BREAKING NEWS

Mahasiswa BANGANG buat kacau di Majlis Najib..


Sekumpulan mahasiswa mendakwa telah dikasari pemuda BN sewaktu menyambut ketibaan Perdana Menteri di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Malaysia 2011, di Kampung Jawa Klang malam tadi.

Mereka terdiri dari empat orang, dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mendakwa dikepung oleh 30 pemuda BN ketika cuba mempamerkan sepanduk yang bertulis "Mahasiswa gesa kerajaan pinda AUKU dan Akta 174" kira-kira jam 8.30 malam sebelum ketibaan Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Kami, Khairul Rafidi yang mengesahkan perkara itu kepada Harakahdaily berkata, ketika kejadian pemuda BN tersebut telah datang berjumpa kumpulan mereka dan mengugut agar tidak menaikkan sebarang banner.

Menurutnya, keadaan kemudian menjadi tegang apabila mahasiswa tersebut tidak mahu berganjak.

Dua ahli Kami yang terlibat dalam kejadian itu, Haziq Fikri dan Khalid Mohd Ismath pula mendakwa mereka didatangi kumpulan pemuda BN itu secara kasar dan terus menolak mereka.

"Mereka datang seperti gangster. Mereka ugut dan sentuh kami malah menolak kami dengan kasar", kata Haziq yang mendakwa mereka hanya diam kerana khuatir akan keselamatan mereka memandangkan jumlah pemuda BN terlalu ramai.

Selepas itu katanya, beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Raja yang juga berada di tempat kejadian datang membantu mereka keluar dari kepungan tersebut.

Ekoran kejadian itu juga, mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk menaikkan sepanduk tersebut ketika perdana menteri tiba di situ.

Bayangkanlahh..., Penarik Beca pun MARAH pada Guan Eng.


Jika sebelum ini kumpulan belia bermotosikal mengadakan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini, penarik beca pula berbuat demikian.

Kira-kira 50 penarik beca berhimpun bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng yang didakwa meminggirkan kebajikan golongan itu.

Mereka menuntut supaya nasib mereka dibela oleh kerajaan negeri.

Demonstrasi bermula selepas solat Jumaat di depan Hotel Cititel, Jalan Penang di sini yang menjadi tempat berkumpul golongan tersebut untuk menunggu pelanggan setiap hari.

Diiringi kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sejauh lebih satu kilometer.

Dengan memakai baju T berwarna kuning yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, LGE (Lim Guan Eng) Anti Melayu', mereka membawa pelbagai sepanduk bertuliskan perkataan antaranya, 'Kami mahu perhentian beca', 'Mana kebajikan kami' dan 'Nasib penarik beca terpinggir'.

Mereka turut melaungkan kata-kata 'Lim Guan Eng penipu' dan 'Lim Guan Eng penindas'.

Tindakan mereka itu menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan terbabit sesak kira-kira sejam apabila orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang berlaku.

Bagaimanapun, hasrat kumpulan penarik beca tersebut untuk bertemu Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila Setiausaha Agung DAP itu enggan melayan permintaan mereka.

Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut elaun sara hidup RM100 sebulan bagi penarik beca dan disediakan perhentian beca.

Azizan Razak tiru Guan Eng naikkan harga rumah di Kedah


Harga rumah di Kedah terutama dalam kawasan bandar raya ini meningkat dengan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas berpunca daripada dasar kerajaan Pas Kedah mengubah kuota dan syarat tanah yang hendak dimajukan.

Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah, Badrulhisham Hashim (gambar) yang membuat dakwaan itu berkata, kenaikan tersebut menyeksa dan membebankan rakyat negeri ini yang hendak membeli rumah.

Menurutnya, rumah teres dua tingkat pada 2008 berharga purata RM180,000 meningkat kepada RM220,00 pada 2009 dan tahun lepas meningkat kepada RM260,000 dan RM320,000 pada tahun ini.

"Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah," katanya kepada pemberita di pejabat MCA Alor Setar di sini, hari ini.

Selepas memenangi pilihan raya umum 2008, kerajaan Pas Kedah mengubah kuota peruntukan rumah daripada 30 peratus Bumiputera, 70 bukan Bumiputera kepada 50:50 untuk setiap projek perumahan swasta selain mengetatkan syarat penukaran status tanah yang hendak dimajukan.

Badrulhisham yang juga Ketua Pemuda UMNO Kedah berkata, tinjauan dan kaji selidik pasukan petugas Pemuda MCA Alor Setar mendapati kenaikan sehingga 20 peratus berlaku setiap tahun sejak 2009.

Beliau memberi contoh projek perumahan rumah teres dua tingkat Taman Saga di sini yang sedang dibina ditawarkan pada harga RM360,000 seunit dan dianggap tidak munasabah.

Katanya, pendapatan perkapita penduduk Kedah kira-kira RM15,000 setahun atau RM1,300 sebulan perlu naik kepada sekurang-kurangnya RM6,000 sebulan untuk layak membeli rumah tersebut.

Dasar berkenaan menyebabkan pemaju tidak berani melabur untuk membina lebih banyak rumah kerana bimbang tidak dapat menjualnya, katanya.

Beliau yang kecewa dengan trend serius ini mencabar kerajaan Pas Kedah menyediakan rumah untuk rakyat terutama di luar bandar seperti di Padang Terap, Sik dan Baling.

Ketua Pasukan Petugas Pemuda MCA Alor Setar, Tan Chee Hiong pula mendakwa menerima maklumat terdapat 100 projek perumahan bernilai RM1 bilion yang dibawa untuk kelulusan Exco kerajaan negeri langsung tidak dibacakan untuk diminitkan dalam mesyuarat.

Beliau turut mendakwa banyak projek besar di Sungai Petani dibekukan sementara berikutan masalah bekalan air. - BERNAMA

Nurul Izzah berpaling tadah sokong Najib..


PEMBUKAAN Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di beberapa lokasi perumahan dan kawasan komersial sekitar ibu negara mula memberi tekanan kepada pengusaha pasar raya besar dan peruncit yang mula menurunkan harga barang keperluan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim, berkata perkara itu semakin jelas apabila pihak pembangkang cuba menimbulkan isu perbezaan harga antara barang KR1M dengan produk pasar raya besar.

“Kementerian berterima kasih kepada tiga ahli Yang Berhormat (YB) terutama Kuala Selangor (Dr Dzulkefly Ahmad), Lembah Pantai (Nurul Izzah Anwar) dan Petaling Jaya Utara (Tony Pua Kiam Wee) kerana menjadi pemerhati harga bagi pihak KPDNKK.

“Ini kerjasama baik antara KPDNKK, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat...bagus, bermakna apa yang kami buat, YB tak bantah dan bagi pula maklumat kepada kami.

“Ini satu sinergi yang sangat positif,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut Rohani, tidak wujud isu barang mahal kerana produk dijual di KR1M lebih murah.

“Ini yang berlaku sekarang. Penjualan barang pada harga lebih murah di KR1M memberi tekanan kepada pasar raya besar dan peruncit. “Bila tertekan, mereka berlumba-lumba untuk turunkan harga dan baik untuk pengguna,” katanya.

Menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) berhubung isu diskaun, beliau berkata penjualan barangan di KR1M tidak tertakluk kepada potongan harga, sebaliknya ditetapkan lebih rendah daripada harga pasaran iaitu 10 hingga 40 peratus.

“Kami hargai maklumat disalurkan pihak pembangkang dan akan sampaikan kepada pengusaha KR1M kerana kami mahu KR1M memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online