Pada malam 2hb bertempat di Puncak Alam Selangor, bekas Menteri Besar Perak yang paling singkat dalam sejarah negeri telah dijemput untuk memberi ceramah berkenaan isu-isu semasa. Turut sama berceramah ialah bekas calon PRK Tenang yang ditolak rakyat iaitu Cikgu Mala.
Ceramah anjuran Pas Shah Alam ni pada mulanya dianggap akan menerima sambutan hebat dari rakyat. Tapi malangnya, sangkaan mereka ternyata meleset apabila kehadiran Nizar hanya disambut oleh tak sampai 50 orang. Itu pun kebanyakannnya terdiri dari kanak-kanak sekolah.
Ini membuktikan Nizar semakin tak relevan biar dimanapun dia pergi. Rakyat ternyata menolak bekas Menteri Besar Perak yang telah memporak perandakan negeri tersebut tidak lama dahulu.
Baca seterusnya di PerakToday..
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mendedahkan jika pakatan pembangkang berjaya memerintah kerajaan pusat ia akan meluluskan program untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam setiap tahun.
Sudah terserlah hasrat DAP yang akan membuang kakitangan awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.
Kakitangan awam negara ini merupakan antara kakitangan eksekutif yang terbaik di rantau ini. Pentadbiran awam Malaysia yang berakar umbi dari pentadbiran United Kingdom mewarisi sebuah corak pentadbiran yang cekap, berintigriti lagi profesional.
Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan SuruhanJaya Perkhidmatan Negeri sejak merdeka dulu adalah contoh terbaik betapa seriusnya pengasas negara yang mahukan perkhidmatan awam yang profesional, berintigriti dan bebas dari pengaruh politik.
Pengalaman diperintah Pakatan Pembangkang di negeri Selangor dalam tempoh 4 tahun ini pula memperlihatkan dengan jelas campur tangan politik dalam perlantikan kakitangan awam.
Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bukti bagaimana rakusnya Menteri Besar sehingga sanggup mencadangkan pindaan undang-undang tubuh kerajaaan negeri semata-mata mahu SUK yang dilantik itu adalah pilihannya.
Kuasa DYMM Sultan Selangor mahu diketepikan oleh MB semata-mata mahukan SUK yang cenderung kepada parti politik pembangkang.
Jelas kelihatan hasrat Pakatan Pembangkang yang rakus, zalim dan tidak berperi kemanusian terhadap perkhidmatan awam sekarang dan pada masa akan datang.
Negara tidak memerlukan politikus yang hanya berupaya membaiki labu atau menjadi monyet yang mendapat cincin.
Sebagai rakyat Selangor kita wajib mendokong penuh dan mempertahankan pentadbiran awam yang profesional, berintigriti, cekap dan bebas dari pengaruh politik.
Politik ugutan oleh DAP kepada kakitangan awam ini memang menjelaskan lagi realiti pakatan pembangkang jika mendapat kuasa untuk memerintah.
Itu sebabnya untuk sekian kalinya kakitangan awam dan rakyat akan menolak dalam PRU 13 kumpulan politikus chauvanis yang semakin mabuk mahu mendapatkan kuasa, yang jika terpilih akan menzalimi rakyat dalam setiap dasar yang mereka bentuk.
Pagi tadi gua pergi ke Pasar Basah di kawasan Permatang Pauh.. Niat gua adalah untuk beli barang keperluan bagi sambut Aidiladha..
Tapi apa yang mengejutkan gua ialah.., harga bagi sekilo ayam adalah RM 8 beb... Sedangkan, harga siling yang ditetapkan oleh KPDNKK ialah RM 7.20 sen bagi peruncit dan RM 6.35 untuk pemborong..
Apa kejadahnya ni semua? Mana 2000 pegawai-pegawai KPDNKK yang dibayar gaji serta elaun untuk pantau harga barang kawalan?
Mana Menteri KPDNKK yang bercakap saja pandai tapi satu haram pun tak ada hasil? Takkan hanya duduk goyang kaki sambil makan gaji buta je beb?
Padan lah rakyat bawahan asyik marahkan kerajaan je.., rupanya ada Pak-pak menteri yang memang sengaja tak mau buat kerja.. Cakap berdegar-degar tapi satu habuk pun tarak..
Gua nampak, Menteri-menteri macam Ismail Sabri ni memang sengaja nak sabotaj kepimpinan Najib dan juga BN.. Dorang sengaja nak rakyat marahkan kerajaan..
Mungkin dah ada kowtim dengan Pakatan Haram kot? Sebab tu lah dorang sengaja tak buat kerja supaya BN kalah di PRU akan datang..
So.., Najib patut klasifikasikan musang-musang berbulu ayam ni semua.. Buang dorang ni sebelum terlambat..
Jangan ingat rakyat buta.. Silap-silap haribulan, Najib akan jadi Perdana Menteri terakhir BN dalam PRU akan datang disebabkan oleh Menteri-menteri cap ayam tu semua..
p/s: Masa tu, Rosmah pun akan jadi first lady of Pembangkang laaa... Hahahahaha....
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.