BREAKING NEWS

Wanita senasib dengan Wan Azizah, gunting kemaluan suaminya..


Berani tak Wan Azizah ikut jejak langkah wanita ni yang cuba gunting kemaluan suaminya gara-gara melanggan pelacur?

Gua rasa, ini sajalah caranya untuk mengawal "manusia anugerah Tuhan" tu dari mengganas didalam dan luar negara..

Cakap tak dengar.., nasihat pun tak jalan..., last option.., potong je lahhhh..


Seorang wanita ditahan kerana cuba memotong kemaluan suaminya menggunakan gunting. Ia dipercayai kerana suaminya selalu curang semasa ketiadaannya.

Suaminya juga dipercayai kerap melanggan pelacur semasa bertugas di luar kawasan. Atas sebab itulah, wanita berkenaan hilang sabar dan cuba memotong kemaluan suaminya bagi menyekat kegiatan nakal tersebut.

Virginia Valdez, 67, ditahan atas tuduhan menyerang menggunakan senjata berbahaya, penderaan pasangan dan penganiayaan.

Polis di Palm Spring bagaimana pun membebaskan wanita itu setelah dia membayar ikat jamin 64,000 pound (RM314,110).

Sarjan Melissa Desmarais berkata, “Mangsa berusia 62 tahun menelefon dan membuat laporan isterinya cuba memotong kemaluannya dengan gunting menyebabkan dia cedera.”

“Mangsa menerima rawatan dan sudah dibenarkan keluar dari hospital,” katanya.

Rakyat ketakutan.., Tiga ekor anjing DAP mengganas di Puchong..


Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki yang bermain dengan basikal baru dihadiahkan bapanya bertukar tragedi apabila betis kirinya cedera teruk akibat diserang tiga ekor anjing di depan rumahnya di Taman Bukit Kinrara, di sini, semalam.

Akibat serangan itu, mangsa terpaksa dibedah berikutan daging di betisnya cedera teruk.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Adryn Muhammad, 9, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang bersama ibunya di kedai runcit di kawasan berhampiran.

Menceritakan kejadian itu, ibu mangsa, Asmah Alias, 36, berkata basikal itu dibeli untuk anak bongsu daripada tiga beradik itu oleh bapanya, Khamis lalu.

“Sebelum kejadian, Adryn dan saya pergi ke kedai di kawasan perumahan ini untuk membeli barangan dapur. Saya pergi menaiki motosikal manakala Adryn bertegas mengekori saya dengan menaiki basikal barunya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Asmah, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melihat tiga ekor anjing berhampiran kawasan kediamannya, menyebabkan dia berasa bimbang.

“Sebaik memberhentikan motosikal di laman rumah, saya mendengar jeritan Adryn meminta tolong.

“Saya bergegas semula ke depan rumah sebelum melihat beberapa jiran, termasuk seorang pengawal keselamatan, mengangkat anak saya yang berlumuran darah,” katanya yang memberitahu mereka juga menghalau anjing itu.
Asmah berkata, jiran dan Adryn memberitahu dia digigit dua daripada tiga anjing yang menyerangnya.

“Adryn memberitahu dua anjing itu menggigit betis kirinya ketika dia cuba melarikan diri. Adryn bernasib baik kerana beberapa jiran dan pengawal keselamatan yang menyaksikan kejadian itu segera membantunya,” katanya.

Katanya, selepas bertemu pemilik anjing berkenaan, dia bergegas membawa anaknya ke sebuah hospital swasta di Puchong, di sini, untuk rawatan susulan.

“Sehingga kini, doktor melakukan rawatan awal dan memberitahu keadaan Adryn stabil. Namun, akibat kecederaan serius pada betis kirinya, Adryn terpaksa menjalani pembedahan,” katanya sambil menambah, pembedahan dilakukan selewat-lewatnya jam 5 petang, semalam.

Asmah berkata, dia kecewa dengan sikap pemilik anjing terbabit yang tidak menjaga peliharaannya sehingga mencederakan Adryn.

“Saya berharap anjing berkenaan dibunuh bagi mengelakkan kejadian sama berulang kepada kanak-kanak lain,” katanya sambil mengakui, ini bukan kejadian pertama kanak-kanak dan penduduk diserang anjing.

Sehubungan itu, Asmah memberitahu dia akan membuat laporan di Balai Polis Puchong, di sini, selepas pembedahan anaknya selesai.

Bukti rakaman video tak diterima.., Mangsa rogol dihukum 200 sebatan..


Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang hanya dikenali sebagai Gadis Qatif (nama berdasarkan tempat kejadian) dijatuhi hukuman 90 sebatan, biarpun dia merupakan mangsa rogol bergilir-gilir tujuh lelaki.

Hukuman itu kemudiannya digandakan kepada 200 sebatan dengan enam bulan penjara atas dakwaan dia cuba mempengaruhi keputusan juri apabila tampil membuat pendedahan tentang pengalamannya kepada media.

Ketujuh-tujuh lelaki tersebut hanya dijatuhkan hukuman penjara antara dua hingga sembilan tahun atas dakwaan menculik.

Bekas teman lelakinya juga dijatuhkan hukuman 90 sebatan kerana berdua-duaan dengan Gadis Qatif di tempat terlindung.

Bagaimanapun pihak pendakwa gagal membuktikan Gadis Qatif dirogol setelah hakim mengabaikan bukti rakaman video dalam telefon bimbit penyerang.

Kisah hitam itu sebenarnya bermula apabila Gadis Qatif bertemu dengan bekas kekasihnya untuk meminta semula gambar yang pernah diberikan memandangkan dia sudah berkahwin dengan lelaki lain pada tahun 2006.

Beliau telah dirogol secara bergilir-gilir oleh 7 lelaki disebuah ladang kurma setelah diperdaya supaya mengikuti bekas kekasihnya bagi menyerahkan gambar tersebut.

Namun pihak mahkamah menolak kenyataan bahawa beliau dirogol kerana gagal menampilkan saksi yang mencukupi dan seterusnya gadis malang berkenaan dihukum sebat.

Namun, kenyataan terbukanya kepada media mengenai kejadian rogol yang menimpa dirinya telah menyelamatkannya dari dihukum..

Kes kontroversi ini telah ditenangkan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang bertindak mengampunkan Gadis Qatif.

So.., korang ingat lagi tak pasal kenyataan Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar, Gombak, pasal bukti video tak boleh pakai kerana ianya adalah besi..?

Alasan Hadi ialah, bukti video tak ada mata dan telinga..

Kalaulah PAS dan Pakatan memerintah negara, tak mustahil kejadian yang menimpa Gadis Qatif ni juga akan berlaku di Malaysia..

Mengikut otak selut puak-puak PAS.., bukti Qarinah langsung tak boleh pakai.. Maka kezaliman dan kekejaman akan berleluasalah di muka bumi ni kalau puak-puak tu dibenarkan pegang kuasa!

GEMPAR !!! Anak buah Khalid Samad ditangkap curi COLI di Shah Alam..


Seorang pemuda yang dipercayai penyokong kuat Khalid Samad telah ditahan oleh beberapa penduduk sekitar setelah kegiatannya mencuri baju dalam wanita terbongkar..

“Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya,” katanya.

Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.

WOW !!! Nik Aziz MENGAKU pengikut PAS memang lembu..


Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah.

Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan bahawa sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi'.

TERKINI !!! Nik Aziz diiktiraf NABI POLITIK pertama dalam dunia..


Baru-baru ni, seorang penceramah PAS, Shamsul Zaman Sukri telah menyamakan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz dengan Nabi sebagaimana didedahkan melalui rakaman video di Youtube.

Kalau korang tengok video tu, budak Shamsul Zaman tu secara jelas berkata.., “Nabi-nabi ini orang alim, orang alim ulama itu nabilah tapi bila kita kata Tok Guru Nik Aziz itu nabi, orang kata sesat pula ambo (saya). Orang kata sesat (sebab) kata Tok Guru Nik Aziz nabi.."

“Sebenarnya orang alim itu nabi dah. Ulama-ulama itu waris nabi dah, maknanya bila tidak ada nabi, dia (Nik Abdul Aziz) nabi dah.”


Sebenarnya, gua rasa penceramah PAS tu dah terlampau taksub pada Nik Aziz.. Dan dia juga nampaknya dah salah dalam memahami hadis yang berbunyi "ulama itu pewaris nabi".

Memang betul ulama itu adalah pewaris nabi, tetapi ia bukanlah bermakna ulama tu adalah nabi.. Ulama hanyalah mewarisi tugas kenabian untuk berdakwah kepada umat manusia, bukan mewarisi kenabian itu sendiri..

Dan juga.., ulama patut sedar dia mewarisi tugas seorang nabi untuk mengajak manusia tunduk kepada Allah.. Bukannya menggunakan kepandaiannya untuk berpolitik mengejar pangkat serta gelaran didunia..

Sabda Nabi SAW yang bermaksud... "Sesungguhnya tiada Nabi lagi selepasku.., yang ada selepas ini adalah Khalifah-Khalifah "

Puak-puak pengikut PAS patut sedar bahawa ulama itu bukan nabi kerana nabi dilantik oleh Allah swt sendiri.. Mana ada manusia boleh lantik Nabi beb..

Jangan ingat suka-suka hati mak bapak dorang boleh lantik seseorang tu sebagai Nabi hanya kerana dia berlakon warak dan berpakaian macam kaum arab..

Dan lagi satu, mana ada Nabi yang bertanding dalam pilihanraya..? Tapi Nik Aziz yang dikatakan jadi Nabi PAS tu merenyam dan kemaruk sungguh nak jadi calon walaupun umur dah makin senja..

Walaupun umur dia dah lebih 80 tahun, tapi hawa nafsu dia untuk kejar kuasa dan pangkat masih belum padam.. Itu ke yang nak dikatakan manusia bertaraf NABI??


Menari bogel depan keranda.., Guan Eng patut ambil ikhtibar..


Seorang lelaki telah membayar seorang penari tarian lucah supaya menari tarian tersebut pada upacara pemakaman ayahnya yang meninggal dalam usia 103 tahun.

Penari bogel terbabit menari di depan keranda ayahnya yang bernama Cai Jinlai selama sepuluh minit ketika upacara pengkebumian itu berlangsung di bandar Taizhong, Taiwan.

Lelaki terbabit, Cai Ruigong telah membayar penari bogel tersebut lebih dari 80 pound iaitu kira-kira RM363 untuk melakukan tarian erotik setelah kematian ayahnya.

Cai Ruigong mengatakan, dia telah berjanji akan menghantarkan ayah ke alam kubur dengan pertunjukan bogel, jika ayahnya mampu berusia lebih dari seratus tahun.

Ayah Cai Ruigong, Cai Jinlai meninggal dalam usia 103 tahun. Jinlai juga menjadi manusia tertua di Taizhong serta memiliki lebih dari 100 anak, cucu, dan cicit.

Anak lelakinya menceritakan bahawa ayahnya sangat terkenal di kawasan tempat tinggalnya sebagai seorang penggemar tarian bogel.

Korang jangan pelik bila baca cerita diatas.. Macam-macam perkara lagi yang boleh korang tengok jika korang tahu pasal pengkebumian masyarakat dorang tu..

Ada sesetengah tu, siap dengan replika Ferrari, patung pembantu rumah dan juga Rumah Banglo lagi.. Kononnya buat bekalan "disana" nanti..

Hakikatnya.., dalam kitab ada cakap.., kafir hanya dijadikan kayu api je dalam neraka.. Termasuklah khalifah pujaan PAS di Penang ni jika dia tak sempat terima hidayah sebelum mati..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online