BREAKING NEWS

Azmin Ali ada hati nak jadi MB Johor ?


Azmin Ali mendakwa terdapat cubaan untuk menggagalkan semua program ceramah penerangan isu semasa di Johor sepanjang Kongres PKR ke-8 berlangsung.

Azmin berkata sumber parti mendapat tahu yang Menteri Besar Tan Sri Abdul Ghani Othman mengarahkan semua pegawai kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan polis di Johor untuk mengambil tindakan tegas termasuk merampas peralatan ceramah dan menafikan semua permohonan permit.

Menurut Azmin, PKR merancang mengadakan 20 ceramah sepanjang tiga hari Kongres PKR yang bermula hari ini.

"Saya mendapat maklum-balas bahawa semua ceramah PKR yang diatur di 14 cabang seluruh negeri Johor telahpun diganggu oleh pihak berkuasa.

"Saya mendapat maklum-balas bahawa Menteri Besar sendiri telah memanggil semua pegawai dari pihak berkuasa tempatan untuk tidak membenarkan sebarang ruang kepada PKR untuk menganjurkan ceramah pada malam ini," kata Azmin di satu sidang akhbar seusai ucapan perasmian Kongres.

Sebelum ini, TV Selangor melaporkan satu tinjauan yang menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat berleluasa di kalangan pengundi muda dan golongan berpendapatan sederhana.

Dua kategori ini membentuk undi penentu di semua bandar-bandar utama seluruh negara, khususnya di bandaraya majmuk seperti Johor Bahru.

Azmin menegaskan kegelisahan Tan Sri Abdul Ghani Othman ini membuktikan Johor bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.

"Ini membuktikan bahawa mereka dalam keadaan ketakutan. Mereka tidak mahu rakyat mendapat maklumat daripada PKR melalui ceramah-ceramah ini. Bagi saya ini satu perkembangan yang baik," kata Azmin.

Anwar ditangkap ketika KENCING rakyat Indonesia..


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.

Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.

‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.

‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.

Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya.

Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis.

Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang.

Azmin sanggup CIUM BONTOT Anwar di Kongres PKR..


Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.

Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

"Kami anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah perdana menteri Malaysia yang ketujuh," katanya disambut tepukan kira-kira 1,500 orang perwakilan ketika menyampaikan dalam ucapan dasarnya di kongres PKR kelapan di Johor Bahru hari ini.


p/s: Hahahahahaha... Dulu nak bodek Anwar punya pasal, dikatakan mamat ni sanggup berkongsi bini.. Sekarang ni dia sanggup pulak kongsi diri demi jadikan Anwar sebagai PM..

Memang penjilat nombor wahid lah Azmin Ali ni kannn... Patutlah Anwar sayang banget dengan dia.. Baekk punya bodek tuuu... Anwar mesti tersenyum gembira... Hahahahaha...

Sultan dan Raja jadi kuda tunggangan UMNO? Biar betul Aziz Bari oiii...


Bila masa pulak Raja jadi kuda tunggangan UMNO? Suka-suka hati mak bapak dia saja Aziz Bari ni bercakap yee..

Kalau betullah Raja jadi tunggangan UMNO, dah lama kena buang negeri si Profesor tak sedar diri tu.. Silap-silap haribulan, kena lucut warganegara lagi..

So.., Aziz Bari jangan main sedap cakap jee... Profesor kangkung tu kena ingat pepatah orang tua.. Kerana mulut badan binasa nanti...

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan baginda berkaitan audit kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Aziz berkata, “saya tidak berniat melawan baginda.”

“Saya rasa DYMM Tuanku tahu saya telah banyak menulis mengenai peranan dan kuasa raja-raja selaku ketua negeri dan ketua agama.

“Nampaknya, ada pihak yang mahu memburukkan imej saya di hadapan Sultan,” kata Abdul Aziz dalam respons menerusi e-mel petang tadi.

“Saya menyeru para pegawai atau orang yang rapat dengan istana berhenti memberi nasihat yang salah kepada Sultan. Saya sanggup mengadap untuk memberi penjelasan. Saya bukan antiraja seperti yang digambarkan.

“Sebenarnya saya telah dipanggil oleh beberapa orang kerabat dan mereka menyokong kenyataan-kenyataan saya. Mereka kata teguran itu meskipun pahit perlu dibuat bagi menyelamatkan institusi raja dari ditunggangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan termasuk Umno,” kata Aziz lagi.

KEADILAN akan ganti UMNO selepas PRU13.., kata Azmin Ali.


Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, kepercayaan bahawa hanya Umno yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat sebenarnya hanya mitos lebih setengah abad.

“Hari ini, KEADILAN sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. KEADILAN akan menerajui Malaysia tanpa Umno.

“Sudah tiada lagi harapan rakyat yang boleh disandarkan kepada Umno. Tidak ada lagi alasan rasional yang boleh mempertahankan kerakusan serta pengkhianatan Umno kepada rakyat.

“Fitnah, angkuh, zalim dan rasuah menjadi sebahagian dari jasad dan roh Umno. Umno kini menjadi teras kepada teras politik gelap,” kata Azmin dalam ucapan dasarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Tambah Azmin, Kongres kali ini adalah persediaan KEADILAN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dengan menjadikan Johor sebagai kubu terakhir yang akan ditembusi, meskipun dimomokkan bahawa negeri ini adalah kubu Umno.

“KEADILAN dan Pakatan Rakyat telah membuktikan keunggulannya mentadbir beberapa buah negeri berteraskan disiplin dan amanah. Prinsip KEADILAN jelas, khazanah adalah hak rakyat dan bukannya kurniaan penguasa.

“KEADILAN sebagai parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat harus menggalas tanggungjawab dan harapan rakyat seluruhnya untuk mempunyai kehidupan baru yang jauh lebih baik,” tegas Azmin.


p/s: Keadilan nak jadi teraju di Malaysia? Habislah anak-anak muda jadi bahan santapan Anwar nanti.. Hahahaha...

Fakta yang puak-puak pembangang cuba spin mengenai NFC..


Tuduhan pertama - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.

Pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.

Jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.

Tuduhan kedua – harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.

Tuduhan itu berikutan kegagalan pembangkang memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.

Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal.

Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.

Tuduhan ketiga – rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC.

Diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.

Tuduhan keempat – NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.

Pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.

Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini.

Tuduhan kelima – dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.

NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC.

Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC.

Tuduhan keenam – pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.

Pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.

Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.

Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.

Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000.

Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.

Selain itu, hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.

Tuduhan ketujuh – dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.

Sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.

Selain itu, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.

Tuduhan kelapan – perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.

Setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.

Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet.

Tuduhan terakhir – Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.

NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.

Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya.

Bohong itu ciri2 munafik.., tapi kalau Nik Aziz bohong...?


"Jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok saya juga akan letak jawatan." Itu merupakan ungkapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau beria-ia mendesak Mahathir letak jawatan tetapi selepas hampir 10 tahun Mahathir berhenti Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan masih kekal di sini.

Apakah itu satu janji? Jika janji apakah hukumnya jika dimungkiri?. Hari ini, Nik Aziz yang sering uzur dan lanjut usia mengemumkan untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Daripada bertanding lebih baik, Nik Aziz berehat di rumah kerana sekarang dia tidak mampu untuk duduk lama dalam mesyuarat dan tidak mampu untuk berjalan jauh. Bagaimana seorang ketua membuat keputusan jika dia. sendiri tidak mampu untuk meninjau projek dan hadir dalam mesyuarat. Penyudahnya dia akan ditipu oleh orang harapan sendiri kerana tidak tahu hujung pangkal.

Contoh paling mudah bagaimana menantunya, Abdul Ariffahmi yang juga bekas CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menipu dalam projek Bazar Tok Guru sehingga Kerajaan Pas Kelantan mengalami kerugian RM50 juta. Itu wang rakyat, wang sebanyak itu boleh dibina 1,250 buah rumah untuk golongan miskin tegar (50 juta ÷ 40000).

Inilah akibatnya jika tubuh badan tidak sihat dan tidak mampu untuk mentadbir negeri.

Cukuplah, beri peluang kepada Husam Musa pula untuk mentadbir negeri ini. Sudah sampai masanya negeri ini ditadbir oleh orang muda yang lebih kreatif. Ingat kembali kata-kata dahulu, kalau ia satu janji, apakah tidak takut diri tergolong dalam golongan munafik. - KELATEKITO.NET

Edisi Malam Jumaat: Anwar kena belajar ilmu pengeras dengan SIFU ni..


Yang You-sin, Seorang lelaki Taiwan mampu melakukannya setelah mempelajari ’99 Kuasa Qigong’. Kuncinya adalah mengatur pernafasan, agar selaras dengan gerakan dan pemusatan kekuatan otot di seluruh tubuh serta di sekitar kemaluan.

Awalnya, beliau mempelajari teknik ini secara tidak sengaja. Bermula sekitar 10 tahun lalu, ia mengalami ngilu di sekitar kemaluan akibat bertahun-tahun bekerja sebagai buruh dan sakitnya ini tidak sembuh walaupun sudah mendapatkan ubat dari doktor.

Dia mencuba mempelajari teknik sukan pernafasan yang kurang lebih mirip seperti latihan kegel versi ekstrem. Caranya dengan mengikatkan beban berupa kepingan Logam ke alat kelaminnya, mengangkatnya perlahan lalu menahannya beberapa jam dalam keadaan tergantung.

Setelah beberapa lama berlatih, ngilu di kemaluannya mulai berkurang. Namun ia tidak berhenti berlatih, beliau terus menambah bilangan kepingan besi yang digantungkan, dari hari ke hari zakarnya bertambah kuat.

Menurut rekod tidak rasmi yang di catatnya sendiri, berat beban yang dapat diangkatnya sudah mencapai 230 kg dan menahannya sambil berdiri selama 30 saat.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online