BREAKING NEWS

TERKINI !!! Guan Eng dibelasah oleh seorang wanita di Tapak Parking kereta..


DAP menerima tamparan hebat hari ini apabila Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng dibelasah oleh seorang wanita berkenaan tapak Parking kereta di Bukit Bendera..

Semuanya berpunca dari kebodohan Setiausaha Agung DAP tersebut yang mahu meruntuhkan tapak parking kereta disitu dan mahu ianya dibina semula..

Tapak Parking yang dibina dengan kos sebanyak RM 5juta sebelum ini gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana rekaannya yang lemah.

Guan Eng langsung tak mahu bertanggungjawab biarpun dia merupakan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi yang bertanggungjawab menguruskan projek itu yang dibiayai kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan.

Itulah sebabnya Guan Eng tanpa segan silu dibelasah oleh wanita terbabit yang juga merupakan Menteri Perlancongan di negara ini..

Guan Eng yang masih dalam keadaan trauma dan bengkak-bengkak akibat dari kejadian tersebut, kini belum dapat memberikan sebarang kenyataan akhbar..

Tapi jawapan dari Ketua regim DAP itu telah bocor dikalangan wartawan media.. Macam biasa.., Guan Eng dijangka menyalahkan UMNO diatas segala apa yang terjadi..

Jangankan kata meruntuhkan tapak parking.., jika jamban tersumbat pun cina kiasu Penang tu akan salahkan UMNO juga.. Biasalahhhh..., jawapan standart puak-puak Haram Pakatan...

Bob Lokman TERKEDU.. Artis ni peluk Islam tanpa PAS..


Tak payah masuk PAS.. Tak payah berceramah maki hamun pemimpin kerajaan diatas pentas PAS seperti Bob Lokman.. Namun artis ini tetap menerima hidayah serta menerima Islam sebagai agama barunya..

Pelakon baru berketurunan Australia, Geofrey Perrin Williams atau nama Islamnya Jufri Rayyan Williams, 27, berasa lebih bertanggungjawab selepas memeluk Islam pada bulan lepas.

Dia pernah muncul dalam beberapa buah drama tempatan seperti Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyan dan Lilin Cinta.

Menurut pelakon yang selesa menggunakan nama Islamnya, Rayyan, tanggungjawabnya lebih besar memandangkan banyak perkara yang perlu diambil berat agar semua perkara yang dilakukan diterima oleh Allah.

“Saya sudah buka pintu yang tak pernah buka sebelum ini. Sebaik saya melangkah sekaki ke depan, saya rasa seperti sudah masuk ke dunia baru.

“Saya bersyukur kerana mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan merasa tenang walaupun tanggungjawab saya menjadi lebih besar selepas ini.

“Saya bimbang jika ada yang akan gelakkan saya kerana saya masih kekok untuk membaca al-Quran melainkan hanya tahu mengucap dua kalimah syahadan dan membaca Al-Fatihah,” katanya.


Bagaimanapun dia tidak malu untuk mendapat tunjuk ajar daripada abangnya, Nordin Abdullah yang telah lama memeluk Islam pada tahun 1992 dan bapa kepada kekasihnya, pramugari Air Asia X, Juiza.

“Saya masih belajar untuk solat melalui abang dan ayah kekasih saya. Selain itu, saya ada merujuk buku-buku agama seperti buku panduan solat untuk mualaf yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Setiap bulan, saya perlu melapor di Jawi untuk menilai sejauh mana progresif saya mendalami Islam,” katanya.

Jelas Rayyan, banyak perkara yang membuatkan dirinya nekad memeluk Islam.

“Saya memeluk Islam kerana banyak sebab. Pertama, saya menjadikan abang saya, Nordin yang telah lama memeluk Islam sebagai contoh. Walaupun saya mempunyai kekasih berketurunan Melayu dan beragama Islam, tetapi saya memeluk Islam bukan kerana dia.

“Setiap kali berlakon, saya selalu melakonkan watak mualaf dan semua itu membuatkan saya perlu membuat kajian untuk menghayati watak itu dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang Islam.

“Selain itu, saya mempunyai beberapa orang kawan iaitu Shahirah Alaiza yang menjadi kawan di pejabat lama dulu dan pelakon Adzriefaiz Azlan yang banyak berkongsi pengetahuan tentang Islam seperti kelebihan dan pantang larang orang Islam. Jadi, semua itu membuka mata saya,” jelasnya panjang lebar.

Mengenai reaksi keluarga setelah dia memeluk Islam, Rayyan agak bertuah kerana mempunyai ahli keluarga terutama ibu dan bapa yang memahami dan memberi sokongan kepada keputusannya itu.

“Ibu saya bertanyakan kepada saya sama ada saya akan berkahwin dengan kekasih saya dalam masa terdekat ini. Tetapi saya tak nak komen apa-apa lagi walaupun kami serius berkawan sejak lebih setahun lalu.

“Bagaimanapun, abang saya, Nordin dan kedua ibu bapa saya sangat gembira apabila saya memaklumkan berita ini,” ujarnya lagi.

Rayyan melafaz dua khalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang seminggu sebelum mendaftar dan sekali lagi melafaz dua kalimah syahadah di pejabat Jawi pada 30 November lalu.

Zuraidah Mak Lampir MARAH kat Juhi Chawla..


Ketua Wanita KEADILAN menyifatkan keengganan Datuk Seri Shahrizat Jalil menjawab isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) kerana takut menghadapi perkara sebenar.

“Dia (Shahrizat) hanya berani berkokok digelanggangnya sendiri dan perwatakan yang ditunjukkan sangat kolot dan dangkal. Ia langsung tidak menunjukkan perwatakan wanita Islam dan Menteri,” katanya pada keadilandaily.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, Shahrizat sepatutnya menjawab pendedahan penyelewengan duit rakyat dan bukannya berdalih dari isu pokok malah mengeluarkan kenyataan angkuh.

“Dia begitu angkuh dan tidak mengapa, lagi dia bising lagi dia kena. Tunggu ada lagi pendedahan kerana kita (KEADILAN) tidak meremehkan isu yang berkaitan duit rakyat,” tegasnya.

Tambah Zuraida bahawa KEADILAN juga tidak akan gentar sekiranya Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk bertindak menyaman parti di mahkamah kerana mempunyai bukti yang kukuh.

“Kalau dia nak saman, dia samanlah. Saya pasti dia tidak akan menang. Kita ada bukti dan sampai sekarang dia tak boleh jawab, dia hanya boleh jawab sewaktu perhimpunan Umno sahaja,”sindirnya.

A Samad Said ditangkap ketika kencing di KLCC..


Himpunan aman bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, A Samad Said bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC semalam dihalang oleh pihak polis.

A Samad yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad yang berucap sebelum memulakan bacaan puisi memberitahu negara ini sudah diselubungi kegelapan demokrasi.

"Perlaksanaan RUU ini jelas mengelapkan demokrasi negara dan kita tidak mahu ia berlaku, kerajaan perlu sedar hak rakyat bukannya menghalang kebebasan rakyat.

"Kita sebagai rakyat mahu berhimpun secara bebas bukannya dihalang mahupun dinafikan hak, kenapa ini perlu berlaku tidakkah kerajaan faham apa itu demokrasi dalam perlembagaan.

"Kembalikan hak rakyat jangan dicuri atau dicabuli kerana kita juga rakyat Malaysia, kerajaan perlu celik mata bukan buta mata dan buta hati," jelasnya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir perhimpunan itu juga berharap agar rakyat bangkit menuntut hak mereka.

"Hak berhimpun ini bukan sahaja tertumpu kepada parti-parti politik sahaja dan semua rakyat perlu mendapatkan hak mereka.

"RUU merampas sepenuhnya apa yang telah kita miliki selama ini, kenapa ia perlu kita lepaskan dan secara jelas kerajaan perlu sedar dan bangkit menentang jangan tidur.

"Saya desak agar pendengaran awam dilakukan terlebih dahulu, dengar apa yang rakyat hendak serta apa jua cadangan barulah kerajaan boleh menilaikannya apa sebenarnya diperlukan bukannya terus menikam hak rakyat.

"Jelas kerajaan mencabul kebebasan demokrasi negara serta merompak hak asasi perlembagaan negara ini," ucap Lim Kit Siang.

Sebelum itu, A.Samad Said sempat membaca beberapa buah puisi dan juga beberapa orang awam turut mengikut serta membaca puisi sebagai tanda sokongan sebelum pihak polis menghalang perhimpunan tersebut.

Anwar cari Chinadoll di Johor..


Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 akan memperlihatkan satu lagi kejutan buat UMNO-Barisan Nasional dengan gelombang perubahan itu dipercayai bermula dari pantai barat, kemudian ke bahagian tengah dan seterusnya akan merebak ke seluruh negeri Johor.

Keyakinan itu telah ditegaskan oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dengan katanya tinjauan beliau dalam beberapa siri ceramahnya sebelum ini seolah-olah membenarkan apa yang didakwa kerana kehadiran yang begitu ramai walaupun berada di tempat kubu kuat UMNO.

Malahan pula, kehadiran beliau disifatkan satu mala petaka buat UMNO ekoran pelbagai halangan yang dihadapinya dengan harapan ceramahnya gagal diadakan.

”Kat Rengit (sebelum ini). Ini (seperti) perang Iraq? FRU (halang) tak boleh pergi. Tapi sekarang saya tengok sambutan banyak tempat.

”Bermula pantai barat Johor (hingga) masuk ke (sebelah) tengah!” terangnya lagi.

Beliau menambah lagi dengan keyakinan yang tidak putus-putus berbekalkan sejarah negeri Johor ini, dimana kelahiran tokoh-tokoh besar adalah dari negeri tersebut sebagai analogi bahawa kemunculan perubahan itu bakal mengubah landskap politik tanah air.

”Johor tengah tenat (bagi UMNO) sekarang. Kita bagi kejutan. Johor adalah negeri untuk PRU ke13 dalam membantu buat kejutan sejarah dan ubah landskap politik negara kita.

”Kelahiran Sri Lanang, penulis sejarah Johor, Tok Haji, seorang tokoh besar dan ramai lagi kelahiran dari Johor. Saya yakin (akan berlaku kejutan),” ujar beliau lagi.


p/s: Habislah Johor kalau jatuh ke tangan Pakatan.. Johor akan jadi Hub Chinadoll kepada Nuar Berahim laa..

BERITA TERKINI !!!! Muhyidin JAHIL sebab HINA NABI..


Mat Sabu hari ni meluahkan rasa marahnya pada Muhyidin sebab TPM kata PAS langsung tak reti pasal konsep negara berkebajikan..

Mat Sabu menyifatkan kenyataan Muhyidin tu sebagai amat jahil dan langsung tak berasas kerana PAS memang terkenal dengan "kebajikannya" kepada rakyat terutama di Kelantan..

Mat Sabu juga mendakwa, PAS di Kelantan telah melakukan usaha-usaha kebajikan selama 21 tahun kepada rakyat negeri tersebut..

Dan sekarang ni, usaha-usaha kebajikan PAS telah mula dipraktikkan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Haram..

Sebab tu lah Mat Sabu kata Muhyidin JAHIL beb.. Nik Aziz pun tak jahil macam Muhyidin sebab Nik Aziz tu kan manusia paling mulia dalam PAS..

Korang nak tahu apa dia contoh kebajikan yang PAS dah buat selama 21 tahun di Kelantan? Mengikut penjelasan Mat Sabu, kebajikan PAS ialah memperkenalkan cuti 2 hari bagi kakitangan kerajaan di Kelantan..

Lepas tu, di Kelantan juga turut dilaksanakan skim takaful, bantuan kepada ibu tunggal dan lain-lain bantuan kepada rakyat, manakala segala urusan kerajaan dengan rakyat pula dipermudahkan," katanya.

Tapi bagi gua.., Mat Sabu lupa nak ceritakan pasal kebajikan terbesar yang PAS dah lakukan pada rakyat Kelantan..

Jangan buat-buat tak tahu yee bang Mat.., PAS Kelantan secara senyap-senyap dah wakafkan rumah di syurga sebagai ganti rumah buruk rakyat di Kelantan.., PAS Kelantan juga dah bagi pahala percuma kepada rakyat sebagai ganjaran untuk undi PAS..

PAS Kelantan juga dah janjikan air sungai bersih yang mengalir di Syurga sebagai ganti air E-Coli di Kelantan kepada rakyatnya dan juga PAS dah wujudkan seorang "Nabi" di negeri serambi mekah tu untuk membimbing rakyatnya..

Negeri lain mana ada semua tuu.. Itu yang Muhyidin tak tahu..

So.., sapa kata PAS tak tahu konsep berkebajikan..? Itu yang Muhyidin tak nampak beb.. Dan rakyat negeri lain mesti jeles dengan "kebajikan" yang rakyat Kelantan dapat dibawah pemerintahan PAS..

Jadi betullah apa yang Mat Sabu kata.., Muhyidin memang jahil sebab tak mengiktiraf parti kepimpinan Nik Aziz alaihissalam didalam memberi kebajikan.. Muhyidin dah dikira menghina kepimpinan NABI tu beb.. Berdosa tuuu... Hahahaha...

WOW !!! Bunkface buat lagu untuk Anwar Ibrahim..


Kerana perkataan “Reformasi”, RTM telah mengharamkan lagu berjudul ‘Panik’ daripada disiarkan di radio. Itulah yang berlaku baru-baru ini pada kumpulan Bunkface yang popular dengan lagu-lagu seperti ‘Situasi’ dan ‘Prom Queen’.

Menurut sebuah laman hiburan tempatan, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd. Baharum menafikan bahawa perkataan reformasi dalam lagu itu ditujukan buat pemimpin pembangkang..

“Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan ‘reformasi’.

Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik.

“Reformasi yang saya sebutkan dalam lagu Panik tidak ada kena mengena dengan Gerakan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Parti Politik Pembangkang,” katanya kepada media.

Keadaan ini turut menyebabkan Sam rasa mereka tidak dilayan dengan betul sedangkan lirik itu tidak merujuk pada mana-mana parti politik ataupun mempunyai unsur-unsur dalaman politik.

“Lirik-lirik tulisan saya adalah berdasarkan pengalaman hidup seharian yang saya lalui di mana saya mahu berkongsi dengan para peminat Bunkface. Jadi, adalah tidak adil apabila RTM dengan mudah mengharamkan sesebuah lagu seperti Panik,” ujarnya lagi.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online