BREAKING NEWS

Geng Anwar Ibrahim kena pancung di Arab Saudi..


Tiga lelaki yang terdiri daripada seorang warga Arab Saudi dan dua warga Kanada dihukum pancung semalam di Jeddah selepas didapati bersalah merogol dan meliwat seorang pembantu rumah perempuan serta dua lelaki.

Tertuduh warga Arab Saudi, Badr Sami Al-Sudani, Ahmad Zain Ishaq dan Muhammad Bashir Hasan masing-masing warga Kanada dihukum bunuh selepas didapati bersalah merogol amah dan dua lelaki di sebuah rumah di daerah Al-Mushrefah, utara Jeddah dua tahun lalu, lapor Arab News.

Mengikut penghakiman mahkamah, kumpulan lelaki itu menyerang amah selepas beliau menjerit sebaik melihat penceroboh memanjat tembok rumah.

Jenayah itu bertambah berat sebaik dua lelaki keluar dari bilik mereka selepas mendengar jeritan wanita. Penceroboh mengikat dan menyumbat mulut dua lelaki itu sebelum meliwat mereka. Ketiga-tiga lelaki itu memecah masuk rumah pada lewat malam.

Polis menyiasat kes itu dan menahan pesalah tidak lama kemudian. – Agensi

Terowong RM8 billion : Guan Eng bazirkan duit rakyat..


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasional cadangan pembinaan laluan ketiga termasuk terowong di Pulau Pinang bernilai RM8 bilion, sedangkan projek Jambatan Kedua belum siap.

“Apa tujuan (Ketua Menteri Lim) Guan Eng buat terowong, apakah maknanya sudah sesak sangat sehingga projek kedua (jambatan) yang kita sedang bina tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan bandar raya George Town.

“Sepatutnya kita benarkan dulu projek Jambatan Kedua siap, kita akan memerhatikan mungkin kesan daripada projek kedua itu sudah pun mencukupi, jadi apa perlu membelanja wang agak lebih besar yang dikatakan bernilai sekitar RM8 bilion,” katanya selepas majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata, projek Jambatan Kedua, yang dijangka siap pada 2013, sudah mengambil kira unjuran kegunaannya bagi tempoh jangka panjang.

“Seperti jambatan pertama, setelah puluhan tahun, barulah kerajaan putuskan untuk bina (jambatan) yang kedua, jadi sekarang ini yang kedua pun belum lagi siap dan mungkin (kegunaannya) sudah diunjurkan untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Jadi, apakah perlunya projek itu, saya tak tahu. Mungkin dia kata ini hak dia, kerajaan negeri boleh membuat keputusan, itu terserah pada dia tetapi rakyat harus membuat penilaian sama ada wajar atau sudah sampai masanya Pulau Pinang memerlukan terowong itu ataupun sudah mencukupi jambatan kedua untuk setidak-tidaknya bagi tempoh 10 atau 15 tahun akan datang,” katanya.

Kelmarin, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan mengumumkan pelan RM8 bilion untuk membina empat jalan utama dan projek terowong bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri itu.

Lim dilaporkan berkata bahawa projek itu akan memudahkan lagi pergerakan antara pulau tersebut dan tanah besar.


p/s: Gua rasa, Guan Eng dah tak konfiden DAP boleh terus memerintah Penang selepas PRU13 nanti.. Sebab tu lah dia nak sapu semua projek negeri Penang sebelum Parlimen dibubarkan..

Nizar jadi hero kepada keluarga Cikgu Mala..


Kementerian Pelajaran didesak supaya mengambil langkah wajar dengan mengembalikan semula Cikgu Maarof Muttalib ke sekolah asalnya yang terletak di kawasan Dun Tenang di Johor.

Desakan itu dibuat atas alasan dakwaan arahan pertukaran Maarof dari sekolah asalnya ke sebuah sekolah kerajaan di Tanjung Pengelih tidak sah, malah penuh kekeliruan dan tanda tanya dari pelbagai pihak.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin berkata, arahan pertukaran ke atas Maarof dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab pada bulan Jun tahun lalu.

Menurutnya, bagaimanapun Cikgu Maarof dikatakan didapati bersalah setelah Jawatankuasa Tata Tertib mengadakan mesyuarat pada bulan September tahun lalu.

Katanya, dengan itu, arahan tersebut ternyata penuh dengan kekeliruan dan tanda tanya kerana ia dibuat sebelum Maarof disahkan bersalah oleh jawatankuasa itu.

"Ternyata arahan pertukaran itu tidak sah. Jadi kita minta supaya pihak Kementerian Pelajaran mengembalikan semula Maarof Muttalib ke sekolah asalnya di Tenang," katanya ketika mencelah sewaktu Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Arahan pertukaran ke atas Maarof, menurut beliau, berlaku apabila isterinya (Normala Sudirman) terlibat dalam pilihanraya kecil Dun Tenang mewakili PAS tahun lalu.

Katanya, arahan tersebut ternyata amat merumitkan Maarof memandangkan jarak sekolah asalnya di Tenang ke sekolah barunya di Tanjung Pengelih agak jauh sehingga sekitar 250 kilometer.

"Manakala isteri dan keluarganya tinggal di Tenang," kata mantan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak.

Disebabkan keadaan itu, beliau yakin arahan pertukaran tersebut mempumyai motif tertentu, memandangkan ia dibuat setelah isterinya terbabit dalam pilihanraya," katanya.

Andaian tersebut, tegasnya, diperkuatkan dengan tarikh arahan pertukaran itu dikeluarkan yang jauh mendahului rumusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tata Tertib terbabit.

"Maarof Muttalib diarah tukar bulan Jun, tapi Jawatankuasa Tata Tertib baru bermesyuarat bulan September. Bersalah atau tidaknya Maarof perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Tata Tertib, tetapi kenapa Maarof dah ditukarkan sebelum Jawatankuasa Tata Tertib mengesahkannya bersalah?" tegasnya.

PAS nak buat BERSIH 3.0 sebelum PRU 13..


Pemuda Pas bertegas akan mengadakan himpunan Bersih 3.0, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membu­bar­­kan Parlimen sebelum Ja­wa­tan­kuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) sem­pat menambahbaik pilihan raya umum.

Ketua Penerangannya, Riduan Mo­hd Noor berkata, Najib perlu me­nyatakan pendirian rasmi sama ada mahu membubarkan Parlimen tanpa menunggu PSC atau bergantung kepada hasil resolusi PSC.

Menurutnya, pendirian rasmi Najib penting, supaya rakyat boleh mengukur keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam memastikan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung dalam keadaan bersih dan adil.

“Jika beliau (Najib) sentiasa menafikan atau berdiam diri seperti sekarang, rakyat akan menganggap pentadbiran beliau lemah, malah jauh lebih teruk daripada pentadbiran perdana menteri sebelum ini.

“Jika Najib membubarkan Par­limen sebelum tempoh PSC sempat menjalankan tugasnya, jelaslah beliau hanya beretorik dan tidak beradab kerana tidak menghormati Parlimen dan penubuhan PSC dilihat sekadar kosmetik bagi mengaburi mata rakyat,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Selain itu, Riduan berkata, jika Najib bertindak demikian, rakyat akan hanya menganggap PSC sebagai tempat ‘melepas batuk di tangga’ bagi mengelak lebih banyak sera­ngan dihalakan kepada beliau.

Menurutnya, rakyat tidak sanggup menghadapi PRU13 dalam suasana penuh penipuan, penyelewe­ngan dan penyalahgunaan kuasa.

Oleh itu, Pemuda Pas mencabar Najib untuk mengumumkan segera tarikh PRU13 bagi mengetahui sama ada PSC sempat menghabiskan tugasannya atau tidak.

“Jika tidak, sia-sia semua pihak memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan kepada PSC dengan niat agar PRU13 nanti benar-benar suatu pembaharuan.

“Jika pembaharuan dalam pilihan raya tidak dibuat sebelum PRU13, kami akan menggerakkan himpunan Bersih 3.0, yang pastinya lebih besar dengan penglibatan parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh politik dan negarawan yang cintakan keadil­an,” katanya.

Kes dilanggar Polis : Mat Sabu MENGAKU juga akhirnya...


Mohamad Sabu, semalam memberi keterangan dalam pendengaran awam, mengakui berada di Kuala Lumpur kerana menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Bagaimanapun, dalam perjalanan ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zuhur, motosikal yang diboncengnya dilanggar oleh sebuah kereta Waja polis di Jalan Travers.

Memberi penjelasan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Mohamad atau dikenali Mat Sabu berkata, beliau terjatuh dan mengalami kecederaan selepas dilanggar.

“Lutut kanan saya terkena lampu depan kereta itu yang datang dari arah bertentangan menyebabkan saya jatuh terlentang,” katanya yang mengakui memakai kemeja-t berwarna putih dan berseluar hitam sewaktu ditangkap polis.

Mohamad diarahkan untuk melukis kejadian kemalangan tersebut ketika memberi penerangan dalam siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai lalu.

Mohamad berkata, beliau mendapatkan rawatan di lokap Balai Polis Jinjang dan kemudian dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

“Selepas membuat pemeriksaan x-ray dan diberikan ubat, saya dibawa semula ke lokap dalam keadaan dipapah.

“Saya tidak membantah arahan itu kerana menghormati profesion doktor dan dibebaskan jam 11 malam.

“Pada 11 Julai, saya mendapatkan rawatan di hospital swasta dan terpaksa menjalani pembedahan pada 15 Julai,” katanya.

Bagi menjawab pertanyaan oleh Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi A Majid mengenai penggunaan perkataan berlanggar, melanggar dan dilanggar yang disebut beberapa kali oleh Mohamad dalam keterangannya, Mohamad menegaskan beliau dan penunggang motosikalnya, Hanifah Maidin dilanggar oleh kereta Waja.

Ketika ditanya wakil Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komi­sioner, Jamaludin Abdul Rahman mengenai beliau yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur pada 9 Julai, Mohamad menegaskan tidak menerima sebarang notis daripada Mahkamah Tinggi mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak mengetahuinya dan tidak mendapat surat hitam putih tetapi membaca mengenai perkara itu melalui media,” katanya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online