BREAKING NEWS

Isu buang kakitangan awam : Aziz Bari kata Tony Pua tersilap cakap..


Sambil menegaskan perkhidmatan kerajaan dilindungi sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata, satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan sektor awam dan mengemukakan syor-syor bagi tujuan penambahbaikan.

Sehubungan itu kata beliau, tiada mana-mana pihak termasuk kaum Melayu harus bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa kedudukan perkhidmatan awam akan terganggu gugat.

“Anggota perkhidmatan awam tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Begitu juga dalam soal kenaikan pangkat,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Aziz berkata kemungkinan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua telah tersilap dalam memberikan pandangannya dan digunakan oleh media pro-Umno seperti untuk menjadikannya sebagai satu isu, tetapi wakil rakyat itu ada mencetuskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

“(Sebenarnya) beliau ada membuat beberapa poin yang baik, tetapi kena ingat bahawa sebahagian besar daripada 1.3 juta kakitangan awam adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah tentera dan 100,000 lagi polis,” kata beliau lagi.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini menambah, dalam mana-mana kes kakitangan awam, mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Utusan adalah mengarut. Anggota awam tidak boleh dibuang begitu sahaja,” kata beliau lagi.

Bahalol punya PAS!!! Dah tak ada orang Islam ke nak agih daging korban?


Daging korban sewaktu Aidiladha hanya dikhaskan buat umat Islam sahaja. Ada larangan supaya ia jangan diberikan kepada kaum kafir kerana korban semasa Aidiladha ialah satu ibadah, bukannya suka-suka dilakukan seperti di majlis kenduri kahwin.

Tetapi, tidak pernah terdengar pula hukum melarang kaum kafir hadir sewaktu upacara korban dilakukan. Mungkin dari segi adab dan juga sikap hormat menghormati sesama agama, kaum kafir selama ini tidak pernah melibatkan diri didalam upacara keagamaan umat Islam yang satu ini.

Namun apa yang menyedihkan, pada Aidiladha kali ini, ibadah korban seolah-olah dicemari dengan pembabitan Ahli Parlimen Batu iaitu Tian Chua bergambar semasa melapah daging korban. Begitu juga dengan pengagihan daging korban oleh wakil DAP Teressa Kok kepada umat Islam di Parlimen Seputeh.

Baca seterusnya DISINI...

PAS diserang oleh AMK di Terengganu..


PAS Terengganu belum bersedia untuk menggantikan BN di negeri itu, kata ketua AMK negeri Mohd Alfaizal Amjed.

Beliau juga menolak dakwaan PKR negeri mementingkan diri sendiri dalam perbincangan pembahagian kerusi dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“PAS Terengganu masih belum faham dengan apa yang dipanggil “pakatan politik”.

“Jika isu permasalahan perbincangan kerusi dibangkitkan oleh PAS Terengganu adalah kerana PKR Terengganu mementingkan diri sendiri ini tidak benar dan tidak munasabah, PKR Terengganu hanya ingin menjayakan dan meraikan apa yang dipanggil “pakatan politik”,” katanya.

Menurut beliau,“pakatan politik” dirujuk sebagai kerjasama atau pergabungan antara beberapa parti yang dipersetujui selepas 3 Mac 2008 ianya dipanggil “Pakatan Rakyat.”

Mohd Alfaizal berkata, dengan semangat Pakatan Rakyat kita telah banyak bekerjasama dalam apa jua aspek contohnya sama-sama menghasilkan idea dan strategi.

Bukti Tian Chua lebih Islamik dibawah didikan PAS..


Hebat sungguh PAS ni kann.. Dorang telah berjaya menjadikan kafir seperti Tian Chua teringin untuk turut serta bersama-sama umat Islam melapah daging korban di hari Aidiladha..

Bukan senang beb nak paksa kafirun untuk buat macam tu.. Tapi PAS telah berjaya membuktikan keberkesanan dakwah dorang..

Inilah contoh Islam Liberal yang cuba dibawa oleh PAS.. Kafir boleh join program keagamaan umat Islam, dan for sure lepas ni umat Islam pun boleh join program keagamaan kafir.. Fair lah kann..

Ada tak program agama kafir yang sembelih babi atau binatang lain ye? Kalau ada, lepas ni bolehlah Nik Aziz atau Hadi Awang join the party... Hahaha...

Jangan salah faham ye.., gua tak kata tindakan Tian Chua lapah daging korban tu salah.., tapi gua cuma pertikaikan kesucian ibadah korban apabila kafir pun turut serta melapah daging tu..

Bagi gua.., gua tak gamak nak terima daging korban kalau tahu ia dilapah oleh tangan kafir.. Tak tahulah pulak macam mana penerimaan orang PAS yee.. Dorang kan Islam Liberal...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online