Gerakan menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai seorang akauntan yang tidak tahu 'mengira' kerana masih berdegil untuk membina terowong dasar laut antara Pulau Pinang dan Butterworth walaupun kosnya tinggi.
Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, pembinaan terowong dasar laut itu sebenarnya tidak logik kerana ia akan membawa kesan-kesan tidak baik terhadap pembangunan negeri ini.
Jelasnya, pada masa sama, Guan Eng juga mengetahui bahawa kos pembinaan terowong dasar laut itu sebenarnya lebih mahal daripada pembinaan jambatan baru, tetapi beliau masih berdegil untuk melaksanakannya.
"Maka tindakan Guan Eng cukup jelas dilihat sebagai seorang akauntan yang tidak tahu mengira tetapi mahu membina jasa demi kepentingan diri memandangkan Jambatan Pulau Pinang pertama dan kedua dibina pada zaman bekas Ketua Menteri, Tun Dr. Lim Chong Eu dan saya.
"Beliau (Guan Eng) cuma mahu membina sesuatu (projek) gergasi bagi menandingi apa yang Chong Eu buat tanpa mengira akibatnya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mesra 1Malaysia Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam, di sini semalam.
Beliau mengulas pengumuman Guan Eng baru-baru ini untuk membina terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau Pinang ke Butterworth.
Dalam pada itu, Tsu Koon memberitahu cadangan pembinaan terowong dasar laut antara Pulau Pinang dan Butterworth itu sebenarnya bukan idea baru kerana pernah dibincangkan oleh BN sekitar 1990-an.
Bagaimanapun, katanya, pemimpin Gerakan pada masa itu membantah untuk membina terowong itu kerana ia adalah tidak logik dan akan mempengaruhi pembangunan Pulau Pinang.
"Ini kerana kami berpendapat terowong dasar laut akan menyebabkan kapal besar tidak dapat memasuki pelabuhan Pulau Pinang, sekali gus akan mempengaruhi urusniaga pelabuhan manakala penyelenggaraannya juga memakan kos yang tinggi," katanya.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan yang betul berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju seterusnya mencapai Wawasan 2020.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Najib telah berusaha keras untuk tujuan itu walaupun berhadapan keadaan sukar ekoran pelbagai masalah disebabkan mempunyai majoriti yang kecil di Parlimen.
Katanya, keadaan itu tidak seperti beliau dahulu yang boleh menangani masalah oleh pembangkang kerana mempunyai majoriti yang besar.
“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020, tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.
Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Dr. Mahathir mengulas ucapan Najib ketika merasmikan forum tersebut yang bertemakan Transformasi Politik, Ekonomi Dan Sosial Di Era Krisis Global dengan mengatakan era pentadbiran beliau begitu mencabar serta memerlukan perubahan besar.
Sehubungan itu tambah Najib, UMNO dan BN perlu memastikan parti itu dipilih semula oleh rakyat untuk terus memerintah.
Menurut Dr. Mahathir, perkembangan politik dalam UMNO kini lebih baik daripada 2008 kerana ketika itu ramai ahli parti mengundi pembangkang bukan kerana mereka tidak suka UMNO tetapi mereka tidak suka dengan pemimpin pada waktu itu.
Katanya, kerajaan telah melakukan yang terbaik supaya rakyatnya hidup lebih sempurna sejak negara merdeka, oleh itu tiada sebab untuk rakyat menentang kerajaan.
Selama ini Umno didakwa telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan.
Ia dikatakan sengaja dibuat dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.
Sebagai bukti menyokong dakwaan tersebut, Anwar Ibrahim mendedahkan Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’, kononnya telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka.
Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu.
Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, sewaktu Anwar Ibrahim menyampaikan ucapannya.
Anwar menjelaskan, menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno yang menyokong Keadilan.
Ahli Umno tersebut menyatakan ramai lagi ahli Umno yang sudah muak dan benci dengan Umno, tetapi terpaksa menunjukkan sokongan atas sebab-sebab tertentu.
Menurut Anwar Ibrahim lagi, buat sekarang ini buku panduan tersebut telah diserahkan kepada YB Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya.
- UtaraNews
Baru-baru ni Menteri Besar Selangor, Khalid gagap umumkan nak bagi Wifi free tahun depan, gaji minima RM 1500 dan juga air paip percuma..
Ramailah puak-puak Pakatan melompat sakan dengan janji-janji terbaru Khalid serta Pakatan di Selangor tu.. Banyak yang dijanjikan tu beb.. Senang lah rakyat Selangor lepas ni yee..
Tapi gua musykil satu perkara.., kalau janji lama belum selesai, buat apa war-warkan janji baru pulak? Habis yang janji lama tu sapa nak tunaikan? Takkan Najib dengan Muhyidin kena settlekan kot?
Khalid janji dulu nak kurangkan cukai pintu sebanyak 20%.., nak bagi hadiah RM1000 untuk pelajar-pelajar cemerlang dan hadiah khas RM2000 untuk pelajar-pelajar yang berjaya memasuki universiti..
Tu belum kira lagi Khalid janji untuk bagi bantuan kewangan kepada ibu mengandung, bantuan khas RM2500 untuk kematian dan juga bantuan kebajikan RM 100 kepada keluarga miskin..
So..., rakyat Selangor patut desak Khalid dan Pakatan haram tu tunaikan semua janji-janji dorang sebelum buat janji-janji baru..
Kalau janji lama pun tak mampu nak buat.., takkanlah dia mampu nak tunaikan janji baru..
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.