak lah kalau macam ni.. Untung-untung LisaSurihani ngorat gua nanti.. Hahahahaha...

TERBARU !!! Azmin Ali ketakutan bila disiasat oleh Polis Johor..


Korang ingat lagi tak ucapan Azmin Ali pada Kongres Kebangsaan PKR di Johor 2 minggu lepas? Azmin ada kata yang dia nak robohkan penjara kalau Anwar ditangkap dalam kes liwatnya..

Mungkin itu adalah bukti kasih sayang Azmin pada Anwar.. Dan Azmin mahu dunia tahu bahawa dia sanggup menghadapi apa saja demi Anwar Ibrahim..

Oleh kerana hebatnya kasih sayang Azmin yang nak runtuhkan penjara tu, hari ni dia telah dipanggil untuk beri keterangan pada pihak Polis Johor..

Perkara ni disahkan sendiri oleh Pegawai Khas Azmin bahawa ada Pegawai Polis dari Ibupejabat Kontijen Johor telah menghubungi ahli Parlimen Gombak tersebut.

Dan jika Azmin tak dapat hadir untuk beri keterangan, waran tangkap akan dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Bagi gua, apa yang Azmin buat tu adalah kerja gila. Anwar punya pasal, dia sanggup nak runtuhkan penjara. Entah apalah jasa Anwar pada dia sampai macam tu sekali sayangnya pada Anwar yee..?

Apapun, padan dengan muka Azmin.. Kerana mulut, badan binasa.. Kerana sayangkan Anwar, diri merana..

Kesian sungguh masyarakat di Gombak sebab dapat ahli Parlimen yang kurang cerdik. Dan bertuah sungguh Anwar sebab dapat balaci yang setia macam Azmin..

Kalau penjara pun sanggup Azmin nak runtuhkan, tak heranlah kalau benda pelik yang lain pun dia sanggup buat demi Anwar.. Hehehehe..

BREAKING NEWS !!! Anwar mahu bertanding di PUTRAJAYA... Kah kah kahh...


Gua terbaca dalam satu portal pro Pakatan Haram, yang mendesak supaya Anwar bertanding di Putrajaya untuk memudahkan Pakatan tawan Malaysia..

Gua tak tahulah sama ada dorang tu tolol.., bangang.., ataupun sengaja dorang nak matikan karier politik Anwar bila suruh Raja Porno tu bertanding di situ..

Tapi yang pastinya.., jangankan kata Putrajaya.., kalau Anwar bertanding di Kelantan sekalipun, dia akan kalah beb.. Rakyat dah tak heran dengan Anwar tu sekarang ni.. Cuma pencacai Pakatan je yang gila dok puja dia..

So.., kat bawah ni gua copy&paste kandungan portal tu untuk tatapan korang.. Memang best kalau baca sambil pekena kopi dan cekodok pisang.. Layannnn....


Putrajaya mungkin hanya mimpi bagi PR hari ini, tetapi hakikatnya mimpi ini semakin hampir menjadi realiti.

Untuk mempercepatkan proses menawan Putrajaya, adalah lebih elok jika kerusi PR di Putrajaya diberikan kepada calon yang berpengaruh besar. Lebih afdal lagi jika calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PR sendiri iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kerusi Putrajaya kini disandang oleh Tengku Adnan setelah menewaskan Mohd Noor Bin Mohamad dari PAS dalam PRU 2008. Tengku Adnan diketahui sebagai seorang yang tidak begitu ‘bersih’ di dalam UMNO. Penglibatannya dalam beberapa syarikat korporat sering dipersoal di bawah amalan kronisme di dalam UMNO.

Malah diberitakan segala rahsia Tengku Adnan berada dalam kocek Dato’ Seri Anwar. Oleh yang demikian, bukan sukar untuk Dato’ Seri Anwar menumbangkan Tengku Adnan di Putrajaya.

Walaupun ramai menganggap Putrajaya adalah milik kekal BN memandangkan wilayah tersebut menempatkan majoriti pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, tetapi kita yakin yang PR mampu membuktikan bahawa tanggapan ini salah.

Bukan rahsia bahawa ramai pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan menyokong PR secara senyap-senyap. Malahan, kenyataan DAP untuk mengurangkan kakitangan awam jika PR berkuasa tidak menjejaskan apa-apa kerana umum percaya ia hanyalah kenyataan politik, retorik dan tidak membawa makna kerana ia tidak mungkin berlaku bersandarkan undang-undang buruh di Malaysia.

Justeru, PR perlu buktikan bahawa keyakinan yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Anwar bukanlah kenyataan politik untuk menyedapkan hati penyokong-penyokong semata-mata. Untuk itu, Dato’ Seri Anwar wajar tunjukkan yang beliau cukup yakin untuk bertanding dan mampu menang walaupun di luar kubu kuat PKR.

Strategi meletakkan Dato’ Seri Anwar sebagai calon di Putrajaya ini dipercayai akan menjadi jalan pintas bagi PR untuk menguasai Malaysia.

Ia juga akan dapat meningkatkan moral dan semangat ahli-ahli parti dan membuka mata rakyat bahawa PR bukan hanya wujud sekadar untuk memeriahkan politik Malaysia tetapi benar-benar serius untuk memikul tanggungjawab membawa Malaysia ke era baru.

2 akhbar cina FITNAH mamak di Penang..


Di Malaysia sekarang ni, ramai geng Pakatan Haram tuduh Utusan Malaysia sebagai akhbar fitnah. Tapi sedar tak sedar, sebenarnya yang kaki fitnah tu adalah akhbar milik pembangkang khususnya akhbar cina..

Biasalahhh.., kalau tak fitnah, macam mana nak laku akhbar dorang kannn...

Buktinya.., hari ini Timbalan Pengerusi UMNO Negeri P.Pinang, Dato Musa Sheikh Fadzir dah mengamuk sakan bila ucapan beliau masa perhimpunan agung UMNO hari tu di putarbelitkan oleh Kwong Wah Yit Poh dan juga Guan Ming Daily..

Akhbar cina tu mendakwa bahawa Tok Musa buat kenyataan menggesa UMNO meminggirkan parti yang kalah untuk dicalonkan bertanding di PRU13..

Akibat dari tindakan dua akhbar kiasu tu, timbul perasaan tak senang hati dikalangan komponen BN P.Pinang terhadap Tok Musa..

Sebab itulah Timbalan Pengerusi UMNO negeri ni mendesak agar dua akhbar kiasu terbabit mohon maaf serta tarik balik artikel fitnah tu dalam masa 7 hari..

Kalau dorang degil juga.., confirm UMNO P.Pinang akan failkan SAMAN!! Ingat geng-geng Pakatan je yang tahu saman ke? UMNO pun dah pandai saman sekarang ni tauu..

Dibawah ni adalah rakaman PC yang dibuat oleh Tok Musa di bangunan UMNO P.Pinang.. Terima kasih pada Dr MIM yang tolong rekodkan video ni..

Pihak Istana lebih sayangkan Hasan Ali dari Khalid Ibrahim..


Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin pernah bertitah bahawa baginda tak mahu orang melayu dan orang-orang Islam berpecah didalam negeri Selangor..

Tapi ayat baginda telah dipolitikkan oleh puak-puak Pakatan dengan menuduh baginda mencampuri urusan politik dinegeri tersebut..

Apa nak hairan kann.., puak-puak Pakatan tu mana lah tahu nak hormat Sultan. Kalau yang ada darah melayu pun tak reti nak hormat, tambahlah yang memang sah kafir dalam Pakatan.

Di Selangor, orang yang paling layak untuk menyatukan orang Islam PAS dan UMNO hanyalah Hasan Ali. Ini kerana, gua berpendapat Hasan Ali merupakan orang yang paling banyak tahu rahsia Pakatan di negeri tu..

Disebabkan banyak yang Hasan Ali tahu lah, dia disingkirkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS negeri.. Dan disebabkan hal ni juga lah, Hasan Ali "dipulaukan" oleh pemimpin-pemimpin Pakatan khususnya PAS sendiri..

Kita ambil contoh isu gereja di Damansara yang ada agenda memurtadkan orang Islam di Selangor.. Kalau tak kerana Hasan Ali, isu ni tak akan ada sesapa pun tahu..

Mana perginya Khalid Samad? Mana perginya Dr Rani? Semuanya takut nak bersuara kecuali Hasan Ali..

Kalau nak diikutkan akademik, Hasan ali bukan calang-calang orang beb.. Dia adalah lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat dan memiliki ilmu agama yang tinggi juga selain dari Pakar motivasi..

Tak heranlah kalau baginda Sultan Selangor pun cukup senang dengan Hasan Ali.. Dan gua dikhabarkan, hanya Hasan Ali seorang saja Exco Kerajaan negeri yang akan dianugerahkan pingat kebesaran pada minggu depan..

Katanya, Hasan Ali akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor.. Kalau betul lah cerita ni, nampak sangat pihak Istana dah benci dengan kerajaan Pakatan di Selangor kecuali Hasan Ali..

Persoalannya yang kita kena fikirkan, kenapa hanya Hasan Ali sorang je yang dapat anugerah dari Istana? Mana Exco-exco melayu Selangor yang lain terutamanya Khalid Ibrahim?

Ini buktinya bahawa pihak Istana mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh Hasan Ali dalam mempertahankan Islam serta mahu Hasan Ali menyatupadukan umat Islam dan melayu di negeri tu..

Marah lagi puak-puak Pakatan kepada Hasan Ali lepas ni nampaknya...

Mufti Kelantan bakal dipecat oleh Nabi PAS ???


Gua terbaca berita pasal komen wakil-wakil PAS Kelantan didalam Harakah tentang isu Nik Aziz diangkat menjadi Nabi oleh sorang penceramah PAS..

Ada ke patut.., dorang semua salahkan UMNO kononnya telah spin kenyataan penceramah PAS tersebut.. Memang mangkuk hayun betul lah puak-puak PAS tu kann..

Dah terang-terang penceramah PAS tu mengaku Nik Aziz sebagai Nabi.., siap dengan bukti video lagi.., tapi still dorang nak tuduh UMNO fitnah Tok Guru dorang.. Apalah punya bangang!

Lagi satu, kalau semalam Mufti Perak suruh pengikut PAS yang samakan Nik Aziz dengan Nabi supaya bertaubat.., sekarang ni Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pulak bercakap perkara yang sama..

Gua rasa, lepas ni puak-puak PAS Kelantan yang jumud tu mesti akan pecat Mufti Kelantan ni kerana hina Nabi dorang.. Confirm!!

Penceramah Pas, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' perlu bertaubat kerana menyamakan golongan ulama dan Musyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan nabi.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tidak ada manusia yang boleh menyamakan manusia lain dengan nabi kerana nabi itu seorang yang maksum dan sempurna sifatnya.

Beliau menjelaskan, maksud hadis 'ulama pewaris nabi' sebenarnya merujuk kepada tugas dan peranan para nabi yang diwarisi oleh golongan ulama dalam menyampaikan dakwah.

"Nabi mewarisi akhlak baik, ulama kena tiru. Kalau nabi jalankan seruan dakwah, ulama kena teruskan gerakan dakwah, tapi dia tak boleh disamakan, salah dari segi akidah. Nabi itu dilantik Tuhan.

"Nabi tidak mewarisi harta dia tinggal ilmu, ulama mewarisi ilmu. Masyarakat kena faham akan maksud ulama pewaris nabi, iaitu ulama mewarisi al-Quran dan sunnah. Tugas ulama melaksanakan ajaran al-Quran dan sunnah.

"Tak boleh samakan ulama dengan nabi, ini boleh timbulkan krisis akidah dan kena bertaubat. Orang yang buat salah kena bertaubat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kerana Anwar.., rakyat Malaysia ditangga ketiga indeks CURANG dunia!!


Ni semua Anwar lah yang punya pasal.. Gua rasa Anwar dah jadi idol kepada 33 peratus lelaki Malaysia untuk curang kepada pasangan masing-masing..

Terbukti Anwar dan skandal seks chinadoll nya telah memberikan kesan buruk kepada pasangan yang berkahwin di negara ini..

Itu belum Anwar jadi PM.., cuba korang bayangkan jika Anwar ditakdirkan menjawat jawatan Perdana Menteri ke 7 nanti.. Mesti Malaysia terus naik ke tangga pertama indeks curang dunia..


Rakyat Malaysia di tangga ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia seperti yang dilaporkan oleh China Press.

Menurut tinjauan yang dilakukan, 33% lelaki-lelaki Malaysia mengaku bahawa mereka tidak jujur kepada pasangan-pasangan mereka. Negara Thailand pula 54% di tempat pertama diikuti oleh Korea Selatan dengan peratusan 34%.

Russia dan Hong Kong di tangga ke empat dan kelima dengan peratusan masing-masing 32% dan 29%.

Sebilangan 39% wanita di Malaysia juga mengaku bahawa mereka pernah mengkhianati pasangan. Dua negara di tangga teratas pula ialah Nigeria 62% dan Thailand 59%.

Wanita Russia di tangga ke empat paling suka berlaku curang di dunia sementara Singapura di tangga ke lima.

Tinjauan itu dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar kondom, Durex berdasarkan tinjauan terhadap 29,000 orang di 36 buah negara seluruh dunia.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa secara purata, lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup mereka manakala Hong Kong dan Singapura di tangga teratas dengan jumlah 16 orang pasangan seks sepanjang hidup data ini adalah yang tertinggi di Asia.

Mufti Harussani suruh pengikut Nabi PAS bertaubat!!!


Disaat Nik Aziz mengambil jalan mudah dengan tak mahu bertanggung jawab didalam isu penceramah PAS yang melabelkannya sebagai Nabi, isu tersebut semakin hangat diperkatakan dikalangan ilmuan Islam dalam negara..

Hari ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan bahawa mana-mana umat Islam yang membuat pengakuan bahawa ulama adalah nabi, wajib bertaubat dan perlu melafaz semula dua kalimah syahadah.

Ini berikutan ada seorang penceramah PAS yang sudah berani mengangkat martabat Nik Aziz sebagai Nabi kerana terlampau taksub dan memuja Mursyidul Am PAS tersebut.

Selain itu, menurut Mufti Perak, mereka yang bersetuju dengan pengakuan itu juga adalah berdosa besar kerana dianggap bersubahat.

Ini kerana, katanya, Allah menyatakan dengan jelas dalam al-Quran bahawa Nabi Muhammad SAW adalah penyudah segala nabi yang diturunkan sebelum baginda.

"Kalau sayang sangat kepada ulama, jangan sampai menyamakan dengan nabi kerana tiada sesiapa pun yang sempurna kecuali nabi. Jangan terlampau taksub kepada parti kerana ia boleh membawa kepada kesesatan," katanya.

Bagi gua, semua ini jelas menunjukkan yang PAS sudah semakin sesat apabila akidah pengikut-pengikut mereka dibiarkan terseleweng hanya kerana sikap taksub kepada pemimpin.

Inikah ajaran Islam yang Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin PAS ajarkan kepada pengikut mereka? Jika beginilah caranya, PAS kini sudah sama tarafnya dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat didalam negara.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online