BREAKING NEWS

Catriona Ross pulak akan masuk PAS?


Nampaknya sekarang ni dah jadi musim artis masuk politik.. Kalau masuk UMNO tu tak kisahlah sebab puak-puak PAS kata UMNO tu parti sekular.. Memang sesuailah dengan jiwa artis..

Tapi bila artis join PAS pulak macam mana kira beb? Artis tu nak cari syurga ke? Kan PAS tu parti ahli syurga..


So.., yang paling baru ialah rumors bahawa Catriona Ross sedang berjinak-jinak dengan PAS.. Artis ni siap pergi berceramah diatas pentas PAS bersama Ketua Penerangan PAS Pusat..

Bagi gua.., tak kisahlah kalau Cat tu terima jemputan untuk berceramah.., tapi kenalah ingat bahawa berceramah bab-bab agama tu bukanlah sama macam dengan bidang hiburan yang ada skrip..

Jadi.., harap Cat tu jangan jadi macam Bob Lokman sudah lah yee.. Baru setahun masuk PAS dah oleh hukum orang lain tak cukup iman..

Harap-harapnya lah yee... =)

DAP Penang salahkan MCA dan Gerakan didalam isu ramas nenen.


Satu sub-plot telah muncul dalam skandal seks terkini di Malaysia. Bukan sahaja parti Perdana Menteri Najib Razak UMNO yang terlibat, tetapi komponen BN Gerakan dan MCA jjuga mungkin telah memainkan peranan dalam konspirasi untuk menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui anaknya.

Pemimpin-pemimpin DAP telah mendakwa pemimpin Gerakan dan MCA memujuk ketua gabungan, UMNO, untuk menuduh anak lelaki Guan Eng yang berumur 16 tahun mencabuli seorang pelajar perempuan.

Perempuan itu kemudian dikenal pasti sebagai juara catur UK Anya Sun Corke, yang telah menafikan mengenali budak lelaki itu dan mengecam mereka yang terlibat dengan khabar angin itu.

“Pemuda Gerakan mungkin telah mendedahkan maklumat itu, yang tidak benar tetapi apa yang mungkin terdengar oleh mereka di jalanan,” kata Ng Wei Aik, ahli DUN Komtar, yang juga mrupakan setiausaha politik Lim.

Pemimpin DAP itu juga menyalahkan Ketua Rancangan Strategik Pemuda MCA Foo Seck Chyn, yang telah menggunakan laman-laman web sosial untuk menyebarkan pembohongan itu dan pada masa yang sama, cuba berlagak suci di media dengan menghentam serangan ke atas keluarga Lim itu.

Wei Aik juga mendakwa setiausaha media Presiden MCA Chua Soi Lek yang juga bekas pemberita Giam Say Khoon, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang H’ng Khoon Leng dan Naib Ketua Pemuda Albert Tan Kah Leong bersubahat dalam komplot yang telah makan tuan ini.

Sementara itu, Gerakan telah menyerang semula Wei Aik, mencabar ahli DUN Komtar itu untuk membuat laporan polis daripada membuat tuduhan kosong. Ketua Publisiti Gerakan Thor Teong Gee mendakwa Wei Aik mempunyai motif politik dalam melibatkan Gerakan dalam isu ini.

“Ng juga bermain politik kotor dan menyalahkan Gerakan untuk semua isu-isu negatif. Jangan sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa bukti kukuh. Jangan sewenang-wenangnya melibatkan kami dalam air keruh apabila kamu atau bos kamu tidak senang hati,” kata Thor dalam satu kenyataan.

“Jangan salahkan Gerakan kalau kamu ada sembelit dan tidak boleh ke bilik air. Sebagai wakil rakyat yang dipilih, tolong berkata-kata dengan munasabah dan dengan fakta.” - Malaysia Chronicle

Flyers provokasi di Program di HIMPUN..


Sapa punya kerja sebarkan flyers provokasi di Program HIMPUN ni..? Nak sangat ke Islam perang dengan kristian bai? Dah hilang akal ke?

Gua syak ni mesti kerja puak-puak Pakatan Haram yang menyusup masuk dalam program ni.. Dorang tu je yang sanggup buat kerja-kerja bodoh macam ni..

Baca seterusnya di blog DarulEhsanToday..

WOW!!!!! Sambutan LUARBIASA ceramah Anwar di Permatang Pauh...


Program : Perjumpaan Dengan Masyarakat Permatang Pauh.

Lokasi : Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh.

Masa : 21hb 2011. Selepas solat Jumaat. 2:30 petang.


Gua kehabisan kata-kata beb sebab terlampau terkejut... Habislah kalah sapa yang bertanding di Permatang Pauh pada PRU13 nanti kalau macam ni punya sokongan rakyat pada Anwar...

Puluhan ribu tu bebbb... bukannya puluh atau ratus orang tauu... Korang fikirlah sendiri yee... Hahahahahaha....

GEMPAR !!!! Zambry Kadir ramas nenen budak sekolah???


Inilah bukti bahawa blogger-blogger Pakatan memang mulia, berhati suci, mengamalkan ketelusan media dan tak amalkan politik kotor serta fitnah..

Korang tengok sendirilah betapa sucinya perangai dorang bila telah memfitnah Menteri Besar Perak meramas nenen budak sekolah..

Korang boleh baca hasil tulisan blogger yang berhati mulia tersebut DISINI.. Nizar Jamaluddin mesti bagi elaun lebih kat dia bulan ni... Bravo!!!

Soo..., ini sekaligus membuktikan.., yang jahat tu semua blogger-blogger pro kerajaan je beb.. Mana ad blogger sanggup buat kerja "suci murni" macam yang blogger Pakatan buat tu..

Patutlah Lim Guan Eng dan Anwar bangga sangat dengan blogger-blogger dorang...

Profesor KANGKANG ????

Ratu kangkang.. 

Sekarang ni dah ada satu istilah baru kepada ahli akademik yang kerjanya asyik menjilat musuh-musuh negara... Puak-puak tersebut diberi gelaran Profesor KANGKANG..

Kalau dipihak Pakatan laknatullah, Profesor yang sokong kerajaan akan diberi gelaran Profesor kangkung.. Kata dorang, profesor kangkung ni kerjanya hanya bodek kerajaan untuk dapat jawatan.

Tapi Profesor KANGKANG dorang lagi teruk beb.. Gaji dan elaun ambik dari kerajaan.., semua kemudahan mintak kat kerajaan.., bonus tahunan pun sapu dari kerajaan..

Tapi dalam masa yang sama.., punyalah seronok berdiri di pentas pembangkang sambil maki hamun kerajaan dan juga pemimpin negara..

Itulah yang dinamakan manusia yang kufur nikmat.. Tak tahu nak bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang dia dapat... Kerjanya asyik MENGANGKANG saja untuk Pakatan bagi mendapatkan glamour..


Tindakan ala-ISA ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari akan 'mengkangkungkan' lagi dunia akademik negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Di negara kita sudah terkenal gelaran 'profesor kangkung' yang diberikan kepada pembodek-pembodek yang berjaya mendapat pangkat besar di universiti-universiti hasil membodek dan kemudian bercakap merapu melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah.

"Tindakan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) menggantung tugas Dr Abdul Aziz akhirnya akan melengkapkan tindakan menjadikan dunia akademik negara ini sebagai sarang dan dunia professor kangkung," kata beliau.

Mohamad juga menyifatkan tindakan menggantung tugas Dr Abdul Aziz sebagai tindakan ala-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Itu tindakan ala-ISA. Dia belum sempat dan tidak diberi peluang yang munasabah untuk membela diri terus digantung.

"Nampak benar kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ketagih ISA seperti ketagih dadah dan cakap-cakap kononnya hendak hapuskan ISA adalah pembohongan dan helah semata-mata," katanya sambil merujuk dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ISA akan dihapuskan oleh kerajaannya.

Sambil memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama di dalam protes di Masjid UIA membantah tindakan ke atas pakar perlembagaan itu lantaran berada di luar negara, Mohamad berkata tindakan sedemikian sukar dielakkan oleh pelajar dan rakyat yang mahu menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung.

"Rakyat yang berkesedaran tidak ada pilihan melainkan menggerakkan lebih banyak protes sedemikian bagi menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung.

"Jika perkara itu berlaku, dunia akademik negara ini pasti menjadi dunia yang sangat hina dan apa maknanya rakyat negara ini menghantar anak-anak mereka ke universiti-universiti?

"Tidakkah berdosa dan mengkhianati ilmu jika menghantar anak-anak belajar kepada professor-professor kangkung yang hina, penjilat dan langsung tidak bermaruah?" kata beliau.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online