BREAKING NEWS

HEBAT!! Video kapal terbang mendarat TANPA roda..


Ibarat adegan dalam sebuah filem, pilot sebuah syarikat penerbangan Poland secara dramatis berhasil mendaratkan pesawat Boeing 767 berpenumpang 231 orang menggunakan lambung pesawat kerana roda pesawat tidak dapat berfungsi. Namun, pendaratan berlangsung baik dan tak ada seorangpun tercedera dalam pendaratan darurat tersebut.

Menurut pejabat berita Reuters, peristiwa ini terjadi di Bandar Warsaw, Poland pada Selasa 1 November 2011 waktu setempat. Pesawat milik syarikat LOT ini menempuh perjalanan dari Bandar Newark di New Jersey, Amerika Syarikat, menuju Warsaw.


Juruterbang Tadeusz Wrona mulai merasa ada yang tidak kena pada sistem hidrolik pesawatnya setengah jam setelah berlepas dari landasan. Ia berkali-kali memberitahukan para penumpang mengenai hal ini lewat awak pesawat, dan ketika itulah para penumpang mulai panik.

"Saya mulai menangis, dan pemuda di sebelah saya juga. Saya fikir saya akan segera mati," kata Krystyna Dabrowska, salah seorang penumpang. "Suasana sempat hening. Banyak sekali yang lalu mulai menangis," tambah Hubert Waz.

Sesuai dengan prosedur, pilot harus menunda pendaratan selama sejam. Selama penundaan itu pilot memutar-mutarkan pesawat sekeliling kota sambil membuang semua sisa bahan bakar agar ketika mendarat darurat, pesawat tidak berisiko terbakar.

"Saya berdoa semoga pilot tidak kehilangan kendaliannya kerana kami mulai berputar-putar. Mengerikan sekali! Kami para penumpang berhutang segalanya pada pilot kerana usahanya yang cemerlang," kata seorang penumpang, Teresa Kowalik.

Pilot Wrona yang berusia 50an akhirnya mampu mendaratkan pesawat dengan sempurna. JamRekod perkhidmatan terbangnya yang tinggi sebagai pilot senior syarikat LOT yang ahli dalam hal peluncuran membuatnya mampu melakukan hal itu.

"Pendaratannya berlangsung sangat sempurna seolah-olah pesawat mendarat dengan roda. Kami baru menyadari pesawat mendarat darurat setelah keluar dan melihat kepulan asap serta percikan api dari badan pesawat," puji Andrzjec Pinno.

Penumpang dikeluarkan menggunakan pintu darurat dan dibawa ke pusat perubatan selama beberapa jam, sebagaimana disiarkan dari Washington Post. Setelahnya, mereka baru diperkenankan berkumpul dengan para sanak famili yang sudah menunggu kehadiran mereka dengan cemas di bandar.

Aksi heroik pilot Wrona dan awak pesawat menerima pujian dari Presiden Polandia, Bronislaw Komorowski, yang merancang memberi penghargaan pada para awak pesawat setelah berbincang dengan pilot melalui sambungan telefon.

"Untuk semua yang turut terlibat, saya mengucapkan terima kasih yang sebanyak-banyaknya," kata Komorowski.

PANAS!!! Rakaman kejadian SAMUN di Bandar Mahkota Cheras..


Memang sial lah penyamun-penyamun dalam video ni.. Punyalah banyak kerja lain dalam negara, menyamun jugak yang dorang nak buat..

Dah la samun.., then suka-suka hati mak bapak dorang je pakai parang untuk tetak orang... Memang bangkai betul manusia tu..

Gua harap pihak Polis kita dapat tangkap malaun goblok 2 ekor yang melakukan perbuatan samun kat kedai runcit tu.. Lepas tu belasah je cukup-cukup dalam jel..

Kalau tak cukup kakitangan dalam operasi membelasah tu, calling-calling je gua kat sini.. Gua dengan rela hati menyumbangkan kudrat untuk membelasah cilanat-cilanat dua ekor tu..

Berapa agaknya HARGA seluar boxer Pok Nik?


Sepasang pakaian dalam (seluar kembang) sutera yang didakwa milik Ratu Britain, Ratu Victoria telah dijual pada satu lelongan pada harga £9375 (RM45 938) - tiga kali ganda daripada harga jangkaan awal lapor berita Agensi.

Selain pakaian dalam itu, sebuah lukisan Ratu bersama-sama dengan kakitangan warga Scotland, John Brown berjaya dijual dengan harga £145.250 (RM711, 725) di rumah lelaongan Lyon & Turnbull, Edinburgh.


p/s: Kalau ada acara lelong seluar boxer (seluar katok) Pok Nik wali selipar, berapa puluh ribu agaknya pentaksub dia akan sanggup beli ye? Boleh rebus buat air penerang hati tuuuu... Hahahaha...

Demo Mat Rempit di Penang.., UMNO jugak yang salah..


Aikkk..., demo Mat Rempit yang menuntut Litar Lumba di Komtar tu pun salah UMNO dan BN jugak ke? Aktif sungguh UMNO dan BN ni buat demo di Penang yee..

Anak raba nenen pun salahkan Umno.., Mat rempit buat demo pun salahkan Umno.. Lepas ni kalau Guan Eng cirit birit pun mesti Umno jugak yang salah.. Confirm!!

Kerja.., cuti-cuti Malaysia..., Program.., Tipu-tipu Satu Malaysia....


Ramai yang tanya gua, kenapa gua kacau JASA? Dah tak ada isu pembangkang ke yang gua nak tulis sampaikan gua cucuk punggung JASA tu..?

Jawapan bagi soalan tu ialah.., pertamanya gua ni bukan blogger makan gaji tetap dengan kerajaan macam blogger JASA.. Keduanya.., gua tak tertakluk kepada mana-mana peraturan supaya jangan hentam parti atau agensi kerajaan..

Ketiganya.., puak-puak yang tanya gua tu kena ingat.., ini blog gua dan suka hati gualah nak hentam sapa pun..

Sekarang ni.., bila gua cuit JASA, ada "orang besar" sudah marah kat gua lah.. Dia tak suka gua gunakan bahasa kesat kepada JASA.. Dia dengan "ikhlasnya" perli kononnya bloggers adalah pejuang tulen negara dan bloggers semuanya ada kuasa hebat.. Hahahahaha...

Bro.., bloggers tak hebat broo.. Kami bukan hantar laporan kat Pejabat PM pun.. Dan PM tak kenal kami punn... Sebab apa? Sebab kami buat kerja buta je.. Tak perlukan KPI untuk tuntut gaji.. Ahmad Maslan pun tak kenal kami... Apatah lagi Rais Yatim..

Orang lain yang claim kredit hasil kerja bloggers.. Compile apa yang blogger tulis.., lepas tu hantar ke Pusat untuk cukupkan KPI... Ingat gua tak tahu ke pasal ni bro..? Apa kita orang dapat? Habuk pun tadak brooo...

Dan selama ni gua maki hamun Anwar, Nik Aziz, Hadi, Guan Eng dan Kit Siang pun guna bahasa gua bro.. Ada ke puak-puak agensi berterima kasih pasal sumbangan bloggers dan cybertroppers?

Bebudak bloggers update blog hampir setiap jam.., ada ke agensi-agensi ni pandang? Itu kerja tak dibayar tauuu.. Dalam kata lain.., kerja free yang tak boleh claim overtime..

Blogger bukan ada gaji macam pegawai DUN yang gred S22 ataupun Pengarah yang bertaraf Jusa.. Bloggers buat 2 kerja satu hari demi untuk bantu kerajaan.. Satu kerja cari duit untuk bagi makan anak bini, dan satu lagi kerja buta untuk bantai Pakatan...

Dan bloggers tak dapat bonus pun bila setiap kali Bajet dibentangkan.. Lainlah macam pegawai agensi yang dapat segala bantuan... Senang cakap.., cukup dari segala segi bro...

Tapi..., sekarang bila gua cuit sikit agensi supaya jangan terlampau kuat mengampu dan menipu.., puak-puak tu terus mengelupur marahkan gua.. Terus gua dicop sebagai jahat dan kacau dorang punya strategi...

Alasan yang paling memualkan ialah.., dorang punya program-program terpaksa dirahsiakan.. tak dapat dilihat.., dirasai.., dicakap dan dipromosi.. Hahahahahaha..., secret sangat lah kononnn..

Kalau macam tu, gua pun nak mintak bajet dari Najib untuk bantu kerajaan.., bila dia tanya pasal program, gua akan jawab "SECRET"... Hahahahaha...

Patutlah kita tak sedar program yang agensi buat selama niii... Dan kalau gua dan kengkawan bloggers tak sedar program dorang.., macam mana lah rakyat nak sedar gamaknya yeee...? Ni lah agaknya yang dikatakan Program Tipu-tipu 1Malaysia....

So..., bila gua kata dorang ni buat program syok sendiri.., dorang tahu pulak marah... Kenapa dorang marah? Kerana dorang tak nak orang atas tahu lah tu..

Berbalik kepada isu sapa pejuang tulen tu.., terima kasihlah sebab iktiraf bloggers ni sebagai pejuang yee.. Tapi setakat iktiraf je lah..., bukan kena sponsor pun kannn... Blogger Pakatan tu lainlah sebab dorang dapat tiket syurga sorang sekeping..

Dan lagi satu..., kalau pegawai-pegawai agensi ni setakat menempek untuk tumpang rasmi program itu ini dengan Pak Menteri, macam mana nak jadi pejuang tulen baii... Lepas tu ada hati pulak nak jadi calon Pilihanraya Umum... Mampussss....


p/s: Agensi mana pulak nak balun lepas ni yee..?

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online