DAP sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggadai prinsip parti itu semata-mata mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, tindakan itu dapat dilihat apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sedangkan sebelum ini katanya, Karpal sendiri yang telah mendesak supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang ekoran rancangan pemimpin PKR itu untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
“Ini menunjukkan hanya kerana mahu mengambil alih Kerajaan Persekutuan, DAP sanggup menukar pendirian dan menentang prinsipnya sendiri.
“Jika pemimpin seperti Karpal boleh dengan mudah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, ini membuktikan DAP sanggup membuat banyak pusingan U dan menentang prinsip sendiri semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat bagi memenangi Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA, Datuk Tee Siew Kiong dalam kenyataannya berkata, pendirian Karpal yang mendakwa hanya Anwar yang layak menjadi Perdana Menteri adalah satu pembohongan bertujuan memperdaya rakyat.
Menurut beliau, DAP seringkali menguar-uarkan janji kononnya Anwar merupakan pilihan pembangkang untuk menjadi Perdana Menteri selain menjadikan Lim Guan Eng sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Bagaimanapun, dakwaan mereka itu tidak pernah disokong atau dipersetujui oleh Pas,” katanya.
Sebaliknya kata beliau, Pas telah menegaskan Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang yang lebih layak memegang jawatan Perdana Menteri. - Utusan
Korang tengoklah sendiri video kat atas tu dan nilaikan apakah berbaloi kita gajikan pembantu rumah sedemikian?
Kecelakan apakah yang telah menimpa hati-hati manusia zaman ini yang begitu tergamak melakukan kekejaman yang tak berperikemanusian..?
Ada juga rupanya manusia yang berhati batu sanggup berbuat hal sedemikian pada anak kecil yang belum mengerti apa apa tentang kehidupan..
Kita sebenarnya kena ingat.., anak-anak adalah amanah, sesibuk mana sekali pun ibubapa perlu bekerja mencari nafkah, tanggungjawab keselamatan anak-anak adalah perlu dititikberatkan.
Mengikut Akta Kanak-kanak 2001, antara kumpulan yang diberi mandat untuk melaporkan penderaan kanak-kanak ialah doktor, ahli keluarga dan penjaga kepada JKM yang akan mengambil alih tugas menjaga dan melindungi mangsa.
Mereka yang diberi mandat tetapi gagal membuat laporan boleh dikenakan denda RM5,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya mengikut akta sama seksyen 27-29.
p/s: Cilaka punya maid.. Rosak gua punya mood hari ni...
Satu video komedi ringkas yang menyindir loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Kuantan, dimuatnaik ke laman YouTube dan ia dibintangi tidak lain dan tidak bukan oleh Ahli Parlimen Kuantan sendiri, Fuziah Salleh.
Dengan judul “Masakan Cinta”, video komedi berjangka masa 4:44 itu menampilkan Fuziah sebagai “Chef Wani”, seorang chef selebriti yang bertungkus lumus membuang sisa radiasi daripada bahan-bahan masakannya.
Menurut Fuziah, video itu adalah sebahagian daripada empat siri rakaman video yang dibikin untuk mewujudkan kesedaran terhadap Lynas dan memupuk minat khalayak untuk tahu dengan lebih mendalam terhadap loji pemprosesan itu.
p/s: Patutnya kena panggil Anwar Ibrahim berlakon sama.. Anwar kan dah ada pengalaman berlakon dengan Chinadoll.. Hahahahaha
Ceramah Anwar yang berlangsung di bandar Batu Pahat Johor semalam telah dikejutkan dengan dua letupan kuat mercun yang dipercayai bertujuan untuk halang Anwar dari berucap..
Satu letupan berlaku ketika Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor sedang berucap.., manakala satu lagi meletup berdepan dengan pentas yang turut sama diduduki Chua Jui Meng..
Letupan kuat itu telah membuatkan hadirin yang dianggarkan seramai 200 orang telah lari bertempiaran.. Tiada kecederaan dilaporkan berlaku..
Yang menariknya, pihak penganjur ceramah serta ramai Unit Amal mendakwa mereka gagal menangkap siapa yang bertanggung jawab melakukan perbuatan membaling mercun tersebut..
Anwar yang berang dengan kejadian ini berkata, pihaknya berasa pelik kerana sebelum ini kehadirannya ke Johor menghadapi pelbagai halangan..
Sedangkan ujarnya kehadiran itu bertujuan memberi penerangan dan penjelasan sebaliknya bukan untuk menjatuhkan aib pemimpin UMNO-Barisan Nasional.
”Saya nak pergi Rengit (berceramah) dihalang. Adakah saya bawa peluru berpandu. Bukan nak pergi perang!” soalnya lagi. - UtaraNews
Hari ni, Anwar Ibrahim akan disoal siasat di Balai Polis Kepong pada pukul 3.00 petang di atas tuduhan membuat‘laporan palsu’ terhadap video seksnya..
Sebelum ni, Anwar kata Datuk T telah fitnah dia dan video seks dengan chinadoll yang tersebar ke seluruh negara itu adalah palsu..
Dan Anwar tak pun bagi bukti atau saksi yang boleh sahkan kenyataan dia tu.. Kalau setakat cakap mulut je, sapa pun boleh beb...
Polis dah pun buat 2 analisis yang diterima dari Pakar untuk mengesahkan ketulenan video Anwar.., tapi Anwar dan semua penyokong dia tuduh itu semua adalah konspirasi kerajaan..
Dan kalau video tu tulen, bermakna apa yang dituduh oleh Datuk T adalah benar dan Anwar akan didapati bersalah pasal buat laporan palsu dan bagi maklumat palsu kepada Polis..
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 182, hukuman yang bakal Anwar terima adalah penjara enam bulan atau denda sebanyak RM2,000..
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...