BREAKING NEWS

Sam Ketot dakwa Najib adalah pemimpin paling lemah dalam sejarah negara.


Kengganan Datuk Seri Najib Razak menyahut pelawan debat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan beliau Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sepatutnya mengambil peluang itu untuk mempertahankan Belanjawan yang dibentangkannya di parlimen 7 Oktober lalu.

“Perdebatan mengenai belanjawan ini bukan soal peribadi, jauh sekali persoalan siapa menang siapa kalah.

“Persoalan utama yang wajar dilihat Najib ialah isu rakyat, kerana segala wang dalam belanjawan itu adalah milik rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Menurut Shamsul, debat secara terbuka adalah medan terbaik memberi peluang kepada rakyat menilai Belanjawan yang ditawarkan kerajaan BN dan Pakatan Rakyat.

“Kami juga cukup yakin rakyat Malaysia mahu melihat Perdana Menterinya bukan sahaja berani berkata belanjawannya jujur, tetapi harus kelihatan jujur dengan mempertahankannya,” katanya.

Namun kata Shamsul, sehingga kini, Najib bersikap membisu berhubung pelawaan debat itu, sekaligus menunjukkan beliau tidak berani bersemuka dengan Anwar.

Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012.

Pelawaan itu dibuat ekoran Najib sehari sebelum itu mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat.

Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera secara terbuka kerana perbahasan Belanjawan di Parlimen lazimnya tidak mendapat liputan meluas dan rakyat tidak mendapat maklumat.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Najib mengkritik dan menyerang Anwar sebelum mengambil pendekatan berdiam diri.

Pada Pilihan Raya Kecil DUN tenang di Johor Januari lalu, Najib mengkritik Buku Jingga dengan mendakwa Anwar akan demam jika berdebat dengannya.

Namun, beliau membisu apabila Anwar mencabar berdebat mengenai kandungan dokumen berkenan, yang merupakan manifesto bersama Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober lalu, meniru beberapa kandungan Buku Jingga, seperti diakui sendiri beberapa menteri kabinetnya.

Mat Sabu yakin akan tawan Putrajaya..


Pas yakin peralihan kuasa boleh berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), selepas negara menyaksikan kebangkitan parti Islam sejak kebelakangan ini, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau mengingatkan supaya mempertahankan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan berusaha untuk ambil alih Putrajaya.

“Ini agenda utama kita dalam PRU akan datang,” katanya ketika berucap di hadapan 5000 penyokong Pas yang hadir pada ceramah sambutan 60 tahun Pas peringkat negeri Kedah, malam semalam.

Mohamad berkata, fenomena baru dalam politik Malaysia yang melihat gabungan Pas-DAP tidak disenangi ramai, oleh itu pihaknya mahu kedua-dua pemimpin bergerak dengan pemikiran baru tanpa meninggalkan dasar asal perjuangan parti.

“Kita juga sedang menterjemah kandungan Buku Jingga di semua negeri PR. Ada yang kita puas hati dan ada sebaliknya. Namun saya lihat penerimaan rakyat sedang meningkat, sehingga Perdana Menteri cuba menjawab buku itu dalam belanjawan 2012,” katanya.

Menurutnya, PR kini mahu mengikis pemikiran rakyat yang sudah lama disogok dengan prinsip, konon hanya Umno mampu memerintah dan menyejahterakan Melayu.

“Mungkin rakyat belum nampak kebolehan kita untuk ganti Umno. Saya mahu kikis pemikiran itu, dan beri jaminan jika Umno kalah, orang Melayu masih boleh teruskan kehidupan macam biasa,” katanya.

Mohamad turut mengingatkan Umno bahawa isu pembangunan tidak lagi sesuai dijadikan bahan kempen parti itu untuk mengembalikan sokongan rakyat.

“Pada PRU akan datang, berdasarkan analisis saya, BN bergantung kepada empat sumber, iaitu undi orang Melayu di luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk kekalkan kuasa,” katanya.

Malah, katanya, BN masih memainkan isu 3R (racial, religion, royal) untuk mendapatkan sokongan rakyat, dan pada masa sama membuat tuduhan liar terhadap PR konon sering memperlekeh isu membabitkan perkauman, agama dan kesetiaan raja.

Mohamad berkata, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kesemua negeri di bawah PR belum memutuskan sama ada akan membubarkan Dewan Undangan Negeri atau tidak.

“Saya tahu ramai yang bertanya adakah pilihan raya seperti itu akan berulang kali ini. Itu kita tunggu dahulu. Kita pernah buat pilihan raya berasingan dan keputusan berpihak kepada kita, apabila menang di dua buah negeri,” katanya.

Anwar berang terhadap Dewan Pemuda PAS Pahang?


Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

Sebuah akhbar harian semalam melaporkan Elton, 64, “top 10 artis paling terlaris dalam sejarah muzik” bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia November ini bertempat di Genting Highlands.

“Pihak berkuasa kena sedar bahawa budaya hedonisme atau berhibur secara berlebihan dan melampau kian menular, merebak umpama racun berbisa yang semakin menyerang remaja Islam.

“Sedangkan budaya inilah yang lazimnya membawa kepada kerosakan sebuah masyarakat seperti pergaulan bebas, gejala arak, berzina, anak luar nikah dan melekakan mereka terhadap tanggungjawab beragama selama ini.

“Ini ditambah lagi dengan kemunculan pengamal seks sejenis. DPPNP tidak dapat bayangkan bagaimana penerimaan golongan muda apabila pihak berkuasa tidak menyekatnya dari awal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambahnya lagi, sedangkan akta yang digubal oleh jabatan agama peringkat negeri seperti kesalahan orang Islam memasuki premis judi nombor ekor dan meminum arak di khalayak awam pun gagal ditangani pada masa ini.

“DPPNP memandang setiap perkara yang boleh membawa kemudaratan mestilah disekat lebih awal dengan kuasa yang ada demi kemaslahatan umum dan ini tidak boleh dianggap sebagai tindakan yang menyekat hiburan.

“Oleh itu sama ada Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Daerah Bentong dan mana-mana pihak berkuasa, hendaklah menggembeleng tenaga supaya mencegah kemungkaran ini kerana gejala sosial dan kebejatan moral yang ada pada hari ini pun tidak mampu lagi ditanggung.”

“Jadi pihak penganjur tidak boleh berbangga dengan aktiviti yang mungkin dianggap membawa keuntungan tetapi sebaliknya merosakkan institusi mayarakat dalam jangka panjang,” menurut kenyataan tersebut.

Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.

Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California. - HaraMkah.


p/s: Anwar Ibrahim pun didalam kategori pengamal seks sejenis jugak... Pemuda PAS tak pernah bantah punnn... Wala' lagi ada laaaa.... Hahahahaha...

PANAS !!! Rakyat Penang terpaksa SUJUD di kaki Khalifah Nenen????


Gambar diatas adalah hasil kiriman puak - puak Rejim Pakatan Pembangkang di salah satu laman Facebook sahabat Semut semalam.

Dalam komen - komen yang diberikan, ternyata puak - puak Rejim ini merasa bangga kerana Ketua Menteri Biawak tu berjaya menundukkan rakyatnya dengan cara sedemikian.

KONONnya, kata mereka, 'kakak' tu sampai sanggup 'bersujud' demi meluahkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Biawak ni ketika menyampaikan sumbangan Deepavali.

Persoalannya, adakah ini caranya untuk diamalkan dalam masyarakat kita dalam mengucapkan terima kasih kepada pemimpin?

Jika tidak, kenapa pulak Si Biawak tu hanya membiarkan sahaja 'kakak' tu bersujud dihadapan dia sambil diperhatikan oleh orang sekeliling?

Nampak sangat Si Biawak ni sebenarnya riak dan takabur dengan bantuan yang diberikan. Maknanya, dia bukan ikhlas sangat pun nak bagi bantuan.

Jika benar dia ikhlas, dah tentu dia akan halang 'kakak' tu dari berbuat demikian kerana yang memberikan bantuan tu bukan dia. Tapi pihak Kerajaan Negeri.


Baca lagi di blog SEMUTHITAM.

HOT!!! 4 laporan Polis di Penang untuk si pengecut Guan Eng.


Sehingga setakat ini, diberitakan sudah terdapat 4 laporan Polis dibuat di Pulau Pinang ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Beliau didakwa merasuah RM 200 ribu kepada mangsa gangguan seksual anaknya serta didakwa melakukan salahguna kuasa sebagai seorang Ketua Menteri.

Hasil temubual pihak UtaraNews bersama beberapa pegawai yang terbabit, dimaklumkan bahawa empat laporan tersebut dibuat oleh orang awam dan ia bertujuan untuk mendesak pihak Polis supaya menjalankan siasatan berkenaan dakwaan yang dikeluarkan oleh beberapa blog pro kerajaan.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kisah sejumlah wang yang dibayar oleh seorang VVIP di Pulau Pinang bagi menutup kelakuan melampau anaknya. Akhirnya didapati, VVIP yang dimaksudkan ialah merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Isu itu menjadi lebih rumit apabila Lim Guan Eng tampil "menyerang" UMNO dan pemimpin-pemimpin tertinggi negara, tetapi sebaliknya berkeras untuk tidak membuat sebarang laporan Polis terhadap blog-blog yang dikatakan melakukan fitnah terhadap anaknya itu.


Baca berita selanjutnya di Utaranews.com.

Karpal Singh buat laporan Polis pasal Kampung Buah DADA...


The DAP has lodged a police report against Umno Youth chief Khairy Jamaluddin for alleged criminal defamation against Penang Chief Minister Lim Guan Eng's son.

Party chairman Karpal Singh said they would also be initiating legal action for a tweet Khairy made on Oct 17 on the issue.

"The damages are going to be 'very, very' high. The attacks on Lim's 16-year-old son for allegedly molesting a schoolmate will become a point of contention in the next general election," Karpal said in a speech during a handing-over ceremony of houses to Kampung Buah Pala residents here Sunday.

"We all have children. As Lim has rightly said, we (politicians) are political targets; come for us, not our children," he said.

Karpal lodged a report at the state police contingent headquarters on Penang Road at about 5pm.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online