Rakyat Pulau Pinang akan terus menikmati sumbangan daripada kerajaan negeri setiap tahun, bukan sekadar pemberian "one-off" sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan pusat yang didakwa sempena pilihan raya sahaja, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng.
"Yang penting peruntukan (sumbangan) yang kita (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berikan kepada rakyat setiap tahun ini boleh dilihat, boleh dinikmati dan boleh disentuh setiap tahun, bukannya (sumbangan) 'one-off' (sekali sahaja) macam pemberian kerajaan pusat," ujar beliau malam tadi di perkarangan gelanggang bola keranjang, Perkampungan Jawi, Jawi.
Beliau berkata, rakyat Pulau Pinang boleh menikmati kekayaan di negeri berkenaan kerana kerajaan negeri tidak mengamalkan rasuah, pembaziran serta kronisma sebagaimana yang didedah berlaku dalam kerajaan pusat belakangan ini.
"Kita boleh buat (beri sumbangan kepada rakyat) Pulau Pinang kerana kita (Pakatan Rakyat) diberi peluang (memerintah) dengan 'tak makan duit' (rasuah) rakyat. Sebab itu, keuntungan kerajaan negeri boleh dipulangkan kepada rakyat, bukan kroni-kroni," ujar beliau di depan lebih 500 rakyat pelbagai kaum.
PAS akan cuba sedaya upaya membantu rakyat Sabah dalam menghadapi ancaman, penipuan terutama urusan tanah mereka.
Disebabkan itu, Akta Kanun Tanah Negara perlu disemak semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman.
Katanya, Sabah merupakan bumi yang kritikal pengambilan atau rampasan tanah yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional di mana, laporan yang diterima oleh pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menunjukkan Sabah adalah yang tertinggi laporan diterimanya.
“PAS akan mengadakan perbincangan demi perbincangan dengan rakyat mengenai urusan tanah. Antara lain ialah bagaimana menghadapi strategi untuk berhadapan dengan pihak berkuasa (Barisan Nasional),” ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.
Tambahnya, tidak hairan sekiranya dalam Pilihanraya Umum ke-13, Barisan Nasional terutama di Sabah akan menghadapi serangan daripada rakyat.
Menurutnya, PAS juga memaklumkan bahawa undang-undang tanah perlu disemak dan dikaji semula bagi memberi peluang kepada rakyat mendapatkan hak dan keadilan yang sepatutnya dimiliki oleh mereka.
“Sekirannya berlaku pergelutan, pertindihan dan rampasan tanah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, PAS bersedia menyediakan khidmat guaman yang terdiri daripada aktivis atau peguam PAS sendiri,” ujarnya.
p/s: Gua sifatkan, inilah kenyataan paling BANGANG yang pernah dibuat oleh Mazlan Aliman dan jugak PAS.. Selama ni memang dorang tu bangang.., tapi kali ni dorang dah jadi SUPER BANGANG beb..
Nak bantu rakyat Sabah kononnn.. PAS tu sedar diri ke tak hah? Dorang bukannya ada seat di Sabah tu... So nak bantu macam mana? Sembang kuat boleh laa baiii...
Semua menteri kabinet yang meluluskan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM250 juta didesak meletakkan jawatan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kes-kes yang membabitkan penyelewengan dana awam adalah kes yang telah mencemarkan integriti pentadbiran negara.
Katanya, desakan untuk letak jawatan bukan sahaja membabitkan Menteri Pembang2unan Wanita, Dato’ Shahrizat Abdul Jalil bahkan semua menteri yang terbabit.
“Kementerian dan kabinet yang meluluskan projek kepada suami Shahrizat sepatut bertanggungjawab sama, bukan Shahrizat seorang,” katanya.
Merujuk kes pelantikan menantu Menteri Besar Kelantan sebagai CEO dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), jelasnya walaupun tidak ada pendakwaan berlakunya penyelewengan tetapi beliau meletak jawatan apabila didesak berbuat demikian.
Malangnya, jelas Ustaz Tuan Ibrahim, projek feedlot yang ternyata gagal dan diagihkan pula kepada kaum keluarga Shahrizat masih lagi dipertahankan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin.
Tegasnya, Muhyiddin sebagai menteri yang bertanggungjawab sepatutnya bukan mempertahankan Shahrizat sebaliknya mengambil tindakan ke atas kegagalan beberapa pihak yang menyalahgunakan dana awam tersebut
“Apa yang berlaku masing-masing cuba mempertahankan, mereka termasuklah Khairy Jamaluddin dan Noh Omar, menunjukkan mereka seolah-olah menyokong dana awam disalahgunakan,” katanya.
p/s: Hek ellehhh..., poyo betullah Tuan Ibrahim nih kan.. Duk sibuk pasal NFC kononnya ada penyelewengan.. Pastu ada hati pulak nak suruh orang letak jawatan..
Kalau semua yang terlibat harus letak jawatan sebab NFC dikatakan gagal.., macam mana pulak dengan kegagalan KOHILAL PAS? Kenapa Tuan Ibrahim tak suruh Nik Aziz letak jawatan?
Mangkuk hayun punya Tuan Ibrahim!!!!
Memang zalim !!! Kenapalah Ketua UMNO Bahagian Ampang serahkan wang bantuan persekolahan RM100 di bagunan UMNO? Patutnya duit tu diserahkan di bangunan DAP atau PKR Selangor..
Patutlah Mak Lampir Zuraidah meroyan sakan sebab dia tak boleh ambik kredit dari bantuan kerajaan Pusat tu.. Ishhh..., kejam sungguh Ismail Kijo tu yee..
Lain kali bagi lah duit tu pada Zuraidah.. Bolehlah dia berlagak depan orang ramai kononnya dia yang bagi bantuan.. Itu baru betull.. Lagi pun.., bukan ke Menteri Besar Selangor tu orang PKR?
So.., sekarang ni Zuraidah sudah marah.. Makcik tu kalau marah, dia akan bertukar jadi Mak Lampir.. Habis lah nanti diamuknya seluruh rakyat Ampang..
Ini semua Ismail Kijo lah punya salah... Dah tahu si Zuraidah tu otak masuk air, kenapa pergi cari pasal? Hahahahaha...
Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR hari ini mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah diberikan di pejabat Umno.Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.
Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian, Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu,” kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Tindakan itu disifatkan Zuraida sebagai petanda jelas Umno begitu terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi kerana ia sepatutnya disalurkan terus kepada sekolah dan tidak membabitkan campur tangan parti politik.
Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Dr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.
"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.
Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.
Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.
p/s: Apasal Syed Husin tak bercakap benar? Lain kali kalau nak dedah, dedahlah perkara yang betul..
Sebenarnya.., Zul Kulim mintak RM6 Juta laaa.. Setakat 60K tu nak buat apa beb? Nak beli kereta baru pun tak lepas...
Makin tua bukan makin cerdik.., rupanya jadi makin bodoh Pak Syed kita ni nampaknya...
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.