BREAKING NEWS

[VIDEO PANASSS] Ayam KFC recycle dari TONG SAMPAH ?????


Melampau wehh !!! Ambik lebihan makanan dalam tong sampah untuk disajikan kepada pelanggan adalah satu perbuatan yang memang tak boleh diterima akal beb..

Gua tak tahu lah ni mana punya branch KFC.., tapi kalau ikut komen-komen di Youtube, kejadian ni dikatakan berlaku di Singapork..

Ini yang buat gua musykil.., bukan ke Singapork tu adalah negeri paling best kalau ikut KPI Nik Ajis? Takkan lah negara pilihan Nabi PAS tu mempunyai rakyat pengotor macam dalam video tu kann..

So korang cari sendirilah yee kat negara manakah kejadian recycle ayam tu berlaku..

Tapi memang sengal lah kann.. Kesian kat customer yang jadi mangsa ayam recycle dari tong sampah tu.. Ingatkan fresh, tapi rupanya made in rubbish bin.. Euwwww...

Malang sungguh pelanggan tu..., silap-silap haribulan.., boleh kena jangkitan bakteria E-Coli.. Sadis sungguh!!

Nurul Izzah CABAR Shahrizat lawan..


Hebat sungguh anak Papa ni.. Hari ni dia dah cabar Ketua Wanita UMNO supaya jangan lari dari bertanding di Lembah Pantai..

Katanya, kalau Shahrizat betul-betul berani.., sila berdepan dengannya one by one di kawasan tu pada PRU 13 nanti..

Bagi gua, Nurul Izzah ni bukan apa.., dia cuma kurang kasih sayang je akibat ditinggalkan Papa nya yang sibuk berpolitik.. Nak harapkan kasih sayang mak.., pun 2x5 jugak dengan Papa nya berpolitik 24 jam..

Sebab itu lah dia meroyan sakan cabar Shahrizat.. Mungkin itulah cara dia nak dapatkan perhatian dan juga kasih sayang yang hilang..

Lagi satu, bila sebut pasal Lembah Pantai.., gua heran juga sebab nama Nurul Izzah dah disenaraikan untuk bertanding di Permatang Pauh..

Jadi sapa yang lari sebenarnya ni? Lagipun, bukan Nurul Izzah tak tau yang masyarakat di Lembah Pantai hanya tunggu masa saja di PRU nanti untuk tumbangkan dia..

Nurul Izzah dah memang terkenal sebagai Ahli Parlimen yang makan gaji buta sebab langsung tak turun kawasan.. Samalah dengan Papa dia di Permatang Pauh..

So..., macam biasalah.. Seluruh negara dah tau pasal perangai anak beranak family Anwar ni.. Gua mengaku yang dorang tu memang kuat.. Kuat kencing dan kuat kelentong !!!

Anwar marah bila dilabelkan anak DERHAKA di Penang.


Gua setuju dengan kenyataan dari Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Non..

Memang betul bahawa orang UMNO akan setia kepada parti tak kira apa sekalipun dugaan yang datang.. Orang UMNO jugak tak akan menolak parti dan tak akan beralih hati dari parti..

Yang keluar parti dan menderhaka kepada perjuangan UMNO hanyalah mereka-mereka yang kecewa dan juga tak dapat apa yang dihajati melalui parti UMNO..

Contoh yang paling dekat adalah Anwar Ibrahim.., nak jadi PM punya pasal, dia sanggup jadi anak derhaka kepada parti yang berjasa kepada seluruh keluarganya..

Tapi korang jangan silap faham, yang still berada didalam UMNO sekarang bukanlah bermakna dorang berpuas hati dan dapat keuntungan..

Dorang tu kekal dalam UMNO kerana dorang percaya UMNO mampu perjuangkan nasib agama Islam serta bangsa melayu keseluruhannya..

Fikir sendirilah beb.., PAS awal-awal dah cakap parti dorang hanya perjuangkan agama saja.., PKR pulak perjuangan hak samarata.. DAP tak payah ceritalah.., korang pun faham parti kiasu tu kann..

So.., kalau nak perjuangkan agama seiring dengan ketuanan bangsa melayu, mana ada pilihan lain beb kecuali UMNO? Ini hakikat yang ada di negara kita baii...

So..., gua rasa Tok Non adalah individu yang paling layak bercakap pasal kesetiaan orang-orang UMNO kepada parti.. Sebabnya, Tok Non tahu macam mana sakit dan susahnya apabila kehilangan negeri kepada DAP..

Tapi adakah Tok Non dan pemimpin-pemimpin Penang lainnya lari dari parti? Tak ada sorang pun yang gua nampak berubah hati..

Cuma ada lah sorang dua yang gua nampak slow sikit... Berkorban untuk parti pun liat.., tambah lah nak berkorban wang ringgit... Hehehehe...

Apapun.., gua selalu kata.., Penang sebenarnya kalah sebab sabotaj dari bekas-bekas ahli UMNO sendiri yang derhaka kepada parti.. Jadi tak susah untuk menang balik kalau UMNO betul-betul nak tumbangkan DAP..

Syabas Tok Non!! Kita akan tawan semula Penang di PRU13 nanti !!

Harakah hilang pembaca beb.. Layak buat balut kopok lekor jee...


Dalam senarai kaji selidik terbaru yang dibuat Alexa.com, ranking HarakahDaily menurun dan semakin kurang mendapat sambutan oleh masyarakat didunia siber.

Sebelum ni, gua perhatikan Harakah Daily tak pernah berada di kedudukan yang kurang dari ranking 60 menurut Alexa.com sepanjang masa pada tahun ini.

Bagaimanapun, keputusan terbaru menunjukkan kedudukan Harakah Daily menjunam ke tangga 84 dari senarai laman web yang mendapat kunjungan paling banyak di Malaysia.

Ni jauh bezanya berbanding dengan Utusan Online beb.. Utusan sekarang ni berada ditangga ke 25 dalam ranking Malaysia.

Maklumat dalaman yang gua perolehi dari rakan Pakatan, Harakah Daily kehilangan hampir 100,000 orang pengunjung setianya pada setiap hari. Mungkinkah dorang semua tu beralih membaca Utusan Online?

Semua ni menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia yang dah tak percaya pada portal pembangkang tu.. Berbanding dengan Utusan Online, Harakah Daily mana ada apa beb..

Sebab tu lah portal tu makin tak popular pasal dah ramai orang yang makin cerdik dan tak tertipu dengan tipudaya lidah rasmi PAS tu...

Soo..., kalau Harakah Daily yang free dalam internet tu pun dah semakin merudum, korang fikir sendirilah apa nasib paper Harakah yang dijual diluar sana.. Buat bungkus nasik lemak boleh laaa.. Hahahahaha...

TERKINI !!! Bob Lokman paksa pelakon Ahmad Busu masuk PAS..


Pelakon dan pelawak terkenal Ahmad Busu atau lebih dikenali dengan Mat Deris dalam sitcom komedi 'Pi Mai, Pi Mai Tang Tu' muncul dalam ceramah Pas sempena forum Maal Hijrah di Markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam malam tadi.

Beliau hadir bersama penceramah dan pendakwah bebas popular masa kini Bob Lokman yang jadi ahli panel dalam program yang bertajuk 'Apa Salah Kami' bersama profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang juga pensyarah UIA.

Ahmad Busu tidak berucap, hadir sebagai pemerhati dalam majlis tersebut. Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan mempelawa Ahmad Busu untuk sertai Pas. Bob selamba meminta ahli Pas yang hadir hulurkan borang keahlian Pas kepada Ahmad Busu.

Gua pun makin pelik.., Bob Lokman ni dah dilantik jadi agen tambah ahli dalam PAS ke? Bukan ke Bob Lokman ni dah bertaraf ulamak dalam PAS?

Lagi satu, mesti antara ayat-ayat power yang dijanjikan kepada Ahmad Busu ialah.., join PAS masuk syorga.., undi PAS dapat pahala.., dan paling latest..., dalam PAS ada NABI wooo....

Hebat sungguh Bob Lokman ni... Kalau dia jadi agen jualan MLM, mesti dia kaya macam AC Mizal...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online