BREAKING NEWS

Video rakaman Solat Jenazah Ghadaffi dan anaknya sebelum dikebumikan..


Satu rakaman video amatur yang menggunakan handset telah pun beredar di laman Youtube serta disiarkan dalam television Dubai, Al Alaan.

Dalam sedutan rakaman tersebut juga kelihatan 4 orang yang menyembahyangkan jenazah Gadaffi, Mutassim anaknya dan Abu Bakar Younis.

Orang-orang yg menyembahyangkan itu diyakini adalah Khaled Tantoush, ustaz pribadi kepada Gadaffi, juga dua pupu Gadaffi, Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim.

Setelah selesai disembahyangkan.., tidak kelihatan pula kemana jenazah itu dibawa. Hanya dimaklumkan ianya dibawa ke gurun dan pihak terbabit dikatakan bersumpah janji untuk merahsiakan tempat sebenar jenazah-jenazah itu dimakamkan.

TERBARU!!! Bob Lokman mengaku PAS itu ISLAM..


TEMERLOH, 25 Okt: Pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman mahu masyarakat sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi juga melibatkan persoalan tauhid dalam diri seseorang sebagai tunjang.

Selebriti yang lebih dikenali sebagai Bob Lokman itu, berkata malangnya ramai yang terpengaruh dengan istilah ‘Melayu itu Islam’ sehinggakan tidak pernah untuk menilai semula tauhid atau pun menuntut ilmu.

“Saya baru 9 bulan berada di atas jalan pulang yang benar...tau kenapa setelah umur 47 baru sedar? Sebab kesilapan paling besar saya lambat ialah kerana selama ini saya terpengaruh dengan istilah Melayu itu Islam.

“Pegangan itu membuatkan saya rasa sentiasa selesa. Sepatutnya semua kena sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi persoalan tauhid pun jarang dibicarakan, sedangkan tauhid itu tunjang,” katanya.


Walawehh..., Bob Lokman ni macam nak salahkan mak bapak dia sebab selama ni dia ingat melayu tu Islam.. Selepas 47 tahun baru dia sedar yang PAS itulah yang sebenar-benarnya Islam..

Kesian mak bapak Bob kann.., selalunya ajaran Tauhid ni diajar dari kecil dan disambung hingga besar didalam keluarga, tapi hari ni Bob bayangkan yang dia tak diajar macam tu..

Pasal tu lah dia kata terpengaruh dengan istilah melayu itu Islam.. Kiranya mak bapak dia lah yang ajar tu..

Apapun.., lantak lu lah Bob oii.. Gua rasa, sekarang ni mungkin lu sedang diuji Tuhan dengan fahaman bahawa PAS itu Islam..

Hanya orang yang buta agama je yang anggap parti politik tu sebagai agama beb..

Gua doakan, semoga Bob Lokman akan bertaubat satu hari nanti dan menyesal dengan apa yang dia cakap sekarang ni..

TERKINI !!! Gambar Nik Aziz makan nasik murah..


Dah banyak sangat gambar orang tua ni sedang makan dijaja oleh puak-puak pentaksub dia.., tapi yang paling baru ni memang gempak giler beb..

Korang jangan heran, gambar diatas tu nampak je biasa.., tapi sebenarnya luarbiasa dimata penganut PAS tau..

Apa taknya.., Pok Nik tengah makan nasik bungkus yang berharga RM 2.50 sen je tu baii.. Gua difahamkan.., nasik bungkus tu berlaukkan seketul ayam, kuah dan juga sedikit sambal..

Sekarang ni bukan kata Najib tak boleh ikut macam tu.., tapi rakyat Malaysia sendiri pun kalah dengan ke"ZUHUD"an Pok Nik kita nih...

Gua nak tunggu pulak gambar Pok Nik minum air parit or sungai je untuk lengkapkan dia punya skrip zuhud.. Harap-harap ada lah malaun PAS tangkap gambar ye kalau dia buat macam tu...

Sebelum gua terlupa.., gambar Pok Nik kat atas tu ditangkap semasa dia merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas..

So lepas ni, semua penganut-penganut agama PAS bolehlah mulakan makan dengan penuh ke"ZUHUD"an macam Nik Aziz tu yee.. Manalah tau kalau boleh dapat pahala bila ikut sunnah Pok Nik..

Nak heran apa.., kalau tengok gambar dia pun boleh mendatangkan pahala, tambah pulak ikut gaya dia makan.. Tak gitu? Peace No War... Hahahaha...

DAP "JUAL"akanan anjing untuk rakyat..


DS Najib semakin popular dikalangan rakyat Malaysia dengan pelbagai pendekatan mesra rakyat yang beliau lakukan. Antara yang mendapat perhatian ialah, pendekatan Restoran Rakyat 1Malaysia untuk memberikan sajian berkualiti kepada rakyat dengan harga berpatutan.

Tetapi, tidak sampai beberapa hari Perdana Menteri berbangga dengan konsep Restoran Rakyat 1Malaysianya, DAP dan Pakatan Rakyat segera meniru konsep tersebut dengan memperkenalkan apa yang mereka namakan sebagai “Menu Rakyat”.

Jika DS Najib memilih Restoran Ukhwah milik umat Islam untuk dijadikan Restoran Rakyat, DAP pula menjadikan Restoran Sayur-Sayuran Fortune Land yang terletak di Jalan Ipoh, Segambut sebagai “Restoran Rakyat” Pakatan. Restoran tersebut pula adalah sebuah restoran Cina yang menghidangkan makanan yang didakwa ‘halal’ untuk semua rakyat, termasuk umat Islam.

Menariknya, Pengurus restoran tersebut terpaksa mengaku restoran di bawah pengurusannya itu tidak mendapat sebarang sijil halal dan tidak pernah memohon sijil tersebut dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jadi, apakah ia boleh dikategorikan sebagai restoran yang menghidangkan makanan Halal?

Apa yang dilakukan oleh DAP ini semata-mata mahu menunjukkan yang kerajaan Pakatan Rakyat lebih hebat dan lebih prihatin kepada rakyat Malaysia. Dan mengikut dakwaan Teressa Kok sebagai jurucakap DAP, Menu Rakyat boleh dinikmati oleh semua bangsa biarpun ia diperkenalkan oleh DAP.

Ia kerana, hidangan tersebut berkonsepkan vegetarian ala-ala sami Buddha. Mereka juga memperlekehkan Restoran Rakyat 1Malaysia kerana menetapkan sebanyak RM4 bagi setiap set hidangan. Manakala bagi menikmati Menu Rakyat yang diperkenalkan oleh DAP, kononnya rakyat hanya perlu membayar RM2 sahaja.

Tentu ramai yang masih ingat dengan peristiwa Teressa Kok menghina makanan yang dihidangkan oleh kerajaan ketika dia ditahan dibawah akta I.S.A dahulu. Nasi putih bersama 2 biji telur serta timun dan kuah dilabelkan sebagai makanan ANJING !!!

Kini, makanan ANJING itulah yang DAP jual kepada rakyat dengan harga RM 2 satu hidangan. Cuma labelnya ditukar sedikit kepada Menu Rakyat bagi menutup hakikat ianya hanya sekadar Makanan ANJING dimata Teressa Kok.

Selepas ini, bolehlah penyokong-penyokong PAS berusaha membantu mempromosikan Menu Rakyat @ Makanan ANJING yang diperkenalkan oleh DAP ini. Sambil-sambil itu, bolehlah bawa sekali Nik Aziz untuk menikmati makanan tersebut untuk dimuatkan ke dalam Facebook seperti yang selalu dilakukan oleh pengikut-pengikut PAS selama ini.

Bukankah PAS itu bagaikan hamba yang setia kepada DAP? Jadi amatlah wajib bagi PAS untuk menjayakan apa saja usaha yang dilakukan oleh DAP bagi mendapat kuasa pemerintahan negara. Harus di ingat.., tanpa DAP, siapalah PAS didalam Pakatan Rakyat.


sumber - MyKMU

Nik Aziz isytiharkan gelaran GURU PERLEMBAGAAN buat Aziz Bari..


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengirim surat ‘tahniah’ dan rasa syukur di atas penarikan semula penggantungan pensyarah UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari dua hari lalu.

Menurut Tuan Guru, penarikan itu amat wajar memandangkan Aziz Bari adalah pakar perlembagaan seumpama guru dalam undang-undang perlembagaan.

Menurutnya, sebagaimana guru ilmu feqah yang mempunyai gurunya yang arif dan tersendiri, Aziz Bari juga demikian yang diibaratkan ‘guru perlembagaan’.

“Penggantungan sebelum ini terhadapnya memang melampau, tak kenal jenis orang macam mana, professional ke, ahli akademi ke, tahu nak sekat.

“Kita bagi kebebasan pada semua lapisan masyarakat untuk bersuara selagi ianya tidak melanggar peraturan dan bersalahan dengan dengan undang-undang,” ujarnya.

Namun apa yang berlaku, tambahnya adalah sebaliknya pula.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan projek perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan Majlis Penyampaian sumbangan sempena Aidiladha, di Rantau Panjang, dekat sini.

Bagaimanapun, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkeflyi Ahmad semalam mendakwa penarikan itu hanya sandiwara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan profesor itu masih menghadapi tekanan dalam siasatan.

Baru-baru ini, Aziz Bari digantung dari perkhidmatannya sebagai pensyarah kanan di UIA kerana mengeluarkan pandangan dari sudut akademik dan perundangan berhubung Sultan Selangor.


p/s: Eloklah tu.., sorang perasan jadi wali selipar.., yang sorang lagi pulak perasan jadi Pakar Perlembagaan.. Padahal.., dua-dua tak boleh pakai punya orang... Hahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online