BREAKING NEWS

GEMPAR !!! Air KOPI keluar melalui kepala paip di Kelantan..


Gila lah !! Ni first time gua tengok air kopi keluar dari kepala paip beb.. Sebelum ni, yang paling worst pun cuma air teh tarik je yang gua pernah nampak..

Kejadian tu berlaku semasa gua bertugas semasa Pilihanraya kecil Galas, Kelantan.. Betul beb.. Air dari paip rumah yang gua tumpang tu sebijik kaler dia macam teh tarik..

Tapi bila gua dapat video air kopi ni.., gua tak tahu nak cakap apa dah mengenai kerajaan PAS di Kelantan nun..

Kalau macam ni punya gaya air yang keluar dari paip di Kelantan, gua rasa bukan takat ada E-Coli beb.., taik pun ada nihh..

So.., kepada rakyat Kelantan sekalian.., sudah-sudah lah percaya kepada PAS khususnya Pok Nik Ajis tuuu... Tukar je lah "KEPALA PAIP KARAT" cap bulan tu kepada yang baru di PRU13 nanti..

Buang masa je harapkan syurga yang dia janjikan tu.. Air bersih pun dia tak boleh nak bagi, tambah pulak syurga di atas langit.. Puiiii....

PANAS!!! Video Parpukari kena tanduk lembu di NFC..


Dahsyat beb!! Walaupun blogger Parpukari tu berbadan tough ala-ala Salman Khan didalam filem Bodyguard, tetapi dia akhirnya tewas jugak apabila ditanduk lembu baka Brahman di ladang NFC Gemas hari tu..

Puncanya ialah, lembu-lembu kat situ silap faham akibat menyangka Parpukari adalah Rafizi Ramli.. Walaupun Parpukari lebih hensem dari Rafizi, tapi iras-iras tu tetap ada.. Tu pasal lah kena tanduk..

Apapun, itu adalah cerita semasa lawatan gua bersama Parpukari serta rakan-rakan di NFC... Korang kena tengok video kat bawah ni yang dihasilkan dan diedit oleh Master Ganu..

Gua yakin, Saifuddin Nasution mesti histeria punya bila dengar suara Parpukari yang bertukar jadi mamak Penang dalam video ni.. Memang superb !!!!


TERKINI !!! Wanita Keadilan Pmtg Pauh buat DEMONSTRASI isu RABA NENEN..


Tahniah gua ucapkan pada Wanita Keadilan Pmtg Pauh yang buat demonstrasi aman depan Balai Polis Kubang Semang, Penanti pagi tadi..

Dorang tu buat demo bagi membantah tindakan pecah amanah dan juga penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik..

Dan gua dikhabarkan, Wanita Keadilan akan lancarkan Kempen Anti Pecah Amanah di seluruh negara bagi menolak pemimpin politik yang salahguna kuasa..

Walaupun demo kali ni bertajuk "selamatkan NENEN lembu".., tapi lepas ni gua dapat tahu Wanita Keadilan akan buat pulak demo yang bertajuk "SELAMATKAN NENEN ANAK CINA"..

Korang faham-faham sendirilah yee NENEN siapa yang dimaksudkan tu.. Hahahahaha..




Tony Pua KANTOI menipu..


Dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kononnya susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana mengandungi lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan adalah tidak benar dan hanya bertujuan memutarbelitkan fakta semata-mata.

Hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan terhadap susu tersebut mendapati, kandungan produk itu tidak berbahaya kepada kesihatan dan kandungan vitamin A dalam produk susu itu adalah sebanyak 3240 I.U bagi setiap 100 gram. Ia tidak melebihi daripada had sebenar iaitu sebanyak 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008

“Mengikut peraturan kandungan susu rumusan bayi, had maksimum vitamin A yang dibenarkan ialah sebanyak 500 I.U,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, Tony mendakwa, kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 I.U bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan.

Jelas Tiong Lai, tindakan Setiausaha Publisiti DAP itu mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan ‘tumbesaran’ (growing formula) itu dengan peraturan susu rumusan bayi (infant formula).

Sementara itu, tambahnya, pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes minuman buah-buahan blackcurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

HOT!!! Wakil DAP HINA & HALAU mangsa kebakaran di Penang..


Hanya kerana bersuamikan seorang warga asing, Sarimah Packeer Mohd., 43, dan Fatimah Sharmin Abdullah, 30, dihina sebagai pengkhianat negara oleh seorang wakil rakyat dari DAP.

Menurut Sarimah, kata-kata kesat tersebut dilemparkan ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik meninjau serta menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran sederet rumah kedai termasuk premis milik mereka di Jalan Gurdwara di sini, kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Katanya, tuduhan ADUN berkenaan nyata amat mengguris perasaannya.

Jelas Sarimah, dia sedih dihina sedemikian kerana perkahwinan dengan suaminya, seorang warga Bangladesh kira-kira 15 tahun lalu mengikut undang-undang.

"Kenapa saya digelar pengkhianat negara? Adakah saya seorang komunis?

"Jika saya berkahwin dengan warga asing, itu hak saya. Suami saya ada dokumen perjalanan sah dan perkahwinan kami mengikut undang-undang," katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran di sini malam tadi.

Awal tahun ini, Wei Aik mencetuskan kontroversi semasa mengetuai 'operasi merampas barang' di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum yang disifatkan sebagai biadab dan tidak ubah seperti mafia.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu juga didakwa mengeluarkan ungkapan berunsur perkauman, iaitu 'tutup kedai, balik India' terhadap pekerja restoran berkenaan.

Sarimah menambah, dia dan Fatimah Sharmin tidak diberikan bantuan oleh Wei Aik kerana para pekerja mereka yang tinggal di bahagian belakang kedai tersebut dituduh sebagai punca berlaku kebakaran.

Ujar Sarimah lagi, dia kesal dituduh sedemikian kerana ia dibuat berdasarkan persepsi negatif tanpa bukti kukuh.

"Kami rakyat Pulau Pinang, sudah tentulah kami mengharapkan kerajaan negeri bantu tetapi ini yang kami dapat daripada mereka," katanya yang berniaga barangan lusuh di situ sejak lebih lima tahun lalu.

Fatimah Sharmin pula memberitahu, dia tidak tahu kenapa wakil rakyat tersebut membuat tuduhan liar sedemikian.

"Takkan kami begitu bodoh mahu membakar kedai sendiri? Kami berniaga ikut peraturan dan mematuhi syarat ditetapkan.

"Sebagai wakil kerajaan negeri, dia (Wei Aik) sepatutnya bersikap profesional. Dia kena periksa punca kebakaran, jangan suka-suka buat tuduhan," jelasnya.

Dia juga kesal kesal kerana Wei Aik menghalau suaminya dari lokasi kebakaran dan mengugut mereka berdua keluar dari negara ini.

Berikutan kecewa dan marah dengan apa yang berlaku, kedua-dua mereka membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini kira-kira pukul 10 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Tong Keong yang ditemui di lokasi kebakaran berkata, seseorang wakil rakyat perlu menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan bersikap adil.

"Kebakaran adalah kemalangan, bukan perkara suka-suka.

"Dia juga perlu bertanggungjawab, tidak boleh tuduh orang lain sebagai pengkhianat negara," ujarnya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online