Rodeo selalunya di kaitkan dengan binatang berkaki empat seperti kuda dan lembu. Secara amnya aktiviti sukan lasak ini begitu popular di Sepanyol..
Sukan rodeo ini selalunya menggunakan lembu tapi adakah masuk akal bila digantikan dengan babi yang pendek dan gemuk? Mengapakah babi dipilih dan bukannya lembu?
Begini, di wilayah Ehime di Jepun begitu terkenal dengan pengeluaran daging babi secara besar-besaran..
Pengeluaran produk babi merupakan tradisi yang diwarisi lebih daripada 25 tahun. Bagi meraikan pengeluaran babi yang berjaya, aktiviti menunggang babi (rodeo) mula di anjurkan.
Dan temasya ini mula menjadi kontroversi apabila video peserta menunggang babi tersebar di You Tube. Ramai pihak terutamanya daripada aktivis Hak Asasi Haiwan yang telah menghantar petisyen bagi menghalang temasya tahunan ini diadakan.
Peraturan dalam pertandingan rodeo babi ini sama seperti dengan rodeo biasa iaitu peserta yang berjaya mengawal dan kekal di atas badan babi ini akan di kira sebagai pemenang..
Mereka di kehendaki untuk bertahan di dalam kawasan kandang yang berkeleluasan 30 meter. Pemenang rodeo babi ini akan bawa pulang ¥50,000.
p/s: Gua jumpa gambar2 ni dalam Fesbuk pengikut totok PAS.. Amacam??? Hebat tak aksi Pejuang JIHAD PAS tu yang berani mati berhadapan dengan 4X4 1Malaysia??
Confirm budak tu akan diangkat jadi Ketua Unit Amal PAS lepas nih... Hahahaha...
ALOR GAJAH: Ketika takbir sempena Aidiladha dialunkan dari masjid berhampiran, sebuah asrama pekerja asing di Taman Bidara Permai, Pengkalan Balak dekat sini, bertukar menjadi ‘Patpong mini’ apabila lebih 300 pekerja asing berpesta dengan tarian mengiurkan dalam keadaan mabuk, Ahad lalu.
Sambil diiringi tarian gelek mengasyikkan daripada beberapa gadis genit yang berpakaian seksi, pekerja warga asing terbabit berhibur sakan tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat tempatan berhampiran asrama itu.
Pesta bermula jam 9.30 malam dipercayai dianjurkan beberapa pekerja warga asing di asrama pekerja itu.
Asrama pekerja itu dihuni pekerja asing dari Indonesia, Nepal, Bangladesh dan Myanmar yang bekerja di sebuah kilang elektronik berhampiran.
Timbalan Pengerusi Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bidara Permai, Aziz Said berkata, penghuni asrama terdiri daripada warga asing itu mengadakan pesta dengan tarian disko, dangdut dan techno dalam kawasan penempatan mereka tanpa menghormati alunan takbir raya, sekali gus mengganggu ketenteraman penduduk taman berkenaan.
GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.
Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.
Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat ‘lembaga hitam’ di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.
Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali lagi mengesan kelibat ‘lembaga hitam’ itu melintas di tingkap rumahnya. - Metro
Zara atau Zahara sebenarnya tidak menyangka bahawa kehidupannya akan berakhir dengan tragis... Ketika berjalan di sebuah pinggiran jalan, tanpa diduga dia telah dikepung oleh 3 ekor jantan celaka yang dah lama dahagakan tubuhnya..
Menurut sumber, Adnan yang merupakan anak jati kampung Sri medan Batu Pahat Johor itu merupakan kutu rayau bersama dua lagi temannya iaitu Fendi dan Aiman..
Adnan sebenarnya telah lama menyukai Zara, namun cintnya tidak berbalas kerana Zara sudah pun bertunang dengan pilihan hatinya yang merupakan seorang juruterbang..
Jadi, pada malam itu merupakan saat yang telah lama dinantikan oleh Adnan.. Tanpa banyak bicara, dia terus menerkan Zara dari belakang.. Zara yang dalam keadaan terkejut menjerit meminta pertolongan..
Tapi sayangnya, tiada siapa yang berada di situ.. Maka, pergelutan pun berlaku antara Zara dan Adnan.. Tapi, apakan daya,tenaga seorang wanita, tidak mampu melawan tenaga seorang jantan keparat seperti Adnan..
Zara telah diseret dan dibawa ke atas pokok yang dijadikan tempat untuk Adnan dan rakan-rakannya melempiaskan nafsu binatang mereka...
Namun, mujurlah ketika itu, perbuatan mereka berjaya dirakam oleh salah seorang penduduk tempatan yang sempat menangkap perbuatan terkutuk mereka...Jantan keparat itu akhirnya tertangkap..
Hasrat DAP mengurangkan kakitangan awam jika diberi mandat untuk memerintah, membuktikan parti itu rasis dan sepatutnya ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Malah, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menyifatkan apa yang cuba dilakukan oleh DAP itu sebagai satu malapetaka besar yang bakal menimpa negara ini jika ia benar- benar berlaku.
''Bagi saya, jika hasrat DAP itu benar-benar berlaku ia akan menjadi malapetaka bagi negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) dalam sesi yang sama telah memberitahu Dewan mengenai terdapatnya penjualan minyak kitar semula dengan harga yang murah.
Beliau berkata, difahamkan minyak kitar semula itu merupakan campuran antara minyak yang telah digunakan dan minyak baru.
''Sebenarnya penjualan minyak kitar semula bukan sahaja merosakkan kesihatan, bahkan mencemar nama baik negara dan sehingga kini setakat manakah penguatkuasaan kementerian untuk memantau dan merampas minyak masak yang dikitar semula ini yang kemudian dicampur dengan minyak asli dan dijual?.
''Ia bertujuan memastikan kepentingan masyarakat sentiasa diberi perhatian," katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan keyakinan tinggi terhadap UMNO dan akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.
Katanya, sejak dahulu lagi parti tersebut berdiri atas gabungan idea dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan yang membuatkannya bertahan sehingga kini.
“Kalau saya benar-benar hendak keluar UMNO, saya sudah cakap awal-awal. Buat apa mahu buang masa?
“Saya masih ada keyakinan tinggi terhadap UMNO tetapi saya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) kerana tiada ruang bersuara dalam UMNO,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Jalan Langgak Golf di sini, hari ini.
Kenyataan Tengku Razaleigh itu, sekali gus menjawab segala spekulasi yang kononnya beliau akan keluar UMNO seperti dakwaan beberapa blog sebelum ini.
Kata beliau, Amanah yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dua minggu lalu akan merancang program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...