BREAKING NEWS

Samsul Iskandar dianggap Trojan Horse dalam PKR..


Ini adalah satu analisa mengenai ucapan Ketua AMK, Shamsul Iskandar yang mencabar UMNO supaya meminda perlembagaan agar jawatan PM hanya disandang oleh orang Melayu..

Mungkin ia sesuatu yang sukar untuk dibayangkan, apabila Timbalan Presiden partinya datang dengan membawa "semangat zaman (zeitgeist)" dalam ucapan perasmiannya; malah dalam ucapan dasar dirinya memetik bekas Timbalan Presiden yang menekankan "keadilan untuk semua" sebagai prinsip perjuangan parti - namun akhirnya "Perdana Menteri untuk Melayu" pula yang menjadi tumpuan - dalam kongres sayap pemuda sesebuah parti yang mendakwa membawa politik baru dengan melaungkan "Keadilan Untuk Semua".


Untuk berlaku adil kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin, cabaran "pindaan perlembagaan untuk menjamin agar jawatan Perdana Menteri hanya disandang orang Melayu" - sememangnya dilontarkan dalam konteks di mana siri pengkhianatan UMNO terhadap Melayu disenaraikan. Seperti biasa, kenyataan sedemikian akan cuba dipertahankan sebagai "langkah percaturan politik", dan ia telah diakui secara tidak langsung oleh Shamsul sendiri dalam sidang media selepas itu, apabila mendakwa ianya sekadar "cabaran untuk UMNO". Bagi mereka yang masih mahu membela ketua AMK ini, mungkin hanya boleh memberikan alasan "barangkali pengolahannya kurang baik".

Sebelum kita pergi jauh kepada soal idealisme, biar kita kupas beberapa persoalan di sebalik kenyataan ini. Andaikan ini sebagai langkah percaturan politik untuk memerangkap UMNO, apakah ia strategi yang bijak?

Mati dua kali

Pertama, "cabaran sedemikian" semestinya menembak diri di depan komuniti bukan Melayu. Apa tidaknya, AMK mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang lebih bersifat "perkauman", dari kaca mata bukan Melayu. Padahal kebanyakan bukan Melayu akur dengan realiti politik bahawa PM disandang Melayu, cuma, apa perlunya "jaminan perlembagaan"? Pendirian Ketua Pemuda DAPSY Anthony Loke jelas, bahawa ini mungkin bukan masanya PM disandang bukan Melayu, tetapi cadangan untuk menyekat bukan Melayu melalui pindaan perlembagaan semestinya dilihat sebagai langkah undur ke belakang.

Mungkin dari perhitungan Shamsul (gambar kiri), seandainya UMNO tidak berbuat demikian, maka ia mampu membongkarkan kemunafikan UMNO di depan masyarakat Melayu, lantas Melayu sedar dan mengalihkan sokongannya dari UMNO. Jikalau inilah perkiraanya, maka ia jelas naif - kerana UMNO terkenal sebagai parti politik perkauman. Strateginya senang, seandainya UMNO membalas cabarannya dengan menawarkan agar ahli parlimen PKR atau PAS menyokong bersama agar pindaan ini dibuat, apa pula pendirian PKR, malah Pakatan Rakyat?

Di sini langkah percaturan politik Shamsul ini mematikan PKR untuk kali kedua, di depan Melayu - sungguhpun dua kali Shamsul terselamat dalam pemilihan sebagai Ketua AMK.

Masalah kepimpinan Shamsul

Ia mungkin boleh disifatkan sebagai "bodoh", dari segi strateginya. Padahalnya ia bukan kali pertama Shamsul Iskandar melakukan kesilapan sedemikian. AMK di bawah pimpinan Shamsul pernah mencadangkan "Kongres Anak Melayu" untuk membincangkan masalah Melayu, dalam kongres AMK pada Mei 2010. Tiada masalah untuk PKR membincangkan masalah Melayu, padahal ia lebih dilihat sebagai masalah "pengolahan" pada ketika itu, jikalau dibandingkan dengan kes hari ini.

Apa yang menjadi persoalannya - adakah kongres itu telah diadakan untuk meredakan kerisauan Melayu? Jika jawapannya ya, apakah pula hasilnya?

Di sini masalah pimpinan Shamsul Iskandar - prestasi, atau hasil kerja. Pernah beliau mendakwa mahu mengumpul 100 ribu tandatangan dari seluruh pelusuk Malaysia untuk membantah pembinaan Menara Warisan Merdeka, tatkala kehangatan suara bantahan dalam laman internet. Tepuk dada tanya selera, di manakah petisyen tersebut, yang dijanjikan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri?

Budaya bercakap besar (atau kosong) dan "hangat-hangat tahi ayam" ini yang menjurus kepada kelemahan AMK pada hari ini. Tiada prestasi yang terserlah untuk diserahkan. Ketika menggulung perbahasan pada hari ini, sekali lagi Shamsul mendesak, mengugut untuk turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, seandainya pilihan raya terus sarat dengan penipuan. Anak muda yang progresif tidak ada masalah dengan "jalan raya". Masalahnya cuma, sejauh manakah kemampuan AMK untuk mobilisasi demonstrasi jalanan, sedangkan lebih setengah kerusi dewan dikosongkan sebelum kongres melabuh tirai?

Hilang arah

Mungkin kegagalan untuk menunjukkan prestasi yang unggul menjejaskan keyakinannya, yang menjurus kepada situasi "serba tak kena". Ucapan meskipun bersemangat, tetapi berkerut-kerut dahi audiensnya. Apabila Shamsul melontar cabaran ini kepada UMNO, beliau seolah-olah lupa bahawa AMK adalah sayap pemuda untuk sebuah parti politik yang mahu mendepani zaman. Beliau bukan mencabar UMNO untuk mengambil selangkah ke depan - agar persaingan politik membawa kemajuan dalam pendemokrasian, sebaliknya cuba "memerangkap" musuh politiknya untuk berundur ke belakang. Sebagai kesudahannya, dirinya yang terperangkap.

Parti politik yang disuntik semangat zaman menggagaskan sesuatu yang progresif. Selama ini parti pembangkang meraih simpati, tidak dipersalahkan kerana golongan progresif memahami situasinya yang tercengkam dalam ruang bersuara yang sempit. Ideal yang progresif tidak diketengahkan, dikhuatiri bakal mengundang serangan UMNO, dan pembangkang tidak mempunyai saluran untuk menjelaskan pendirian atau pandangan mereka.

Namun simpati ini seolah-olah diambil kesempatan, sehingga mengeluarkan sesuatu yang konservatif, bercanggah dengan politik reformasi, malah semangat zaman! Seandainya situasi ini berlarutan, ia bakal membawa krisis identiti kepada AMK. Shamsul tidak perlu berteori atau memetik konsep canggih dalam ucapannya. Beliau hanya perlu menjawab, "Apakah yang membezakan antara AMK, dengan Dewan Pemuda PAS, DAPSY, dan Pemuda UMNO?" - Merdeka Review

A Samad Said patut cukur janggut dan rambutnya...


Penganjuran Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-lapan di kubu kuat Umno ini disifatkan sebagai simbolik jelas bahawa negeri itu bakal ditakluki Pakatan Rakyat menerusi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, jelas Sasterawan Negara, A.Samad Said.

"Saya merasa aneh juga kenapa kongres ini dilakukan di Johor, setelah itu saya mula memahami ia adalah langkah simbolik.

"Sedia maklum Johor adalah akar kepada Umno, kehadiran Pakatan Rakyat khususnya Keadilan (PKR) adalah untuk mencabut akar itu,"katanya.

A.Samad Said ketika ditemui TVSelangor sejurus selepas mendeklamasikan sajak pada majlis perasmian kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan di Pulai Springs Resort, disini hari ini.

Mengulas lanjut, A.Samad Said yang mesra dengan panggilan Pak Samad menzahirkan rasa senang hati diatas kesudian PKR menjemput dirinya.

A.Samad Said juga menyifatkan jolokan Sasterawan Rakyat yang diberikan oleh rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat keapdanya adalah satu penghargaan buat dirinya.

"Saya merasa senang, setidak-tidaknya saya dapat mengikuti apa yang sedang berkembangan pada hari ini, ini juga jelas adalah satu kesungguhan untuk terus bergerak dan melakukan pertukaran pemerintahan,"katanya.


p/s: Samad Said ni patut cukur saja janggut dan rambutnya.. Dah makin melalut gua tengok orang tua ni hari ke hari setelah dia sokong Pakatan..

VOKAL.., Bukan sekadar rupa.., di kongres PKR..


Salah seorang perwakilan Wanita PKR dari Kelantan diupah untuk menebalkan kulit muka yang berkedut untuk menyanyikan sebuah lagu “mempersendakan” isu ternakan lembu NFC..., kesian wanita itu!

Diberitakan ada dikalangan wartawan agak jelek dan muak dengan senario dalam dewan persidangan Wanita PKR kerana tidak menjadikan acara perbahasan untuk berhujah mengenai persiapan jentera mendepani PRU ke 13.

Aneh..! Kongres Tahunan Wanita PKR lebih gemar memfitnah Ketua Wanita UMNO... Yang berniaga dan menjadi pengusaha penternak lembu untuk menjana bekalan daging lembu adalah ahli keluarga Shahrizat, bukannya Ketua Wanita UMNO itu sendiri.

Lupakah wanita wanita PKR bahawa salah seorang saudara kandung kepada Menteri Besar Selangor merupakan Boss Besar syarikat tunggal menguruskan perniagaan pasir di Selangor..?? Sehingga berlobang lobang tanah di negeri itu akibat kerakusan rompakan pasir untuk memenuhkan kantong mereka...!!

Baca cerita penuh di blog MIK..

Bodohnya Sam Ketot niiii.....


Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0.

Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul.

NONEKatanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.

"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.

"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).

"Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.

NONESementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.

"Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.

Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya.


p/s: Sam Ketot dah buktikan perhimpunan HARAM Bersih adalah untuk kepentingan Anwar.. Bodoh sungguh puak-puak pencacai yang percaya Bersih tu adalah untuk ketelusan pilihanraya.. Hahahaha...

WAJIB TAHU !!! E-Coli dah lama ada di Penang..


Dalam berita 2-3 hari lepas ada melaporkan pasal bakteria E-Coli ditemui didalam air yang disalurkan kepada rakyat Kelantan..

Selain dari E-Coli, logam-logam berat juga ditemui didalam kandungan air paip tersebut dan ianya menyebabkan rakyat Kelantan berhadapan dengan risiko penyakit..

Itu cerita di Kelantan beb.. Tapi sedar tak sedar.., sebenarnya dah lama bakteria E-Coli ni ada di Penang..

Dulu masa BN perintah negeri, tak ada pulak masalah E-Coli ni.., tapi bila Khalifah Lim dan regim DAP mentadbir, ada pulak ditemui bakteria jenis ni di dalam negeri..

Yang specialnya, bakteria E-Coli di Penang bukanlah menyebabkan seseorang tu keracunan atau sakit perut beb.., tapi E-Coli di Penang ni boleh menyebabkan seseorang tu jadi gatal nak ramas benda di bawah Coli..

Itulah yang kena pada anak khalifah Lim.. Bakteria E-Coli punya pasal.., khalifah Lim terpaksa menghabiskan kos sebanyak RM200K untuk mengubati penyakit tersebut..

So.., E-Coli di Penang ni lagi bahaya dari E-Coli di Kelantan kannn... Mahal tu kos rawatan dia...

Nasib baik kena pada anak khalifah.., kalau kena pada anak orang kampung, mau jual tanah bendang jawabnya beb nak berubat... Hahahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online