BREAKING NEWS

Chegu Bard mimpi basah malam tadi...


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.

Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan.

"Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN.

"Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan.

Ambiga setuju..., Anwar suka...., PAS restu...

Gambar Hiasan je..

Sebuah bangunan pameran yang dikatakan lokasi utama penganjuran program mempromosikan seks bebas di ibu negara, Seksualiti Merdeka 2011 di sini dikatakan menjadi tumpuan pengamal seks songsang khususnya golongan gay sejak 20 tahun lalu.

Difahamkan, lokasi itu sering dikunjungi golongan tersebut setiap malam minggu untuk menyertai parti persendirian yang dianjurkan kelab gay dengan bayaran sewa sebanyak RM1,400 semalam.

Lebih mengejutkan, sepanjang parti itu, pengunjungnya bebas dan tidak malu bercumbuan di tempat awam dan memuaskan nafsu mereka di dalam tandas bangunan tersebut.

Golongan itu dikatakan ditaja oleh orang kenamaan (VIP) yang menyokong kelab-kelab gay berkenaan.
Menurut sumber, parti-parti seks bebas itu turut disertai warga asing selain ahli-ahli kelab gay tempatan yang datang dengan kereta-kereta mewah serta berpakaian berjenama.

Golongan lesbian dan transeksual bagaimanapun tidak mendominasi parti-parti itu walaupun kedua-dua golongan itu turut menyertai aktiviti di sana.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di kawasan sekitar bangunan pameran itu mendapati, terdapat beberapa pasangan gay tanpa segan silu bercumbuan berhampiran sebuah masjid dan tindakan itu seolah-olah memperlekehkan kesucian hari Jumaat dan rumah ibadat tersebut.

Seorang pelukis yang hanya mahu dikenali Marzuki pula mengakui, gejala negatif itu wujud di bangunan pameran tersebut malah dia sendiri pernah melaporkan perkara itu kepada pengurusan bangunan namun tiada tindakan diambil.

Beliau yang telah 20 tahun melihat kemungkaran itu hanya mampu menasihati golongan tersebut, tetapi dicerca dan tidak diendahkan mereka yang majoritinya orang Melayu.

"Saya bimbang kegiatan seks bebas yang berlaku di bangunan pameran ini memberi kesan kepada pusat pameran yang terkenal di ibu negara dan terletak tidak jauh dari sini.

"Malah saya yakin, kegiatan itu menyebabkan budaya seks songsang seolah-olah dibenarkan dan ia turut memberi gambaran yang negatif kepada pelancong asing.

"Saya tahu pihak pengurusan bangunan itu menghalalkan budaya sebegini. Saya kenal pasti seorang lelaki gay bertugas mengurus segala tempahan untuk parti seks bebas setiap malam minggu," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga yang dikenali sebagai Johan mendakwa, dia pernah dijemput untuk menyertai parti songsang anjuran kelab gay tersebut.

"Selepas dipanggil beberapa lelaki dipercayai gay untuk menyertai parti itu, saya cuba memaklumkan kepada mereka bahawa saya bukan gay. Bagaimanapun, saya tetap dipelawa masuk dan mereka tetap menghormati dan menerima kehadiran saya.

"Dalam parti yang bermula pukul 8 malam sehingga awal pagi itu, saya berasa tidak selesa kerana mereka mengamalkan aktiviti seks songsang secara terbuka. Selepas malam itu, saya sudah serik menghadiri mana-mana parti dianjurkan kelab gay di bangunan tersebut," ujarnya.

Dewan yang mengadakan parti itu boleh memuatkan kira-kira 100 pengunjung dan dalam parti itu, mereka dihidangkan dengan makanan, minuman dan hiburan seperti tarian diiringi muzik.

Johan yang sering berada di bangunan itu sejak 10 tahun lalu mendakwa, pengunjung dijemput menghadiri parti itu menerusi laman sosial Facebook yang dikendalikan seorang lelaki gay.

Salam Aidiladha 1432 hijrah dari MPP..


Kepada Tuan Puan, Saudara Saudari, Kengkawan, dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang beragama Islam serta pembaca senyap di Blog MPP.., gua dengan Rasa Rendah diri ingin MENGUCAPKAN:-

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA @ HARI RAYA KORBAN

Semoga di hari yang Barokah ini, korang semua sentiasa di dalam rahmat Allah.

“SETITIS KEIKHLASAN DALAM MENGENAL ERTI PENGORBANAN”

ALLAHU AKBAR,

ALLAHU AKBAR,

ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAM..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online